Tuesday, January 1, 2013

HARI NI HARI YANG MEMENATKAN AKU!

Assalamualaikum....

Tak sangka plak entry pertama aku tahun 2013 ni bermula dengan cerita KEPENATAN aku.. Hurm.. takpewlah... Sekadar nak berkongsi... Kau nak tahu, arini aku sangat-sangat kuasa 3 (istilah Math) penatnya!!! Kau nak tahu kenapa? Tadi budak-budak kampus aku yang tinggal di asrama kena melalui proses pendaftaran asrama. Kira macam kemas kini asrama lah.

Ha, aku dari asrama BLOK B, kena pindah BLOK A weh.. Blok A tu kat atas bukit tau.. Maka, bermulalah sesi angkut mengangkut barang. Ya Allah serius penat weh!!!! Kawan aku sampai ada rasa nak pengsan.. Aku rasa aku macam dah wat MUSCLE kat GYM plak.. Serius weh.. Angkat barang yang berat.. Sangat penat! Kawan-kawan aku yang kecik tu sangat kesian aku melihatnya.

Lepas tu plak, masa daftar asrama, pihak terbabit dah tetapkan dah yang kita MESTI TINGGAL DENGAN SAMA COS.. So, aku yang budak BM ni, ajak kawan aku yang baru masuk semula ke dalam asrama untuk tinggal dengan aku. 

Kawan aku tu pun gigih lah angkut barang dari rumah sewa lama dia ke asrama. Sampai kat bilik aku tu, dia pun kemas barang dia. Dah siap kemas barang semua tu, dia plak dapat panggilan, katanya STATUS PENEMPATAN ASRAMA dia belum lagi ditetapkan! Maka, bersungguh-sungguh lah dia pergi semula ke Pejabat Penyelia Asrama untuk selesaikan hal tu. Sebab dia dah penat kemas barang semua kan, takkan nak pindah bilik lain plak? 

Kau tahu apa jadi? Kawan aku tu terpaksa pindah jugak. Dia kena pindah ke BLOK B!!! Maka, dengan segala barang yang dia dah kemas tu, terpaksa lah dia masuk balik dalam kotak dan bawak ke bilik baru dia. Kesian dia tadi...

Aku ni plak sekarang? Roomate dengan siapa? Itu aku masih tak tahu lagi. Katanya bakal roomate aku budak JUNIOR!!!! OH TIDAK!!!!!!!!!!!!! Sekarang aku tengah risau! Aku harap sangat roomate baru aku nanti baik dan memahami aku seperti roomate lama aku iaitu Abg Azman. Sekarang setiap kali aku dengar orang lalu kat bilik aku, seolah-olah macam SATU SUPRISE plak. Yelah kan, aku ternanti-nanti siapakah bakal roomate aku tu. In shaa Allah aku duk sorang pun, aku tak kisah. Korang doakan aku yer.. Amin...

6 comments:

Chic Na said...

kesiannya. kalau pindah memang penat. huhu.. excited ye tunggu roomate baru.

THE AUTHOR said...

Kasihan kawan awak tu.....

Unknown said...

Hahaha ! selamat menerima room mate baru . .

Unknown said...

Chic Na

tau xpew.. sgt penat!!! huhu :)

Unknown said...

Hanif..

haah..kesian ngan dia... gigih angkat semula brg tu :)

Unknown said...

BDRL

Hahahaa..doakanlah aku duk sorang, tak yah ada roomate baru... Amin :)

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails