Wednesday, November 13, 2013

OH TIDAK!!! Pengalaman Aku Terperangkap di Kota Melaka Pukul 4 Pagi dengan Lengkap Berbaju Melayu!!!!

Assalamualaikum..

Ha, sorotan daripada cerita TEMASYA PANTUN SERUMPUN kat MELAKA tu.. Kan aku dah janji nak citer sesuatu ngan korang.. Ingat tak? Ingat tak? Cam ingat jerk..cam tak ingat jerk.. (sekarang semua dah main trademark ni.. hahahaha)..

Ha, cam ni ceritanya... Kebanyakan peserta pantun ni, kawan-kawan lama aku.. Yang ktorang jumpa masa Temasya Pantun Kebangsaan bulan Jun aritu.. Ada juga kawan-kawan dari  Pertandigan Forum.. So, apa lagi.. Dah lama tak jumpa, pakat lah nak keluar jalan-jalan!!! Hahaahah.. Lepas ktorang buat persembahan dengan negara-negara lain tu...Ktorang pun call lah pakcik prebet sapu... Ha..sebenarnya, ktorang rancang nak keluar masa malam 1st lagi.. Tapi ada seminar dengan ayah Emma Maembong plak. Dan..seminar itu sangat best!!! Seriuss..terus tertarik dan tak jadi nak keluar...

Then, masa malam kedua ni.. Dapat jugak keluar.. Masa keluar tu ,ktorang dah pakat dalam 7 orang nak pergi tengok movie.. Filem INSIDIOUS 2.. Oh yer, untuk pengetahuan semua, KAMI KELUAR DENGAN PAKAIAN BAJU MELAYU LENGKAP!!! RAMAI YANG BERSAMPIN OK!!!! Kau bayangkan masa pergi kat movie tu, ramai yang pelik!! Peduli haper! Jangan diowang ingat ktorang ni dayang istana yang terlepas dari pintu masa sudah!!! Hahahahahaha.. (tetiber plak jadi dayang kan..haha)

Tiket masa tu 11.40 malam rasanya.. Even aku dah tengok, tapi aku tak kisah tengok sekali lagi dengan mereka..Sebab feel tu lain!!! Serius seronok weh! Aku rasa tak macam cerita seram plak.. Tapi cerita kelakar, sebabbbb tengok diowang ni terkejut bila part-part seram tu.. Aku pun terkejut sekali even dah tahu adegan tu.. Hahahaaha,,Punyalah kuat ktorang gelak!!!

Ok, around pukul 1 lebih macam tu.. Ktorang keluar panggung.. Masa tu tekak aku teringin nak makan Mcd plak kannnnnn.. So, diowang pun ikut langkah aku untuk ke Mcd..  Tapi aku tak bagi tau diowang aku nak pergi Mcd.. Maybe diowang ingat aku nak cari teksi kot.. So mereka pun membuntuti aku.. Gitewww..

Tengah-tengah jalan tu..HUJAN PLAK!!! Maka bermulalah adegan LARI-LARI ANAK... Dah macam drama Melayu plak..Lari-lari dalam hujan.. Tapi sorry tu say lah, badan aku yang comel ni membataskan aku untuk berlari laju.. Jadi aku redha jerk lah kena hujan..Hujan  tu kan rahmat..Gitewwwwwww...

Tengok jam masa tu dah around pukul 2.30.. Menapak juga ke Mcd even hujan sekalipun.., Lepas dah makan semua, lepak bagai.. Rasa mengantuk pulak. Maka apa lagi.. Mula lah cari teksi!!! Ktorang pergi kat depan Mahkora Parade tu.. TAK DER TEKSI!!! Tetiber kawan aku cakap, mungkin depan pintu masuk movie tadi ada teksi.. Sebab nampak tadi masa mula-mula keluar.. So, ktorang pun pergilah.. Apa yang mengejutkan kau tahu?

Ktorang nampak Mcd berdekatan kat pintu masuk tu.. Aku plak boleh tak perasan dan lupa yang ada Mcd kat situ!!!! Punyalah jauh jalan, redah hujan bagai.. Ya Allah!!!! Tapi tak pew! Nasi sudah menjadi maggie, kami tetap juga cari teksi. Tunggu punya tunggu takder.. Tanya pak guard kat Hotel Equatorial tu takder gak.. Tetiber:

"Jom, kita jalan-jalan kat AFAMOSA.. Mesti best tengok pemandangan waktu malam.."

 Keadaan A FAMOSA waktu malam! Memang menakjubkan! Nak-nak pukul 4 pagi!!!
picture credit to: SINI


Kat Muzium ni ktorang stuck! Betul-betul depan A Famosa muzium ni tau.. Kat sebelah kiri tu ada garaj.. Kat situ lah ktorang tertidur.. Terima kasih kepada pihak muzium.. Moga dihalalkan kami tumpang tidur di situ.. Amin..
picture credit to: SINI

Ktorang pun ikut jerk lah kannnnnnnn.. Ha, bila sampai kat Muzium Pengisytiharan Kemerdekaan, ada 1 garaj kosong tau berdekatan dengan kereta kebal.. Apa lagi! Nampak bersih! TIDUR!!!!! Tapi!!! Yang agak menghairakan aku masa tu.. Ada pak gurd tu datang kat arah ktorang ngan motorrr.. Tetiber, dia patah balik.. Kenapa dia patah balik aku pun tak tahu.. Malas nak pikir bukan-bukan ktorang pun baring dan tidur..Fuyooooooohhh..kau bayangkan dengan baju melayu..boleh terperangkap kat kota Melaka pukul 4.00 PAGI!! Aku ulang 4 PAGI!!!!! dan TIDUR DI GARAJ MUZIUM!!! Sangat menakjubkan!

TAPI!!! Tak boleh tidur weh!!! Nyamuk bnyak!!! Lepas tu kau tahu, ktorang nampak benda pelik!!! Benda apa? Itu akan aku ceritakan dalam episod akan datang.. Nantikan yerrrrrr.. :)

5 comments:

Vee Lea said...

Mcm dengar citer dongeng lak! Puteri jatuh dari awan pastu tak blh balik ke awan sbb pintu dah tutup. Hahaha. Nak je tengok korang tido kat situ. Wakaka!

aizamia3 said...

Fuh.. memang menariklah.. kenangan tu.. pakcik guard tu mesti ingat korang bukan manusia.. hahaha..

Abak@Pedamba Cinta Penuh Mahabbah said...

Adoyai!!!

Sobri Yaacob said...

salam kenal.
blogking dkat sini

nur amni said...

nak tau sambungan ni. hihi.suka mistik2 ni..(kalau ye mistik)

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails