Friday, April 5, 2013

DAH LOBOS!!!!!!

Assalamualaikum....

Maaf sebab dah 100 tahun tak update blog (hahahahaa..melampau..) Alhamdulilah segala urusan di Beijing berjalan dengan lancar.. Tapi mood untuk update pasal Beijing tu, belum datang lagi sebab tengah beralih ke mood praktikum di sekolah plak...

Ha, mesti korang pelik tengok tajuk aku tu kan? Untuk pengetahuan semua, ni merupakan satu kisah yang buat aku terpikir 2, 3 kali malahan sampai sekarang...Nak tahu?

Aritu aku dapat relief kat satu kelas TAHUN 4.. Kelas ni area kelas belakang jugak lah... Maka, aku pun buatlah 1 kuiz dekat diowang.. Mereka memang excited sebab ada markah-markah kumpulan... Tiba dekat 1 soalan tu, aku tanya macam ni kalau tak silap aku:

APAKAH YANG DIMAKSUDKAN DENGAN ANAK EMAS!

Ramai jugak yang angkat tangan! Tiba-tiba ada sorang budak tu dia penuh excited dan menjerit sekuat hati! Tak silap aku, dia sebut macam ni:

DAH LOBOS!!!!!!!!! DAH LOBOS!!!!!!!

Dia cakap macam tu!!! Ya Allah! Serius aku terkejut! Darjah 4 kottttt.. Bagi aku masih terlalu awal untuk tahu benda-benda macam tu! Masa tu aku dah terdiam! Bila budak tu bising, aku tolak markah kumpulan dia! Maka, dia disuruh diam oleh kumpulannya!

Tapi sampai sekarang, bila aku citer ngan kawan-kawan aku, diowang pun terkejut! Sebab apa? Sebab budak tu masih terlalu muda! 10 tahun!!!!

Semoga budak tu sedar yang perkara macam tu tak elok untuknya.. Amin....

2 comments:

Hanif Idrus said...

Inilah pengaruh media sekarang

Nazmin Nazifa εїз said...

Dah Lobos tu apa ? '______' errr ~

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails