Sunday, October 20, 2013

BENGKEL PENGACARAAN PROFESIONAL BERSAMA ALLY ISKANDAR, TEH SYUHAIDA DAN FEDTRI YAHYA

Assalamualaikum....

Hai semua! Apa khabar! Korang nak tahu? Semalam IPG Kampus Pendidikan Islam iaitu kampus aku sendiri, telah menganjurkan bengkel pengacaraan ni.. Bengkel ini dianjurkan oleh Event Management Organization kampus aku dengan kerjasama Jabatan Pengajian Melayu sempena Bulan Bahasa Kebangsaan 2013..


Ha, sebelum nak wat program ni.. Macam-macam kena prepare dulu.. GIGIH!Hhahahahaha.. Tapi demi menjayakan program ni, kami cuba lakukan sehabis baik... Kawan-kawan aku siap juma Ally Iskandar kat Sri Pentas lagi... Kata mereka Ally Iskandar sangat mesra.. Siap sambut di pintu masuk lagi..


Ketua Jabatan Pengajian Melayu bersama AJK terlibat ke Sri Pentas.. Baju Oren tu baju rasmi kelab kami.. (Event Management Organization)

Ramai bertanya kat aku.. Murahnya yuran RM20? Hurmmm..aku pun tak tahu nak jawab apa.. Sebab apa? Sebab memang camtu kot yang persatuan aku letakkan, so go on jerk lah..Kami memang niat nak bagi pendedahan kepada peserta tak kira peserta dalam or luar kampus..Lagipun memang murah tau, siap dapat makan 3 kali, modul dan cenderamata.. Ha..Berbaloi kan?


Masa penyampaian bengkel, bagi aku memang seronok.. Lawak..Dah kalau pengacara yang bagi bengkel, mestilah fun kan? Siap ada wat simulasi kepada mereka yang nak.. Mungkin ada peserta yang tak dapat nak join simulasi sebab terlalu ramai, maka dibuat secara VOLUNTEER... Alhamdulilah ramai yang nak..Tak sangka aku.. Huhuhu.. Memang seronok lah,bila tengok kawan-kawan aku sendiri yang buat ala-ala Malaysia Hari Ini+Melodi..Hhahahaahah...cm dua versi plak..hehe


Ally Iskandar ketika sesinya iaitu Komunikasi Berkesan


Teh Syuhaida ketika sesinya `Pengacaraan Profesional`


Ni lah antara kawan-kawan aku dari IPG KPI dan IPG Kampus Pulau Pinang yang buat SIMULASI PENGACARAAN semalam..Serius lawak..hahaahaha



Fedtri Yahya ketika Slot Ketiga iaitu Kesantunan Berbahasa..Serius best slot ni..Pengunaan bahasa yang cukup tinggi dan penuh santun..Tabik dengan Fedtri Yahya!

Kau nak tahu, masa bengkel semalam, aku ditugaskan sebagai FLOOR MANAGER.. Walaupun kaki aku sakit masa tu, gigih juga bergerak ke sana ke sini..Heheheh.. Lepas tu kejap-kejap, aku duduk kat seat aku balik, kadang-kadang aku pergi belakang join AJK lain..

Alhamdulilah, selesai program semalam, Ketua Jabatan Pengajian Melayu iaitu Cik Noor Zihan binti Adnan menyatakan kepuasan hatinya tentang program ni dan memberikan penilaian sebanyak 5 BINTANG..Alhamdulilah..Berkata kerjasama AJK...

Kepada mereka yang join program ni semalam, saya mewakili IPG Kampus Pendidikan Islam mengucapkan terima kasih atas kesudian pihak anda untuk turut serta dalam progran ni. Kami juga memohon ampun dan maaf jika ada tersilap bicara dan kekurangan sepanjang program ini berlangsung :)

2 comments:

Cik Jelly Chan said...

haiii cikgu fiq..
lamanya tak ziarah sini
hehehehe

Vee said...

FIQ!! Alahai, jelesss sihh tgk org join ni! Vee minat gila dengan benda ni thats why nak sambung study masscomm pas ni. Huhuhu. Pohai tak ajak Vee haa?? Hahaha!

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails