Saturday, March 23, 2013

PENDRIVE DALAM BAHASA MELAYU DIPANGGIL APA?

Assalamualaikum...

Sekarang alhamdulilah ada kat kampung.. Balik dalam 3 hari untuk jumpa family.. Rindu ngan mak aku..Lepas tu in shaa Allah akan bertolak ke Beijing... Huhuhu.. Tapi sayangnya kat umah, aku tak dapat nak online kat rumah sebab broadband aku buat hal.. Maka aku online kat cyber cafe...

Ha, topik aku arini berkenaan pendrive! Aku rasa semua tahu apa itu pendrive kan? Saper yang tak tahu tu, pendrive bukanlah sejenis kertas lukisan, mahupun tuala wanita, tapi pendrive tu merupakan ermm..merupakan aper ek? Ha, senang citer, kalau kau nak simpan maklumat dalam tu, simpan lah ikut had memorinya.. 

Aku yakin, mesti ramai yang selalu guna perkataan pendrive kan? Tapi korang tahu tak dalam Bahasa Melayu, pendrive disebut sebagai apa? Ha, ada yang kata pena pemacu kan? Tapi sebenarnya, menurut Pusat Rujukan Persuratan Melayu yang berdasarkan Kamus Teknologi Maklumat (perkakasan), pendrive disebut sebagai PEMACU PENA...

Tapi aku rasa, kalau kau beria cakap kat kedai komputer cam:

UNCLE, BAGI SAYA PEMACU PENA 1!

Mesti uncle tu blur aku rasa.. Melainkan orang kedai tu tahu akan kewujudan perkataan pemacu pena.. Sekian saja.. Salam bahasa :)

9 comments:

Nazmin Nazifa εїз said...

Heheee,In ingat yg pemacu tu je ..pena tu terlupa pula :D hahaaa .. terima kasih berkongsi ^^,

ZWAN SABRI said...

pemacu pena? macam skema pulak.. HAHA..
btw, kirem salam kat orang Beijing ye.. HAHA

Unknown said...

haha..pemacu pena..ok..new word for today ;) tq share...

Unknown said...
This comment has been removed by the author.
THE AUTHOR said...

Aku pun baru tahu..kikiki.

Cik Jelly Chan said...

wakaka pemacu pena...huduhnya nak sebut...old school sangat..

Vee said...

Pg Beijing buat apa?!!! Wahahaa. Cikgu BM pn selalu ckp pendrive der. Tapi pendrive ni actually brand tauu. Nama sebenar benda tu is thumb drive. Mcm slippers jugak. Ada brand flippers kan? Tak da lah kita panggil slepar jepun tu flippers kan? Sbb flippers tu brand. Haa.. Mcm tu lah kisahnya :D

hana hadi said...

ok subjek TDP ke ni?
Mmg lawak kat bila di translet dalam BM

Cik Aied said...

gitewww..puan halijah yg 1st ajar kte pasal pemacu pena ni kan..hehe

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails