Thursday, January 24, 2013

SUSAH KER UCAPAN TOLONG dan TERIMA KASIH?

Assalamualaikum...

Walaupun aku perlu tidur awal malam ni, tapi aku kena gigih jugak untuk update blog aku ni.. Yelah kan, kalau kita dah start tak update blog walau sehari, maka rasa malas itu akan mula menjalar.. betul tak? So, aku gagahkan jugak malam ni..

Ok, isu malam ni simple jerk..

SUSAH KER UCAPAN TOLONG dan TERIMA KASIH?

Wah, dah macam dekat Al-Kulliyah lah plak.. Secara jujur, korang suka tak dengar perkataan TOLONG dan TERIMA KASIH? Aku sebenarnya agak pantang kalau ada orang minta tolong, tapi cukup susah nak ucap TOLONG atau TERIMA KASIH.. 

Mungkin ada di antara kita yang tak sedar yang kita ni terlepas pandang akan hal-hal macam ni. Tapi percayalah, perkataan yang mudah macam tu lah yang buatkan orang senang dengan kita.. Aku sebenarnya bukan apa... Aku terasa hati jugak lah dengan seseorang ni..

Kau bayangkan, dia suruh aku sumthing.. Tapi aku tak dengar langsung perkataan TOLONG.. Bila dah selesai benda tu, ucapan TERIMA KASIH pun takder.. Come on lah, kita ni manusia.. Hidup kena berbudi bahasa... Aku tak tahulah kalau dia terlepas pandang ke apa, tapi dah banyak kali jugak perkara macam tu berlaku...

Aku bukan nak ungkit ke hapa.. Tapi bagi aku, perkataan macam ni yang kadang kala buat aku terasa hati.. Serius weh... Kita tak harap pun upah ke haper, asalkan ucapan TERIMA KASIH tu pun dah cukup memadai.. Betul tak?

Tapi takpewlah, kita positifkan diri.. Mungkin dia terlupa agaknya..  :)

4 comments:

fifie said...

Kalau fie lah, adik adik fie atau siapa siapa pun minta tolong dengan fie tapi tak cakap tolong tu fie tak akan buat. hahaha

ASYRAF LAZIM said...

tak berapa suka orang yang tak tahu berterima kasih ..

Nazmin Nazifa said...

bukan tu saja... perkataan "minta maaf" pun tak diucap... salah satu faktor ego tinggi... hmm

Harmi Mohammad Jamil said...

Terima kasih Cikgu Fikri.. Hehehe

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails