Tuesday, May 7, 2013

KISAH AKU MASA KECIK-KECIK YANG SUKA TERPENGARUH DENGAN DRAMA!

Assalamualaikum...

Kau nak tahu, broadband aku buat hal plak sekarang!!!!! Tak dapat nak online slalu.. Ni pun aku online kat cyber cafe!! Aigoo.. Tapi takpewlah, demi hasrat untuk update blog, maka aku gagahkan jugak... Ha, kali ni aku nak cerita pasal zaman aku kecik-kecik dulu..

Korang masa kecik-kecik suka tak tengok drama? Ha... mesti ada yang suka kan? Aku pun sama.. Dah tu kalau tengok drama, aku mesti selalu terpengaruh.. Terpengaruh macam mana? Ha, macam ni ceritanya..

Masa tu aku ikutlah ayah aku ke kedai. Naik motor masa tu.. So, kiranya ayah aku bonceng aku lah kan.. Nak dijadikan cerita, masa nak balik tu, dah nak tiba kat rumah.. Aku tetiba teringat satu aksi dalam drama yang ada adegan pelakon akan terjun dari kereta bila kereta tu dah nak meletup.. Ha, pernah jumpa tak adegan tu?

So, apa lagi, masa tu aku rasa kelajuan motor tu tak lah laju.. Sebab dah tiba kat halaman rumah.. Maka aku pun terjun lah ala-ala macam dalam drama tu.. Ya Allah!!! Masa tu baru aku tau sakit weh buat macam tu!! hahaahahahaha.. Bila tengok aksi stunt cam tu dalam drama, nampak macam best, tapi hakikatnya tak!!! hahahaha.. Apa lagi, masa tyu rasanya aku kena marah ngan parents aku sebab sesuka hati aku jerk buat aksi tu.. Nasib baik tak cedera teruk!!!

Ha, tu baru 1, lagi 1, kau pernah tak tengok adegan kalau orang macam baru tersedar dari koma atau pengsan jari dia akan bergerak dahulu.. Lepas tu kamera tu pastiiiiiiiiii akan zoom kat jari pelakon tu? Ha... aku selalu buat macam tu weh.. Kadang2 tengah baring, rasa macam bosan, takder keje,...buatlah pengsan2 kejap..then tetiba gerakkan jari bila tersedar dari pengsan ala-ala macam adegan dalam drama.. hahahaha

Tu jerk lah cerita aku... Pesan kat anak anda yer, jangan mudah terpengaruh dengan drama sampai buat betul2 kat dunia realiti../ Tak elok.. Tapi kalau untuk imaginasi,. boleh sebenarnya.. supaya daapt jadi l;ebih kreatif lagi.. hehe... Tu jerk untuk hari ni..

pssssst: Minggu depan minggu exam.. Doakan saya dapat buat yang terbaik yer.. Amin :)

6 comments:

Nana Liena said...

terjun motor tu mmg betul2 cubaan.. T_T
tak ingat la ada ka ikt drama msa kecik2..hehe

Hanif Idrus said...

Semangat berblogging hingga ke CC...cayalah!!
Wah!! ini semua pengaruh TV..nasib baik tak terjun macam Superman..hehehehe

Cik Jelly Chan said...

hahaha..cikgu fiq over tauu..sampai stunt dari moto lepastu buat2 pengsaan...agagaga

Abak@Pedamba Cinta Penuh Mahabbah said...

terbaik la abg fikri...hahaha..

Cheida_Mymee said...

hahaha mcm2 ko ni...
good luck for ur exam

Cik Aied said...

motif sgt buat2 pengsan kan..haha

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails