Wednesday, January 2, 2013

YUNA TARIK DIRI DARI ANUGERAH JUARA LAGU (AJL) 27

Assalamualaikum...

Korang dah tahu yang Yuna telah menarik diri dari AJL 27? Aku serius terkejut tadi.. Aku dapat tahu pun dari Abg Senior aku yang mesej aku tadi. Terus aku menjerit dalam kelas.. Aku pun dah bayangkan siapa yang akan menggantikan lagu Terukir Di Bintang tu.. So, tadi gigih aku search Google, jumpa kat blog Budiey untuk tahu tentang berita tersebut....

Ha!! Rupanya memang betul Yuna tak beraksi di pentas AJL 27! Tapi, jangan buat andaian melulu dulu.. Bukan lagu tu yang tak bertanding, tapi hanya Yuna sahaja yang tidak akan beraksi di pentas AJL 27 kerana komitmen rakaman di Los Angeles, Amerika Syarikat. Yuna tak dapat pulang ke Malaysia sebab masih lagi sibuk dengna jadual rakaman album terbaru bersama salah seorang daripada anggota Incubus yang juga merupakan penerbit album tersebut. Wah!!! Mantap sangat kak Yuna!!! Agak sukar sebenarnya untuk Yuna pulang ke Malaysia kerana segala kos Yuna di Amerika Syarikat dibiayai oleh syarikat rakamannya di sana. So, Yuna kena bagi komitmen terhadap segala perancangan yang diatur. 

So, bermakna lagu TERUKIR DI BINTANG masih lagi dipertandingkan, cuma akan ada penyanyi lain yang akan menggantikan Yuna. Buat masa sekarang,masih lagi dalam perincangan dengan pihak TV3 untuk pilih siapa artis yang akan menggantikan Yuna berdasarkan kesesuaian vokal penyanyi. 3 Januari nanti in shaa Allah akan diumumkan siapa penyanyi yang akan menggantikan Yuna.

So, korang rasa saper yang akan menggantikan YUNA untuk nyanyi lagu Terukir Di Bintang???

9 comments:

ruby bieha said...

gempak post ni :)

Akhelaken said...

hehe.. rasanya Ogy kot (Fauziah Ahmad Daud) sbb ms mentor dulu dia pernah nyanyi lagu ni.. hahaha

tanak Ogy, Sharifah Aini pon boleh~

Unknown said...

Mr.Lonely..

have a nice day too..thanks :)

Unknown said...

kak ruby..

heheheeh.. takderlah gempak sgt kak.. :)

Unknown said...

Akhlaken..

hahaaha..yupl, Ogy pernah nyanyi masa Mentor dulu ngan Zatul..tp lg prefer Diandra Junaidy rasanya.. :)

Harmi bin Mohammad Jamil said...

Nak syorkan Neelofa atau Anzalna nyanyikan lagu tu masa AJL nanti, boleh?

Unknown said...

Haha....I hope I yang menggantikan Yuna untuk lagu Terukir di Bintang tu :)

Unknown said...

Abg Harmi..

ha? Anzalna ngan Neelofa? rasanya xkot..huhu :)

Unknown said...

Azham..

hahahaha.. huntonglah u nk gantikan Yuna..hehe :)

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails