Sunday, February 3, 2013

POMPUAN NI SERIUS KURANG HAJAR!!!!!!

Assalamualaikum...

Kisah kali ni aku petik dari pengalaman abg senior aku yang pernah memenangi ANUGERAH LAGENDA SEM 8 IPG KPI.. Serius weh.. Kau kalau berbual ngan dia, kau akan tergelak setiap masa! Oh yer, beliau juga merupakan PEMBENTANG TERBAIK KAJIAN TINDAKAN dan juga PRAKTIKUM TERBAIK SAINS SOSIAL kalau tak silap aku.. Mantap kan? Beliau ialah :


MOHD ZAKI MOHAMED SOM! 

Ok, ni cerita yang diceritakannya tadi tentang POMPUAN KURANG HAJAR tu:

Pagi tadi, Zaki Som ni pergilah Pasar Tani dengan mak dia.. Katanya mak dia ni permaisuri agong kat rumah tu.. Tetiba plak nak cari cencalok. Sebagai permaisuri agong, haruslah dituruti permintaan mak dia..Kalau tak haruslah mak dia boikot tak nak masak tengah hari.. hhahahaahahah...

Ha, masa kat pasar tani tu, diowang nampak ada sorang makcik ngan anak dia ni tengah jalan-jalan kat pasar tu.. Tetiba plak makcik tu terjatuhkan bungkusan plastik yang dipegang. Kau tahu apa jadi selepas itu? Anak perempuan makcik tu maki hamun makcik tu lebih kurang macam ni:

"mak ni bawak benda ni pown dah terjatuh..susah2 sgt x payah ikot pergi pasar ni len kali..."

Melihatkan situasi tu, Zaki Som terbayangkan situasi tersebut seperti dalam Filem TANGGANG plak..Motipp sangat kan? Bila Zaki Som pandang sebelah, tengok mak dia dah takder kat sebelah.. Seperti yang dijangkan, rupa-rupanya mak dia mula mendekati dua beranak tersebut..

Kau tahu apa yang mak dia buat? Mak dia bagi ceramah tau kat pompuan tu.. Bak kata Zaki Som, ala-ala macam Ustazah Pilihan plak mak dia ni kan.. Bukan setakat itu sahaja, mak dia mula MENANGIS ok! MENANGIS!!!! Ala-ala macam Neng Yatimah plak katanya.... So, mana-mana pengarah kat Malaysia yang berminat untuk mencari pengganti Wan Maimunah, bolehlah contact Zaki Som..  Sebab dia yakin bahawa air mata mak dia tulen, bukannya palsu...Dengar citer mantap titisan air mata mak dia tadi..Wah..serius bagus weh....

Kau tahu, sampaikan mak cik tu pulak yang menenangkan mak Zaki Som... Sambil cakap dalam bahasa Jawa.. Camner ntah..Aku pun tak faham... Kata Zaki Som, awas yer.. Kalau dia jumpa lagi situasi cam tu, memang dia akan call talian AN-NUR...

kembali kepada mood serius : Jadi, moral of the story.. JANGAN MENDERHAKA yer! Berdosa! Kalau sampai memalukan ibu di khalayak ramai, memang kurang hajar.. Kesian kat mak cik tu kan? Semoga kita sama-sama berada dalam kalangan orang yang dirahmati Allah.. Amin :)

5 comments:

Chic Na said...

huhu.. tak pasal2 dapat tazkirah free. sampai hati jerit2 & marah mak camtu. T_T

ZWAN SABRI said...

cayalah Mak Zaki Som.. I likeeeeeeeee.. :)

Nazmin Nazifa εїз said...

nauzubillah ... bagus entri kali ni :)

fifie said...

Nasib kau cerita dalam nada lawak, kalau serius memang aku maki hamun lah. Gila apa pergi maki mak dia depan orang ramai, macam tak ada agama.

Rafi Salim said...

boleh x bagi link blog zaki mohamed som ni

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails