Thursday, August 15, 2013

REVIEW FILEM PERCY JACKSON SEA OF MONSTER

Assalamualaikum...

Pergh! lama tak main review-review filem.. Aritu aku ingat nak review filem R.I.P.D, tapi rasa malas plak..Hahahah.. Bagi aku, R.I.P.D sangat best weh! Lawak giler! Aku peduli haper! Aku gelak sekuat hati kat panggung! hahahaha.. Aku bagi 9/10 untuk R.I.P.D sebab aku suka! Lawak giler! haha...

Ok, berbalik kepada tajuk, aku ni memang suka citer-citer merepek-repek cam ni...So, memang aku tertunggu-tunggu citer PERCY JACKSON SEA OF MONSTER ni.. Sambungan filem PERCY JACKSON AND THE LIGHTNING THIEF..''

SINOPSIS VERSI AKU

Kalau dalam season 1, Percy dituduh sebagai pencuri petir, tapi kali ni, pasal BULU BEBIRI EMAS.. Ha, meh baca sinopsis versi aku plak.


Benteng kem tempat Percy dan kawan-kawan dia berlindung telah mula rosak. Sebab POKOK THALIA telah diracun. Pokok Thalia ni pokok yang menjadi benteng bagi diorang.. Maka, semua risau nak selamatkan kem dan ubati pokok tu...Cara nak rawat hanya dengan pergi dapatkan bulu bebiri emas kat sebuah pulau di SEGITIGA BERMUDA.. Hanya 2 orang jerk yang terpilih.. Sayangnya Percy and the gang tak terpilih.. Tapi, Percy nekad gak nak pergi... Sebab dia dapat tahu pasal RAMALAN TENTANG DIA.. Ha? Ramalan apa? Tu kena tengok sendiri...

 Tu dia BULU BEBIRI EMAS..cam kain alas meja time raya jerkkkk..huhu

Masa ni, adik angkat Percy pun ikut sekali pengembaraan diorang.. Ha, jangan terkejut, ada watak baru tau. Adik angkat Percy.. Tapi bukan manusia.. Adik dia ni makhluk bermata 1 iaitu CYCLOPS...Maka, bermulalah pengembaraan diorang.. Sebenarnya Luke (pencuri petir masa season 1) pun nak jugak bulu tu.. Dia nak hidupkan 1 kuasa besar yang boleh memusnahkan dunia. Kuasa apa? Itu kau kena tengok sendiri... huhu..

Cam-cam yang dilalui oleh mereka.. Memang adventure lah.. Nilai adik beradik turut ditekankan dalam filem ni...


Bagi aku, filem ni BEST! Semestinya! Sebab penuh dengan adventure.. Macam-macam makhluk dia jumpa.. Dari segi aksi boleh dikatakan OK jerk lah.. Keterujaan plak OK.. Lawak pun lawak....Lebih-lebih lagi masa part Percy and the gang naik TAXI FROM THE HELL.. Hahhaahaha..Pemandu takder mata.. Bawak macam orang giler.. Serius lawak!!!!

           Antara tarikan dalam filem ni..Taxi from the hell..Bila aku teringat, aku mesti senyum..huhu

Cuma aku tak berapa suka dengan makhluk mata 1 yang muncul dalam filem ni.. Adik angkat kepada Percy..  Bila aku tengok muka mata 1, tak tahu nak cakap camner..Rasa sakit weh.. Kepala otak aku terus teringat kat DAJAL.. Serius! Aku ingat aku sorang pikir cam tu, kawan aku pun sama.. Nasib baik dalam filem ni, part mata 1 tu tak banyak sangat sebab budak tu pakai kaca mata hitam untuk cover kekurangan dalam diri dia.. Semua penghuni kat kem tu rasa pelik ngan dia... Percy pun macam tak boleh terima dia lagi sebagai adik.. Anabeth lagi lah, cakap depan-depan yang dia tak suka ngan budak tu.. Aku pun ragu-ragu sebenanrnya ngan budak tu.. Manalah tahu dia jahat ke baik.. TAPI!! Ada sesuatu yang dia buat menyebabkan orang di sekeliling dia sedar sesuatu tentang dia.. Ha, part ni best! Nampak nilai yang ingin ditonjolkan.. Apa benda yang dia buat? Ada dua benda. 1 Berkaitan dengan lembu.1 lagi berkaitan dengan Luke. 

Secara jujur, aku lagi suka Percy Jackson yang season 1.. Keseluruhan aku bagi filem ni 8/10 dan diCOP sebagai MESTI TENGOK!!!! Huhuhu...

Nantikan sambungan Percy Jackson 3..Kalau ikut wikipedia, tajuk ketiga novel Percy Jackson ialah:

PERCY JACKSON THE TITAN`S CURSE

Wah...cam best jerk! huhu :)

psssst: Aku ingatkan season ni punya watak PERCY JACKSON orang lain.. Rupanya orang yang sama.. Cuma rambut berbeza.. Kali ni rambut dia pendek sket.. huhu..

3 comments:

Nazmin Nazifa εїз said...

RIPD dah tengok!!! Best ! Tapi ada sedikit serupa macam tooth fairy 2 . Hahaha ..sikit je la XD bila tengok part tu terus teringat citer tooth fairy 2. haha

Percy Jackson 2 nak tngk tpi selalu ada waktu malam kat cinema terdekat!!!

The Conjuring dah tengok. Best jugak! Cikgu Fiq tak mau tngk ? Hehe

Harmi bin Mohammad Jamil said...

Fiq, ni cinema review marks saya plak;

1) The Conjuring: 9.5/10
2) Percy Jackson: Sea of Monsters: 7/10
3) The Wolverine: 5/10

4) R.I.P.D: belum tonton lagi.

Harmi bin Mohammad Jamil said...

Ni cinema review marks saya plak;

1) The Conjuring: 9.5/10
2) Percy Jackson: 7/10
3) The Wolverine: 5/10
4) R.I.P.D: belum tonton lagi

Yeay, ni 1st comment thru mobile. Huhuhu..

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails