Assalamualaikum...
Hai semua..Memandangkan tadi baru jerk berjimba-jimba dengan adik aku..Maka, disebabkan rasa tanggungjawab terhadap rakyat yang cukup menebal dalam diri (gitewwwww), aku rasa terpanggil untuk update blog ni sekali lagi.. Kali ni aku nak cerita tentang filem ESCAPE PLAN..Lama kan aku tak review filem? Ok,.Jom start..
Tapi sebelum tu, kena ada mukadimah dulu..Ha, mula-mula tu aku feeling-feeling nak tengok INSIDIOUS CHAPTER 2.. Tapi, bila aku tengok ada sorang kawan aku ni ajak kawan dia tengok filem ESCAPE PLAN menerusi FB, aku pun rasa terpanggil untuk tengok trailer filem ni..Ha, nampak macam best.. Untuk mengelakkan banyak spoiler, aku tengok sikit jerk trailer tu, then terus menanti debaran seterusnya dalam filem..gitewwww..
Mula menjalankan misi...
Rakan di penjara...
Bila kau tengok muka dia dalam citer ni, kau rasa nak campak jerk kasut tumit tinggi kat muka dia..hahahaa
Ok, secara keseluruhan, movie ni SANGAT BEST! Tak tahulah korang rasa macam mana, tapi bagi aku sangat best! Sebab apa? Sebab kau akan dapat ilmu baru dalam filem ni.. Ha, ilmu apa? Ilmu tentang tahap keselamatan sesebuah penjara..
Citer ni tentang Ray Breslin (lakonan Sylvester Stallone)..Dia ni pakar dalam bidang keselamatan penjara.. Siap buat buku lagi dek oiiii..Mantap tak? So, cara dia nak uji keselamatan sesebuah penjara adalah dengan menyamar jadi banduan, masuk dalam penjara tu, duduk dalam tu selama beberapa tempoh, kaji struktur bangunan, rutin pegawai penjara dan macam-macam lagi sampai dia dapat keluar.. Pergh, kalau kau tengok cara dia melolosi penjara tu, kau rasa nak bangun jerk dalam panggung! Haha..Satu hari tu, ada sorang pompuan yang katanya dari CIA meminta khidmatnya untuk mencuba keselamatan penjara yang sangat-sangat rahsia giler babeng yang dipanggil THE TOMB.. Tapi, syaratnya dia dan orang lain tak boleh tahu kat mana lokasi penjara tu, maklumat, panduan dan sebagainya.. Kawan-kawan dia pun keberatan nak benarkan..Tapi, dia setuju.. Ha, masa nak pergi tu lah, sesuatu berlaku dan dia sedarrrrrrr...tet...RAHSIA! Kena tengok! Masa dia sedar tu, reka bentuk penjara yang dia masuk ni, SANGAT LAIN DARIPADA YANG LAIN!
Pegawainya bertopeng, pentadbiran penjara yang agak kejam membuatkan dia rasa sumthing ngan penjara ni..Then, dia sedar sesuautu.. Sedar apa? RAHSIA! Kena tengok! huhu.. Maka, bermulalah rancangan untuk larikan diri.. Tapi susah weh..Kenapa susah? Tetttt..kena tengok jugak..Oh yer, dalam penjara tu dia kenal dengan Emil Rottmayer (lakonan Arnold Schwazernegger)..Ha, bayangkan gabungan mantap kedua-dua pelakon ni..Serius meletop kebaboom! Haha..
Ok, apa rahsia di sebalik semua ni? Apa motipp penjara tu dibina? Siapa perempuan yang mengaku dari CIA tu? Betul ker perempuan tu dari CIA? Atau ada komplot rahsia? Semuanya bakal terjawab dalam ESCAPE PLAN! (Sila baca dengan nada iklan-iklan kat TV..Kalau salah baca dengna nada yang betul, baca semula dari sekarang untuk dapatkan feel sewajarnya! huhu)
Oh yer, banduan-banduan Islam juga ditunjukkan dalam filem ni yer.. Nilai-nilai banduan bersolat, bantu membantu sesama rakan bukan Muslim juga ada..Penerimaan Non-Muslim bila banduan Muslim bersolat di tengah-tengah dewan pun ada...Cuma part banduan Islam tu mencarut, bergaduh, aku tak berapa berkenan sangat.. Hurmmm..Masing-masing mungkin ada pendapat sendiri kan...
Tapi dari segi idea, cerita, aksi, dan kengerian yang buat aku rasaaaaaaaa..OH SAKITNYER! Aku suka filem ni.. Aku bagi 9/10!!! dan diCOP sebagai MESTI TENGOK! :)
picture credit to: SINI
(thank you :)
3 comments:
Haikk, mcm best ja nii. Huwahh. Mesti tengok ni!! :D Makasi, Abe Fiq!! Wakaka ~
most welcome! tgk tau! best! haha :)
belum tengok lagi. tapi dua2 pelakon ni digandingkan pun dah menarik hati. kena setting nak pegi tengok di wayang.
Post a Comment