Friday, October 11, 2013

PENGALAMAN AKU DI LORONG HAJI TAIB

Assalamualaikum..

Hai kawan-kawan.. Maaf sebab lama giler babeng tak update blog..Kawan-kawan aku dah mula bertanya tentang blog ni..Banyak citer yang aku nak kongsi, tapi kita mulakan dengan kisah yang baru berlaku semalam..


Yang ini bukan Lorong hj.Taib..aku lupa namanya..kami jalan agak jauh juga di sekitar Lorong hj.taib

Semalam kami menjayakan Projek Pendidikan Sivik dan Kewarganegaraan iaitu khidmat masyarakat. Mula-mula tu dah rancang lama, time sebelum praktikum lagi nak buat projek anak angkat dan alam sekitar di Royal Belum Perak.. Tapi, last-last minit ada problem plak.. Mungkin Allah S.W.T dah takdirkan kami untuk ke Lorong Hj. Taib, maka timbul lah idea kedua iaitu Projek Dakapan Kasih. Kami perlu bekerjasama untuk memasak juadah dan memberikannya kepada golongan gelandangan, penagih dadah di sekitar Lorong Hj. Taib. Kami jugak kena temu ramah mereka tau..

Pergh, part nak temuramah ni, serius NERVOUS weh!!! Takut sangat! Yelah kan, aku membayangkan, tengah-tengah tanya soalan tu, tetiba dia cucuk kami dengan jarum.. Nauzubillahminzalik.. Tapi, alhamdulilah, sangkaan aku meleset sama sekali! Mereka sangat terbuka untuk bercerita tentang kisah hidup mereka, macam mana mereka boleh terjebak dan macam-macam lagi lah...Mujur juga kami ditemani dengan seorang pegawai CURE AND CARE SERVICES (bawah AADK juga rasanya ni).. Ternyata, golongan gelandangan ni hormat dengan pegawai ni...

Ha, masa kami mula-mula nak ke sini, pihak ni bagitau beberapa peraturan yang perlu diikuti.. Antaranya kena pakai kasut.. Kenapa? Tak silap aku, bila jalan kat lorong-lorong tu, jarum berselerakan di sana-sini..So, kalau pakai selipar, risiko terpijak+tercucuk jarum tu akan berlaku.. Then, jangan  tunjukkan yang kau tak suka dengan dia.. Contohnya pakai mask lah, sarung tangan lah..No, just terima dia macam kawan. TAPI INGAT! Jangan ambil atau beri barang kepadanya.. Camner tu? Contoh, dia mintak WANG TUNAI..Jangan bagi.. Just bagi benda yang kau nak bagi jerk macam makanan, buah dan lain-lain. Kalau dia nak bagi sesuatu or suruh kau beli barang dia, JANGAN juga yer..  Ingat! Kita datang untuk berdamping (cehwah, cam filem DAMPING MALAM plak), bukan untuk bina hubungan yer.. Istilah yang digunakan  oleh pihak CURE AND CARE ni PENDAMPING.. :)

Rupa-rupanya CURE AND CARE ni menyediakan makanan dan barang pembersihan diri pada waktu yang ditetapkan tau.. Tak silap aku, setiap hari ada.. Mereka akan datang, makan dan bersihkan diri..Sangat bagus pihak macam ni.. Memang aku tabik!

Secara jujur, aku kagum dengan kawan aku yang ktorang panggil A`ai.. Nama Aisah..Nama glamour A`ai..Mengada sangat!  Haha..Sangat peramah dan rapat bila temu ramah mereka.. Mereka pun senang dengan beliau..Tahniah A`ai! hehe 


Ha, kau nak tahu? 1st time ktorang lalu kat lorong-lorong gelap..Lepas tu jumpa orang yang tidur beralaskan dan bertutup dengan kotak,pengkid, mak nyah, penagih dadah tu memang banyak jugak..Mula-mula jumpa dengan gelandangan yang sedang mengais-ngais sampah kat belakang lorong tau..Tapi sempat jugak dapat maklumat dia..Oh yer, ada satu part tu, kami temu ramah pengkid. Salah satu dialog kawan aku bila temu ramah seorang pengkid lebih kurang macam ni:

Kawan aku: Jantina apa yer? (sebab ktorang keliru..suara dia serius garau..)
Orang tu: Tengah-tengah (sambil tergelak..)..perempuan..hehe




Kanak-kanak perempuan ni nampak sporting untuk ditemuramah..Alhamdulilah..

Oh yer, jangan tak tahu yer, golongan gelandangan pun, ada IC tau.. Aku ingatkan takder..Rupa-rupanya ada..Ada yang baru buat dan ada juga yang masih belum dapat..Mereka juga ada yang bekerja.. Bukan semua asyik duduk merata-rata..
Bila ktorang tanya golongan penagih pula, tentang punca terjebaknya mereka dalam dunia penagihan dadah ni, ada yang cakap sebab nak mencuba dan ada juga yang cakap kerana putus cinta.. Wah, ktorang yang dengar pun macam rasa bertuah sebab dia sudi kongsikan perkara macam tu kat ktorang.. Benar atau tak, kami pun tak ambil kisah sangat.. Yang paling penting, mereka sudi layan dan terima kami. Ada juga nak ditemuramah tapi tak mahu gambarnya diambil..Ada juga yang tak kisah pun nak tanya apa atau ambil gambarnya..Alhamdulilah..

Tapi, hati ni agak tersentuh bila lihat kanak-kanak yang tinggal berdekatan dengan kawasan tu. Mereka tinggal bersama keluarga di sebuah hotel murah.. Masa mula-mula naik hotel tu, aku bayangkan banayk pelacur lah, itu lah, ini lah, rupa-rupanya sekali lagi meleset (tu lah kan..suka buat tanggapan bukan-bukan..haishssssss)..Rupa-rupanya kat situ merupakan satu kawasan tempat tinggal..Tak silap aku, bayaran dibuat ikut hari.. Tu lah dapat kami temu ramah adik-adik kecil di situ... Tapi tu lah, kecik-kecik lagi dah terdedah dengan benda macam ni..Lalu, kami usap ubun-ubun budak tu,  kami pesan:


"Adik, dah besar belajar rajin-rajin yer,, Jadi menteri.."
(Sebab teringat cerita Tersasar di Jalan Mu masa tu)

Semoga kanak-kanak di sana mampu mengubah nasib keluarga mereka ke arah yang lebih baik.. Amin :)

pssssst: Kalau pihak anda berminat untuk buat program macam ni gak dan tak tahu caranya, boleh lah tanya saya.. In syaa Allah saya cuba tanya kawan saya yang uruskan program ni..Tinggalkan email di ruangan komen yer..TQ :)

6 comments:

Herma Julianny said...

Kalo fikri tak pos mengenai kisah ini, saya takkan tau bahawa golongan seperti ini juga wujud d negara kita malaysia.. kesianmereka ni.. taraf hdup makin tinggi, mampukah mereka menanganinya?

Vee Lea said...

Daddy setiap hari khamis pergi pusat c&c kat sini, buat aktiviti keagamaan utk dorang. Dorang slalu divided ikut agama, setiap khamis ada aktiviti. Byk jugaklah daddy crita, and majority terjebak dengan benda mcm ni ats dasar ingin cuba. Kesian dorang, tp syukur dorang nak bertaubat and dipulihkan kat centre tu :) Dorang pun pernah buat mcm ni jugak, tp vee tak blh ikut sbb muda sgt. Huhu. Nice sharing, fiq!! :) Lamanya menyepi ..

Kuasai Minda said...

Pengalaman yang sangat berguna...
Nanti bila berada dalam masyarakat, kita dapat jadikan pengalaman bersama golongan ini untuk membantu lebih ramai lagi yang mungkin akan terjebak dengan dadah dan masalah social yang lain....

Vee Lea said...

Cikgu Fiq! Vee dh shut down fb la, sbb tu jarang nmpk kt sana dh. Hehehe. Cikgu fiq patut letak shoutbox la. Tp guna busuk punya, yg tu blh ban link iklan ^^

Anonymous said...

Salam. Cane sy bole contact saudra yer? ni email saya :juju91_zue@yahoo.com

Anonymous said...

This is good. Was browsing around when I found this post. Email me at nrrsabrina@gmail.com ^^

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails