Monday, February 11, 2013

TERUJA BILA EX-CLASSMATE @ GENG STUDY GROUP AKU KAHWIN!!!!!

Assalamualaikum....

Sekarang kan, aku tengok kalau kat wall FB tu, ada jerk yang update pasal pergi majlis kahwin kan? Kahwin cousin lah, rakan sekolah lah, cam-cam lah... Ha, aku nak jugak wat cam tu.. Tapi rasa cam segan plak sebab cam ramai yang wat.. Jadi aku nak citer dalam blog jerk lah..

Pengantin perempuan tu lah kawan aku...Ktorang panggil Fairuz...

Sebenarnya aku teruja bila kawan aku si Adnin Aaina tu cakap, classmate aku dulu iaitu Fairuz Nabila nak langsungkan majlis kahwinnya bulan Februari.. Masa mula-mula dia bagitau tu.. Memang aku excited.. Tapi, boleh plak aku terlupa bila dah nak dekat tarikh tu.. Nasib baik Aina tu ingatkan balik pasal majlis tu.. Terus aku rasa gelabah sebab tak beli hadiah lagi.. Kawan aku si Muhammad tu pun tak beli hadiah lagi.. Dia lagi lah, terus rasa segan nak datang... Bila aku cakap, ni wedding classmate, terus dia datang.. Aku naik kereta dia lah pergi majlis kawan aku tu.. Thanks mad!!!!

Masa nak pergi wedding tu, ktorang janji nak gerak sama-sama.. Tapi geng pompuan boleh lambat plak kan.. Mekap seguni bedak kottttt.. huhu.. Kawan aku tu plak dah janji nak jalan-jalan ngan ehemm...ehemmm dia... Tapi akhirnya dia lambat jugak kottt rasanya... hehe.. Takpewlah kn, demi wedding kawan.. Boleh dimaafkan tu..huhu...

Bila kaki aku start melangkah ke rumah pengantin, aku rasa nak menjerit sekuat hati!!!!!!!! Serius weh!!! Kalau korang nak tahu, ni lah wedding kawan aku yang pertama pernah aku datang... Sebelum ni, tak pernah lagi... Lebih-lebih lagi kawan aku tu merupakan salah seorang rakan study group Prinsip Akaun dan Math aku masa zaman SPM dulu... Tak sangka cam cepat jerk masa berlalu.. Tu lah aku betul-betul teruja!!!!! 

Yang paling aku suka, bila aku jumpa salah seorang cikgu kesayangan aku masa sekolah dulu.. Cikgu Noornizah.. Tapi kitorang panggil cikgu Noni.. Cikgu Noni ni merupakan cikgu Prinsip Akaun aku dulu.. Secara jujur beliau sangat pandai mengajar.. Kalau kau nak tahu, aku mula ambil subjek Prinsip Akaun masa start FORM 5 tau.. Masa form 4, aku tak ambil.. Sebab orang kata susah.. Tapi bila form 5, aku try sendiri ambil subjek tu.. Atas dorongan cikgu Noni, alhamdulilah, dapat gak buat.. huhu.. 

Cikgu Noni juga mak cik kepada pengantin tu jugak.. Sebenarnya ada 4 orang yang selalu jadi rakan study group aku untuk study subjek Prinsip Akaun waktu malam kat rumah cikgu Noni iaitu aku, yazid, fairuz (pengantin perempuan) dan juga Ainin.. Tapi masa wedding tu, aku tak nampak plak kelibat Ainin..huhu...

Walau camner pun, aku tak sempat aku nak ambil gambar ngan cikgu Noni, sebab beliau agak sibuk aku tengok.. Takpew lah, janji dapat jumpa dah cukup seronok bagi aku.. 

Ok, tu jerk lah kott yang rasanya aku nak citer.. Meh tengok gambar...

 Yang ni plak classmate aku dulu...
Dari kiri Muhamad, Rehan, Yazid, (yazid ni lah geng study group subjek Prinsip Akaun dan Math dengan aku dulu.. Bila aku tengok gaya muka dia kat gambar tu, rasa macam nak bagi kaki plak.. Mintak terajang! hahahaahah )..
Yang perempuan plak dari kiri Aina, Azlina dan Nadia (ketua tingkatan aku dulu..hehe)...

Aina ngan Azlina tu plak ktorang selalu study sama-sama untuk subjek Sejarah dan Math....
Muhamad tu pun selalu study sama-sama untuk subjek Sains dan Sejarah... Ramai kan geng study aku dulu..huhu

 Aku rasa comel plak bila aku amik gambar tunduk cam tu.. Terus rasa nak upload dalam blog.. Aku tau korang rasa nak muntah dengan statement aku.. Sila muntah sekarang! huhu


Aku sebenarnya pelik, saper lah yang amik gambar senget ni.. Tapi takpewlah, yang penting ada jugak gambarnya kan? huhu

Tu jerk lah cerita aku.. Kepada Fairuz dan Suami, selamat pengantin baru.. Semoga bahagia di dunia dan juga di akhirat.. Cepat-cepat dapat baby..hehe :)

7 comments:

Vee said...

Nampak sungguh keterujaan itu dengan selori tanda seru !!!!!!!!!!!!!! Nak jugak. Hahahaa. Cikgu Fiq bila lagi?? HAHA. Selalu kn orang tnya cmni :P :P :P Jgn trajang sy sudah. Hahaa.

Nurul Lyana Kz said...

excited ya pergi majlis kahwin kawan? hehe.. yana xpenah lg pergi mjlis kwin, tp mesti best sbb kwn yg kawin kn..huhu.. lps ni giliran cikgu fiq lah pulak kn..huhuh

Nurul Lyana Kz said...

yup, student math kat upm.. ;)

mcm pernah dgr nama umairah, tp xtau pulak bt apa..hehe..xtaulah org yang yana kenal tu, org yg sama mcm cikgu fik kenal.. ;)

THE AUTHOR said...

Btl..nampak excitednya..kikikikiki.
Ni mesti nak ambil aura kahwin...hahaha

Chic Na said...

knp bila tangkap gambar tangan mesti macam tu? hihihi..

emieysandra said...


Bestnyeee, sampai skg pn akak msih suke pegi mjlis kawin kawan..suke tgk org kawin. Hehe

Cik Jelly Chan said...

kemain eksaited....cikgu fiq bila lagik?hehehe

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails