Tuesday, June 18, 2013

NOVEL MENCARI JALAN KE SYURGA( EPILOG CINTA KHIRANA) SERIUS BEST WEH!

Assalamualaikum....

Semenjak cuti aritu, aku TERtengok drama EPILOG CINTA KIRANA... Lepas tu, aku rasa macam best plak citer tu.... Then aku pun terus mengikuti drama tu.. Bila dah lama, aku makin suka plak dengan cerita yang ala-ala misteri macam tu..



Aku suka dengan COVER NOVEL ni. Nice :)

Tapi, bila dah balik kampus, memang susah lah kan nak tengok tv.. Lepas tu plak, bila aku tengok preview episod akan datang, macam best!!!  So, apa lagi, gigih aku cari novelnya kat kedai.. TAK JUMPA!!!!!! Geram aku! Last-last aku decide nak beli online jerk.. Mula-mula tu aku cadang nak beli dekat MUDAH.MY memandangkan aku terbaca kat blog mana ntah, yang novel tu dah habis stok.. Tapi, bila aku taip tajuk novel tu, keluar plak kat KAKIONLINE.. So, apa lagi, aku terus beli dari kakinovel jerk lah..


Alhamdulilah, semalam around pukul 3.30 aku baru amik kat kaunter foyer kampus aku.. Balik jerk, TERUS BACA!!!! Tak menyempat! Nak tahu jugak citer tu camner endingnya..

Serius TERBAIK!!! Patut ramai kata novel tu best.. Ada yang baca berulang kali.. Then bila aku baca, bagi aku memang best! Rasa cam nak baca 2 kali plak.. Huhuhu.. Setelah mempromosikan novel tu kat kawan-kawan aku, wah!!! Dah start beratur nak baca! Heheh.. 

Novel tu banyak pengajaran yang membuatkan kau tertanya sendiri tentang dosa-dosa kat diri kau.. Macam watak Kirana tu, dia diberi peluang 2 KALI untuk hidup... Ha, dalam drama baru tunjuk sekali kan, nanti aku rasa akan berlaku lagi 1 insiden yang menyebabkan Kirana di ambang maut.. Masa tu kau akan rasa terkesan dengan nilai dalam novel tu.. Bagi aku novel ni bukan novel cinta yang penuh dengan ayat-ayat jiwang, tapi novel ni membawa nilai ISLAMIC yang diadun sebati dengan nilai-nilai cinta, keinsafan, kekeluargaan, persahabatan dan macam-macam lagi... TERBAIK!!

5 BINTANG!!!! SERIUS! :)

6 comments:

Umie Artoqiemie said...

amboii tudia sawan membaca

Hanif Idrus said...

Wah!! minat novel ini

Nazmin Nazifa εїз said...

Waa,macam nak beli je :) Tengoklah nnti ^^,

cik kiwi's said...

kemain baca novel. hehe. btw. minat kita sama :)

Ummi Kami said...

Assalam Cikgu Fiq...

Memang syahdu cerita dan plotnya...kak Ummi dah baca.... :)

Vee Lea said...

Adui, peminat tegar novel!! Haha. Tak minat novel dah skrg. Hehee. :D

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails