Monday, August 12, 2013

SELIPAR AKU KENA REMBAT KAT MASJID!

Assalamualaikum..

Ya Allah serius lama giler tak update blog.. Aku rasa ni yang paling lama kottttttt.... Tak tahulah kenapa.. Mood tu asik takder jerk.. lebih-lebih lagi time praktikum kan, memang tak lah nak update blog ni... Tapi tu lah, aku akan tetap cuba jugak! Chaiyok!

Ha, nak dengar cerita? Aritu masa solat Jumaat kat masjid, ramai sangat orangggg.. Yelah kan, raya kedua.. Memang penuh.. Sampai kat luar masjid pun ada khemah tau.. Kat luar tu pun, bentang tikar then ada orang solat.. Ha, ramai tak? Lagipun tempat aku tu, memang betul-betul kawasan kampung.. Bila time raya, hamik kau! Serius ramai orang! Tu lah aku paling suka kalau 1 hari sebelum raya (orang kampung aku panggil, Hari Mantai), aku suka jalan keliling kampung.. Tengok suasana persiapan raya,.. Serius best! Tengok orang bakar lemang, bakar ketupat, cat rumah, kereta mewah berduyun kat rumah kampung, serius meriah!

Ha, berbalik kepada tajuk.. Masa tengah ramai-ramai tu, aku letak jerk lah selipar aku kat tepi tu.Lepas tu, aku terfikir, RASANYA CAM HILANG JERK SELIPAR AKU SEBAB LETAK KAT TEMPAT LALUAN ORANG...

Tapi aku sedapkan hati dulu, sebab belum hilang kan.. Tup..tup masa dah habis solat tu, pergh!!!! HILANG! Aku dah hagak dah! Ni mesti kes tertukar... Nak kata aku salah letak, aku dah round kat kawasan lain, still takder.. Nak pinjam selipar tandas masjid, then pulangkan balik, aku confuse..Yelah kan, mana 1 selipar tandas ni.. Nak sauk orang punya, rasa dosa plak.. Maka, aku MENAPAK lah dalam keadaan kaki ayam! Nasib baik naik kereta.. Tu pun nak pergi kat tempat letak kereta, aku rasa segan..Agak jauh jugak abang ipar sepupu aku parking... Tapi aku gagahkan jugak!

Balik dari masjid, terus bergegas ke atas rumah, bukak lappy, update status FB! Hahaahaha..Rasa cam budak kecik plak kan? Tapi aku peduli haper..Haahaahaha.. Paperpown, kepada yang terambil selipar saya tu.. Jangan risau..Saya tak marah anda..  

Tu jerk story untuk hari ni.. Daaaaaaa :)

6 comments:

Vee Lea said...

Ada baca status hari tuu. Hahahahaa.. Sabor je lahhh ;P Kenangan manis tu. LOL!

♥ Nana BamBam ♥ said...

As,salam

sabar ye cikgu...ade hikmah lpas ni..

Izzat Eshak said...

Hehe. Dah lama selipar tak hilang kat surau =)

Harmi Mohammad Jamil said...

Fiq, maaf zahir batinkan je la orang tu.. kenangan Aidilfitri 1434H..

Hanif Idrus said...

Pernah juga melalui pengalaman sebegini

Nazmin Nazifa εїз said...

Hahaha,sabar je lah :D Ada hikmah le tu ..in syaa Allah :)

Selamat Hari Raya tauuu!!!! :D

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails