Friday, June 28, 2013

WAJARKAH AKU BERPATAH?

Assalamualaikum...


Hatiku rapuh,
lingkup,
rungkup,
tertangkup,
menjadi satu rasa,
yang suka dimengertikan.

Aku tertanya,
mengapa dia wujud di dunia?
Sedangkan umur melebihi kepala,
tapi minda serendah kasutnya.
Kelakar,
sungguh kelakar.
Mungkin dia rasa aku akan terkesan!
Terkesan dengan lagaknya mungkin?
Padahal aku sendiri kasihan,
Melihat dirinya,
seakan terkapai-kapai di lautan hina,
yang penuh dusta!

Aku percaya,
tiada ruginya aku dan dia begini.
Kerana aku juga tahu,
ramai orang juga begitu,
bagai hati dicucuk sembilu,
terasa jelek melihatnya.

Kaki ku kini berselirat,
akar-akar nista dan hina seakan melingkari betis ku,
kekar kukuh memautku,
aku merasakan,
langkahku semakin dekat,
menuju ke lembah kebencian.

Wajarkah aku berpatah?


12.43 pm
28/Jun/2013
Jumaat
Bilik ISO IPG KPI,
~ketika aku sedang menunggu~

5 comments:

Vee said...

Hmm.. Knp ni cikgu? :/

Harmi bin Mohammad Jamil said...

Puitis. Mengasyikkan. Mantap.

Nazmin Nazifa εїз said...

Fuyyo,nukilan sendiri ? Nice one tau :)

Hihi,jangan pandang ke belakang. Alang-2 dah disana teruskan saja. Andai ia jejak yang salah jangan fikir akan penyesalan tetapi teruskan kehidupan dengan mengorak langkah dan cara baru . :D

Unknown said...

thanks semua... masa tgh tunggu td, terus karang puisi ni.. :)

F Wong said...

menyentuh jiwa :)

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails