Saturday, January 19, 2013

CARA IBU BAPA DI KOREA MENGATASI ANAK PEMALAS!

Assalamualaikum...

Kalau kat Malaysia, bila kita malas jerk, mesti ada ibu bapa yang rotan, marah, nasihat dan sebagainya kan? Tapi di Korea lain tau.. Caranya agak unik.. Nak tahu macam mana?

Tadi aku jumpa satu entry kt blog SINI, so aku rasa macam tertarik nak kongsi.. Walaupun entry asal dalam bahasa Indonesia, tapi gigih aku tukar dalam bahasa Melayu.. huhuhh... Jom kita baca..


 "Orang tua saya menghantar saya ke kem ini kerana saya terlalu banyak menghabiskan masa dengan bermain game komputer"

Begitulah kata-kata salah seorang peserta kem yang dihantar oleh ibu bapa mereka.Para ibu bapa di Korea Selatan mempunyai pendekatan unik untuk mendidik anak mereka dari terlalu asyik bermain game atau menonton TV... Supaya anak-anak mereka tidak malas, kanak-kanak tersebut dihantar ke KEM TENTERA!!!! Wah............

Menurut stesen TV ABC News, kanak-kanak yang memasuki usia remaja ini menjalani suatu program yang berat yang dibuka pada akhir Disember yang lalu. Selama 10 jam setiap hari, lebih dari 180 peserta harus menjalani latihan ketahanan fizikal ala tentera!

Kau tahu, mereka kena bukak baju dan merasakan kesejukan cuaca di luar. Pergh... Apatah lagi cuaca di Korea Selatan sedang mengalami musim sejuk. Suhu di kota Ahsan yang menjadi lokasi latihana mencapai suhu -8 darjah celcius.. Negatif ok!!! Serius sejuk!!!!

"Ibu bapa saya menghantar saya ke kem ini kerana saya terlalu banyak bermain game komputer", kata salah seorang peserta berusia 15 tahun bernama Kang Han-Sol. Dengan menjalanai latihan ala tentera itu, menurut Kang, dia diharapkan menjadi lebih berdisiplin serta giat belajar.


credit to: SINI

4 comments:

Kira Kekuri said...

wowww gila mantapppp haiii, aku pun jarang2 da jalan sini. apa kabar tuan belog?

Unknown said...

ehek !! nt kalo sis ada ank , nk jgk buat mcm tue . . btw , TQ sbb sudi guna tuto domain registeration sis yang x seberapa tue :P

ZWAN SABRI said...

kat Malaysia kena berdiri tengah matahari.. HAHA

fifie said...

Wahhh ini sudahh bagus. Kalau di Malaysia rasanya tak dapat buat kot, ibu bapa kalau cikgu marah anak sikit atau bagi kerja rumah banyak sikit terus report pada kementerian takpun datang sekolah tengking cikgu. Acaner tu. Hahaha

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails