Thursday, May 9, 2013

TIPS TEMUDUGA IPG / KPLSPM

Assalamualaikum

Tips temuduga IPG atau KPLSPM sememangnya pasti dicari oleh mereka-mereka yang dipanggil untuk temuduga kan? Terlebih dahulu, nak ucapkan tahniah kepada ANDA kerana telah berjaya terpilih!!! Please bear in your mind (cehwah, speaking londang lah plak kan).. BUKAN SENANG NAK DAPAT YER!!! Jadi, pastikan anda lakukan yang terbaik untuk temuduga ni! 

Aku sebenarnya ingatkan tahun ni, takder panggilan baru, rupanya still ada lagi.. Wah..bertambahlah adik junior lepas ni.. hehe..

Ok, tanpa berceloteh panjang, ni abang senior (cehwah... abang2 plak kan~sila muntah!!! haha).. Ha, tips ni versi aku.. Tak tahulah tahun korang interview nanti sama atau tidak.. Tapi takpewlah kan.. Sekadar perkongsian..


DAH SEDIA!!! MULA!!! 

1. YAKIN
Yes!! keyakinan itu perlu! Even fakta kau salah, kau yakin jerk! Contoh masa aku dulu, bila sesi temuduga berkumpulan (tak pasti sama ada tahun ni ada lagi atau tak yang grouping ni), aku ada sebut pasal MENTERI PELANCONGAN, tapi aku main bedal jerk namanya.. Tak silap aku, aku sebut DATO` SERI ISMAIL SABRI.. Padahal yang sebenarnya NG YEN YEN.. hahahahaha..Tapi disebabkan aku yakin, aku go on jerk.. Dah beberapa hari lepas temuduga baru aku tahu, siapa menteri pelancongan pada ketika itu.. hahhahaha.. Ehem, tapi seeloknya KUASAI fakta yer...Lagi betul, lagi bagus kan? Jangan main hentam kalau tak yakin.... hehe

2. SUARA
Pastikan suara kuat yer.. Bukanlah kuat macam menjerit terpekik terlolong tu.. Tapi suara yang mampu didengari oleh penemuduga.. Kalau suara jelas, pasti butiran yang dituturkan itu dapat didengari.. Kan?

3. STUDY
Ha.. dah kau tahu kau nak pergi temuduga, janganlah pulak buat tak tahu plak kan.. Study lah sket-sket pasal hal ehwal dalam negara, isu semasa, Falsafah Pendidikan Kebangsaan, Falsafah Pendidikan Guru dan semestinya tentang PENDIDIKAN MALAYSIA!!!! HARUS BACA!!!! Aku dulu beria-ia baca pasal Falsafah Pendidikan Kebangsaan, tapi lepas tu lupa balik.. hahhaa.. Nasib baik time aku tu tidak disoal tentang itu... Masa aku dulu, aku kena tanya tentang PPSMI dengan Pelan Induk Pembangunan Pendidikan.. Nasib baik dapat.. Alhamdulillah..

4. KEMASKINI DOKUMEN
Yes!!! Ini paling penting.. Segala gambar, dokumen dan sijil fotostat siap-siap.. Kau bagi jerk semua sijil kau... Gambar terkini pastikan ada.. Dokumen yang kena print dari laman web tu, print siap-siap.. Yang paling penting JANGAN SALAH PRINT!! Kau nak tahu, masa aku dulu, aku boleh salah print weh!!!! Masa time temuduga tu, baru aku sedar yang aku takder borang tu.. Menggelabah aku masa tu..Berpeluh-peluh!!!! Nasib baik penemuduga tu ada borang lebih.. Beliau minta aku fotostat then lengkapkan... Alhamdulilah...

5. UJIAN SAHSIAH
Ha.. ujian ni ala-ala macam soalah objektif.. Time aku dulu dipanggil INSAK, tak tahu plak sekarang dah tukar nama atau belum.. Masa aku dulu, soalannya banyak!! Ada dalam 180 rasanya AKu pun ingat-ingat lupa plak.. Tapi dalam masa yang singkat around 1 jam.. Aku tak cukup masa! Last-last aku hentam jerk!!! Tapi hentam tu kena pandai.. Soalan tu tentang sahsiah.. Jadi, masa jawab tu, bayangkan diri kau sebagai cikgu dan apa tindakan kau kalau hadapi situasi seperti dalam soalan tu... Pastikan wujud nilai terpuji dalam segala tindak-tanduk kau.. Itu namanya SAHSIAH..kata nak jadi GURU yang berkualiti.. Maka, harus ada sahsiah terpuji... kan?

6. PAKAIAN DAN KEKEMASAN
Ha... ni penting.. Pastikan kemas! Kalau yang berjanggut dan bermisai tu, pastikan dicukur rapi.. Pakaian sopan, kemas dan melambangkan guru... Aku dulu pergi time PLKN, so kena pakai baju PLKN yang warna biru cair tu..Baju untuk kelas.. (bukan baju loreng tau..).. Masa tu rambut botak..Haahahah.. Nasib baik tak kena kawad.. Ada kawan aku kena kawad tau.. Motiff sangat!

7. TUGASAN KETIKA TEMUDUGA
Ha... masa temuduga individu tu, nanti penemuduga tu akan minta kau buat sesuatu.. Ikut mood dia lah kotttt.. Masa aku dulu, sampai berbalah pendapat dengan penemuduga tu.. Sebab dia tahu aku budak bahas ala parlimen.. Jadi setiap fakta aku bagi, dicantasnya.. Sampai aku terdiam tak terkata apa.. Tapi tu provok jerk.. Yang penting YAKIN DAN SENTIASA SENYUM!!!! Oh yer, ada juga kawan aku kena nyanyi lagu kanak-kanak, kena kawad kaki, baca surah Dhuha.. yang kena MELUKIS pun ada.. Yang penting kau buat jerk.. Tahu tak tahu tu lain kira, INGAT'!!! Yang penting YAKIN!!! So, kalau tak tahu, kau taram jerk!! Yang penting yakin.. hehe..

8. TEMUDUGA BERKUMPULAN
Ha.. aku tak pasti tahun ni ada temuduga berkumpulan atau tak... Tapi kalau ada, ni TIPSNYA.. Nanti akan ada topik.. So, kau kena bincang topik tu dengan kumpulan yang diberi.. Ingat! Jangan malu! Sentiasa cari peluang untuk utarakan pendapat tentang topik yang diberi.. Tapi!!! Jangan over sangat sampai orang lain pun tak dapat cakap.. Nanti penemuduga tu ingat kau PENTINGKAN DIRI plak kan..  Cehwah... Kalau kau tengok ada dalam group kau yang diam, tanya soalan kat dia.. Supaya dia pun dapat turut sama menyuarakan pendapat...

Hurmmmmm.. Rasanya tu jerk kotttttt... Hope anda dapat lakukan yang terbaik! Setelah hampir 4 tahun berada di IPG, aku mula seronok dengan dunia PENDIDIKAN.. Semoga rasa seronok dan semangat itu akan kekal dan bertambah bila aku bertugas kelak.. Amin.. :)


9 comments:

ain farahin said...

Alhamdulillah pglamn interview dah dpt. tpi peluang nak msuk maktab tak ada rezeki.

apa yang penting pglamn tu :)

dee said...

masa aku kena iv dlu, depa suka gelak. dari masuk smpai la hbis iv gelakkkk je tak sudah. padahal aku tak buat lawak. mih3...

so yeahh! im ready to be a teacher!

fifi said...

oh dia tak kisah ke kalau bg fakta yg salah dgn konfidennya? :3

Nazmin Nazifa εїз said...

Yang penting keyakinan ! :D
Hehe ...

Unknown said...

miss fifi..

fiq raa cam tu.. sebab masa tu fiq salah facts.. tapi still go on jerk..tp seeloknya fakta tu betul.. sebab lain penemuduga, lain ragamnya...huhu :)

Anonymous said...

Satu grup tu bape org ek??

Unknown said...

Anonymous..

hurm, zmn sy dulu, tahun 2009 around 5-6 rasanya.. tahun ni tak pasti konsep grup tu cmner...hehe..sorry.. btw, gud luck ya :)

Unknown said...

so kalau penemuduga tu suruh menari, ikut je laa apa dia ckap?? menari jee?

Unknown said...

vyone popone..

yess..yakin jer..ada senior saya, siap kena kawad kaki lg dalam bilik temuduga..btw, gud luck ya.. huhu :)

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails