Saturday, January 26, 2013

AKU JADI PHOTOGRAPHER BIDAN TERJUN DI MAJLIS KAHWIN!!!!!!

Assalamualaikum...

Tadi aku terlibat dalam majlis perkahwinan sepupu kawan aku di Pusat Komersial Komuniti Bandar Tun Razak.. Ni sebenarnya merupakan salah satu request dari pihak penganjur kepada Event Management Organization (E.M.O) IPG Kampus Pendidikan Islam untuk pengacara majlis.. So, ada 2 orang kawan aku yang dipilih jadi MC...

Kami pergi 4 orang.. Aku ingat aku pergi as runner MC jerk.. mana tahu, MC perlukan maklumat apa2 ke kan..Tup-tup kawan aku bagi kamera kat aku... Suruh aku jadi `photographer bidan terjun` untuk majlis tu.. Gambar-gambar tu untuk tujuan dokumentasi aktiviti persatuan dan juga untuk diberi kat family dia.. OH TIDAK!!!!

Maka, berbekalkan skill amik gambar yang baru dipelajari iaitu `SKILL HENTAM JERK LAH`.. Maka, aku pun amik.. Nasib baik kamera CANON G11.. So, takder lah aku nak bergaya sangat cam guna DSLR plak kan.. Hahahahahah. Bila aku nak amik gambar, bertembung plak ngan phptographer pengantin, rasa cam segan plak... Tengok dia punya lens panjang giler.. Terus rasa segan.. Tapi berbekalkan prinsip AKU PEDULI HAPER!!!! Maka, aku pun go on jerk... Nasib baik phptographer pengantin tu tak sombong.. Siap cakap sorry kat aku sebab badan dia menghalang aku tadi.. Bagus photographer tu.. Perempuan tau.. Kagum dengna beliau..

So, tak nak cakap banyak.. Meh tengok gambar...


Ni lah dewan Pusat Komersial Komuniti Bandar Tun Razak


Aku suka pelamin ni.. Simple but nice.. penggunaan hitam+kelabu nampak sgt ekslusif..

Flower girls and boys.. comel!!!!!!


Ni lah kawan aku yang jadi pengacara majlis tu... Zuhair Razak dan Siti Nur Syahirah.. Lagi sorang iaitu Nur Syakina merangkap sebagai pengurus ktorang..hehe :)


Bergambar bersama pengantin...
Dari kiri : Aku, Zuhair, pengantin lelaki, pengantin perempuan, syahirah dan syakina


Sempat jugak aku bergambar kat photo booth.. kau tahu, baju oren yang aku pakai ni, sama dengan baju CATERER tu!!!!! OH TIDAK!!!! Ada yang ingat aku salah seorang pekerja catering tu tau.. Motip sgt..haha.. Tapi serius lauk ayam dia sangat sedap!! Aku suka!!!! Namanya CATERING SRI ANGSANA kalau tak silap aku.. Harga pakej catering tu pun not bad jugak..


psssst: Masa lepas aku tangkap gambar tu, pihak catering tu, mintak business card ktorang... Hahaahaha.. Tapi ktorang belum ada business card lagi.. So, kawan aku koyak kertas, then tulis tangan jerk..huhu :)

4 comments:

Munira Muhiyddin said...

bolehlah lepasni aku kawen dah booked ko photographer.
Nak mintak sponsor pun syok jugak ni. Hahahaha :D

Vee Lea said...

Sukaaaaaa pelamin tu!! Elegant!! :)

Anonymous said...

untung la.. nanti jgn lupa kita org pula ye..

fifie said...

Pelamin tu walaupun simple tapi menarik tak nampak serabut.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails