Friday, January 25, 2013

MANDI MANDA DI SUNGAI TEKALA SEMENYIH SELANGOR

Assalamualaikum...

Pagi tadi, kelas aku ada buat aktiviti rekreasi di Sungai Tekala Semenyih Selangor.. Mula-mula tu ktorang cadang nak pergi Sungai Gabai.. Tapi bila sampai tak silap aku jalan ditutup rasanya.. Sebab masa nak pergi Sungai Gabai tu, lalu Sungai Tekala dulu.. Aku tengok budak-budak kelas aku dah parking kete kat situ.. Maka, program pun dijalankan di Sungai Tekala..

Ha, pagi tadi sebenarnya janji nak gerak sama-sama pukul 7.30 pagi.. Tapi kau tahu, malam semalam aku sangatlah penat, so pukul 7.30 tu jugak aku baru bangun.. Gigih aku solat, mandi, siap-siap.. Aku ingatkan aku paling lambat, rupanya ada lagi.. hahaahaha.. So, gerak lah pukul 9.00 pagi.. Kesian kat kawan aku yang dah sampai awal... Sorry yer kawan-kawan...

Masa kat Sungai Tekala tu, ya Allah serius ramai orang weh!!! So, ktorang cari port yang tak ramai orang.. Port tu plak kat atas! Penatnya mendaki.. Dah lah aku bawak arang.. lepas tu tukar plak, bawak kentang ala-ala cam isi dalam guni tu.. Berat weh! Tercungap-cungap aku! Hahahaaha.. Tapi aku tak kisah pun, sebab apa? Sebab ni program kelas, so kena sama-sama membantu! Chaiyok-chaiyok!

Kitorang bukan sahaja jalankan aktiviti mandi manda dan makan semata. Tapi ada acara ANUGERAH!. Ktorang wat anugerah berdasarkan sistem tukar hadiah.. Setiap sorang bawak hadiah masing-masing, then kumpul kat satu tempat.. Masa tu, barulah label anugerah ditampal secara rawak kat hadiah yang ada... 

Nak tahu aku dapat anugerah apa? Ni dia:



ANUGERAH KHAS JURI (INTAN TERPILIH)

Disebabkan aku yang uruskan anugerah ni, so nama anugerah untuk aku, aku letak grand-grand sikit..Hahahaaha.. Ada kawan aku yang dapat, anugerah APEK NEWSPAPER (sebab dia suka baca surat khabar), ada yang dapat ANUGERAH TIANG BULUH (sebab badan dia kurus kering..hahaaha), ada yang dapat ANUGERAH MUZIUM NEGARA (sebab dia suka kumpul duit lama) dan macam-macam lagi lah...

Meh tengok gambar:


Chef yang gigih menyediakan juadah berbuka puasa (tetiba plak..huhu)


Jagung bakar dengan majerin! Serius mantap!


Ketua kuliah berbaju kuning sedang menyampaikan anugerah! haha


 Kanak-kanak riang! haha


 Gigih budak-budak ni main air..Lepas tu main simbah-simbah aku..Kurang hasam!

Kanak-kanak riang gigih makan jagung bakar! haha


Sosej sumbat! Serius sedap!!!!!!!

Antara menu :

Ayam bakar, Cendawan Bakar, Ikan Bakar, Kentang Bakar, Jagung Bakar, Sosej Sumbat dan macam-macam lagi lah sampingan... huhu

Alhamdulilah, dapat jugak program ni berjalan lancar tadi.. Tahniah dan terima kasih kepada semua yang terlibat!! Korang memang terbaik!!!!

psssssst: Terima kasih diucapkan kepada BOLABOLA BULAT.. gambar-gambar kat atas semua dari kamera beliau.. huhu :)



3 comments:

ASYRAF LAZIM said...

bestnya mandi sungai .

Unknown said...

Sungai Tekala, tempat kami geng2 nakal melepak. Kdg2 tak bagitau emak nak kesana dgn adik perempuan akak...huhu...main redah naik bas. Lepas kahwin, ada sekali dua bawa anak...hehe..kenangan indah.

Cik Aied said...

sakit sume badan aku angkat brg n daki naik atas tu pnye pasal..hahaha

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails