Assalamualaikum...
Fuh!!!!!! Lama giler tak update blog!!!!! Hehe... Sorry kawan-kawan semua.. Lately ni, asik rasa malas jerk.. Nak-nak plak sekarang study week, memanglah jarang update.. Tapi aku cuba jugak even ada banyak citer aku tak dapat nak tulis seperti... err.. kau tahu aritu aku pergi Konsert Dato` Siti Nurhaliza Lantera Timur kat Istana Budaya? Kau tahu aritu aku masuk Forum Antara IPG Peringkat Kebangsaan? Kau tahu ada 1 pengalaman yang aku tak boleh lupakan terjadi kat aku? Haaaaaaaaaaa.. Macam-macam lagi.. Tapi pasal pengalaman tu, In syaa Allah aku akan ceritakan nanti.. Masih rahsia lagi tau sekarang.. Tak ramai yang tahu..hehe
Ok, berbalik kepada tajuk, aritu seramai 7 ORANG pelajar IPG Kampus Pendidikan Islam telah mengikuti Temasya Pantun ni di Perkampungan Seni Muara Sungai Duyong Melaka...Bukan setakat temasya ok, ada Seminar Jati Diri dan Pewaris Bangsa.. Masa malam mula-mula sampai, ada seminar lukisan dan jati diri.. Kau tahu siapa yang bagi talk? Ismail Embong.. Pelukis negara tu.. Ha, kalau sebut anaknya mesti kau kenal kan? Emma Maembong.. Ha, ayahnya lah yang bagi talk tu.. Serius best!!!! Tetiba rasa macam naik plak jati diri masa tu.. Gitewwwww..
Pemandangan di sekitar Perkampungan Seni Muara Sungai Duyong Melaka.. Bagi aku cantik tempat ni.. huhu
Tempat tinggal peserta lelaki dari IPG
Ha, lepas tu, alhamdulilah, aku terpilih bersama 3 orang lagi kawan-kawan aku dari IPG Bahasa Melayu, IPG Pulau Pinang dan IPG Rajang... Kami mewakili IPG Malaysia untuk Persembahan Berbalas Pantun sempena Malam Pantun Berirama di Perkampungan Seni Muara Sungai Duyong ni jugak.. Pergh, macam-macam persembahan ada.. Ada tarian apa ntah namanya tu, dari Aceh kalau tak silap.. Lepas tu, ada peserta dari Kepulauan Riau, Kepri, Medan dan macam-macam lagi lah.. Bila kau tengok makcik-makcik dari Indonesia berpantun, mesti kau terkujat sebentar.. Sangat laju.. Nak-nak bila fight dengan pakcik-pakcik dari Melaka, memang meletoppppp.. Kami pula yang rasa kerdil.. Tapi tak mengapa, demi nama IPG Malaysia kami cuba!!! Gitewwwwww..
Alhamdulilah semuanya berjalan lancar.. Rasa seronok sangat!! Masa malam terakhir sebelum balik, sekali lagi kami perlu buat persembahan di hadapan Ketua Menteri Melaka di kediaman rasmi beliau.. Ha, persembahan ni sempena Dunia Melayu Dunia Islam.. Lagi ramai peserta weh.. Ada Afrika Selatan, Brunei, Singapura, Thailand dan Indonesia.. Meriah!!!!!
Jom tengok gambar!!!!
Ha, yang ni plak masa kami buat persembahan..hehe
Dua gambar kat atas tu plak lepas buat persembahan.. Oh yer, kami berempat dipilih kerana merupakan Finalis Temasya Pantun Kebangsaan 2013.. Tapi aku sorang jerk saguhati..Yang lain ni top 3.. Mantap kan? Meh aku kenalkan...
Dari kiri aku, Kak Azlin (Johan dari IPG Bahasa Melayu), Irsyad (Naib Johan dari IPG Rajang), dan Hafizzi Saiman (Tempat Ketiga dari IPG Pulau Pinang)
Kau tengok dua gambar di atas ni, aku ngan kawan-kawan aku dari IPG lain lepas balik dari Seminar di Hang Tuah Center terus dibawa berjalan-jalan di Menara Taming Sari dan Melaka River Cruise.. Lengkap berbaju batik dan berbaju Melayu..haha
Paperpown program ni sangat best!! Moga tahun depan kami dapat pergi lagi ke sini.. Amin :)
4 comments:
wow.. hebat la fiq.. tahniah yee.. ^_^
Mantap!!!!!!! awesome...
engko ada jumpa hamka tak? dia ipg Batu pahat. apatah dipanggilnya
Wah... mantaplah korang... ;)
Post a Comment