Tuesday, February 12, 2013

WILLY SATAY / SATE WILLY DI SUNGAI RAMAL FOOD JUNCTION SERIUS SEDAP!!!!

Assalamualaikum...

Korang pernah dengar tentang SATE WILLY? Ha, selain Satay Kajang Hj. Samuri, sate willy juga famous di area Kajang, Bangi dan juga sekitar negeri Selangor.. Bagi yang duk area Bangi, Kajang rasanya tahu kottttt pasal Sate Willy ni.. Aku tahu pun dari kawan aku... Dia pernah makan, dan katanya di suka dengan sate willy!!!!



Apa keistimewaan Sate Willy ni?

(gomok-gomok kan?)

Ha, kalau korang nak tahu, sate ni bagi aku keunikannya terletak kat SAIZ dia!!! Serius weh! Gomok-gomok! Dah lah gomok, secucuk 70 SEN jerk!!!! Lagi 1, daging or ayamnya lembut!!  Rasanya pulak, bagi aku sama jerk kotttt cam sate lain.... Oh yer, kuah kacang nyer jugak sedap!!!! Aku siap ratah kuah tu.. huhu...

Di mana letaknya SATE WILLY?

Ha, aku ingatkan sate willy ni kat kedai jenis sebuah-sebuah tau... Rupanya kedainya kat ala-ala Food Court yang diberi nama SUNGAI RAMAL FOOD JUNCTION!!!! Tak silap aku, area depan SMKA MAAHAD HAMIDIAH KAJANG... Kedai tu plak kat area tepi sekali.. Alah, kalau kau nak parking kereta, kau nampak orang tengah bakar satey tu, then ada tulis SATAY WILLY, tu lah kedainyer..


Masa aku pergi ni ramai......... huhu

Kau nak tahu, masa mula-mula aku pergi aritu, BERATUR PANJANG!!!! Geram aku! Baru feeling-feeling nak makan sate willy.. Sebab budak kelas aku duk gembar-gemburkan pasal keenakan sate tu.. Masalahnya bukan sorang, ramai yang cakap.. So, aku beria lah nak rasa! Aleh-aleh ramai orang kan. Maybe sebab aku peri hari Ahad kotttttttttt... So, makan Burger Bakar Abg Burn jerk lah.....

Hari lain plak aku pergi.. Kali ni pergi awal sket.. Tak pergi weekends.. Tapi rasanya pergi hari Isnin... Alhamdulilah DAPAT!!!!!! Rasa nak jerit jerk kat brother yang jaga kaunter tu sebab aku dapat order sate willy!!!! huhuhu.. Proses nak order tu plak, just order jerk kat kaunter, then bagitau nombor meja! 

Ingat!!!
Pastikan anda tahu nombor meja anda dahulu sebelum buat tempahan.. Sebab nanti sate tu akan dihantar ke meja anda! Faham? huhu..


Pernah masuk jalan-jalan cari makan....

Tu jerk lah citer aku... So, apa lagi.. Try lah rasa!!!! :)

7 comments:

Cik Jelly Chan (CJC) said...

pergh gemuknya satay dia..dekat kedah ada jual satay...30 sen je satu cucuk tp xdelah segemuk satay nih...hehe..sedapp*lap ayaq liuq

Nazmin Nazifa εїз said...

wahhh,nnti nak try ...hrp2 masa In serang satay willy tu,masih ade lah ye kat sana XD hahaaaa

Chic Na said...

tak pernah makan tp pernah tgk dalam JJCM.

najihahfara said...

x pernah x ramai kat sana. mmg sedap

yana aina said...

lapar .... lmbt pulak jam nie. huhuhu

Hanif Idrus said...

Full house ....!!!
Mesti sedap ini

Harmi Mohammad Jamil said...

Amat dekat dengan area rumah saya, tiap-tiap hari lalu tapi belum sempat nak singgah sebab TERLALU RAMAI ORANG yang datang makan kat situ.. Hahahaha..

Mungkin satu hari nanti...

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails