Sunday, August 18, 2013

BETUL KER NAK EXAM JANGAN MINUM AIR BERKARBONAT?

Assalamualaikum....

Apa khabar semua? Patutnya hari ni aku dah mula busy dengan persiapan untuk praktikum esok, tapi bila melawat blog AMORE VOLTA, tetiba datang plak idea masa zaman-zaman exam SPM dulu.. Lagipu, aritu aku dan kawan-kawan sekolah aku baru jerk beraya dekat rumah salah seorang cikgu kesayangan ktorang yang mengajar subjek Ekonomi Asas iaitu Cikgu Syarifah Khamis.. Terus teringat kenangan zaman SPM dulu..huhu..So, aku pun mulalah nak menaip ni..hehe..

Ha, masa korang nak exam dulu lah kan, lebih-lebih lagi masa SPM, ada tak korang ditegah dari minum air berkarbonat (aku panggil air gas jerk..huhu) atau makan mee segera? Ada kan? Mesti ada? Kenapa ek? Ada orang kata susah nak hafal? Yeker? Huhuhu...

Memang betul pun.. Cehwah.. Ala, benda-benda camtu, tak elok nak dimakan selalu..Even time bukan exam pun, jangna lah amalkan sangat.. ye dak? Aku dulu, punyalah teringin nak minum AIR SLURPEE 7E tu, terpaksa aku tahankan..Yelah kan, nak exam.. Cehwaaaaaaaaaaah..



Aku ingat lagi, masa habis jerk paper terakhir iaitu EKONOMI ASAS, balik sekolah masa tu aku terus jerk bergegas ke 7E.. Hahaaha..Teringin punya pasal.. Masa tu balik jalan kaki..Balik ngan kawan aku.. Hahahahaha..Bila ingat balik, rasa cam kelakar plak... huhu..

Sekarang ni bila kat kampus, mesti saper yang duk kampus tu dah tak amalkan sangat kan tak mahu makan mee segera dan air berkarbonat kan? Yelah kan.. Maggi tu confirm lah akan makan jugak even sebulan sekali..huhu.. Kalau ada pun tak berapa kerap cam dulu.. Huhuhu...Betul tak? Hehehee..

Tapi, lain orang lain caranya kan? Tak semua sama bab-bab tak nak makan mee segera dan air berkarbonat ni tak? Paperpown untuk mereka yang akan menghadapi TRIAL SPM, CHAIYOK2!!!

Walaupun namanya trial, tetap kena wat betul-betul.. Lebih-lebih lagi kalau result dah keluar dan bila ditampal di papan kenyataan, kita tengok nama kita dalam TOP 5 STUDENT kat sekolah..Ya Allah, hanya Allah S.W.T sahaja yang tahu gembiranya kau waktu tu... Trust me!  :)

9 comments:

♥ Nana BamBam ♥ said...

Assalamualaikum,

sebagai seorang student, kena elakkan memakan dan meminum yang masam2 macam jeruk tu..memang boleh hilangkan keupayaan untuk mengingat apa yg dibelajar...

tapi waktu exam, xde pulak dengar org cakap x boleh ambik air berkarbonat..huhuh

oh ye, akaun FB nana still pakai lagi...

http://www.facebook.com/nanacahaya87

Nazmin Nazifa εїз said...

Waalaikumussalam

Wahhh,top 5 students!! Iskkk,teringin betul. Hahahah :D

Air gas mungkin tak boleh minum waktu exam tkut sakit perut kot ? gahahaha... In pun tak tau,tapi waktu exam ataupun 2 minggu sebelum exam memang jaga pemakanan betul-2. Hehe~

Miss A said...

setuju! minum air gas, makan maggi, makan asam memang makanan wajib dibanned sementara untuk focus exam. pastu makan balik! lol

BW here :)

mirza syazwina said...

kalau masa duk asrama dulu makanan maggie ni dah biasa dah sebab kalau lapar benda ni la dicari sebab senang,hehee

tapi sebaiknya tak elok diamalkan :)

hana hadi said...

mula2 memang macam tu xnak makan megi xnak minum air gas. tapi bila di fikir2 balik.. kalau makan megi pun bukan efeknya esok (exam) tapi efeknya mungkin seminggu lepas tu ke sebulan lepas tu ke..

tapi entah lah.. haha

Ummi Kami said...

Assalamu'alaikum di lewat malam... ^^
Mempelam sehiris kelam di hati,
Hati ayam benaknya sungguh;
Salam manis malam menanti,
Menanti qiam merafaknya Subuh...

Epal hijau dimakan jangan,
Air gas tak usah diminum;
Bekal ke surau jalan pasangan,
Berzikir malas pasrah dihukum.

Selamat malam cikgu Fiq... ^^

Elie Lily said...

Elie mmg dari dulu tak minum air gas sgt, tak gemar makan benda2 masam sangat. tapi nama tak pernah naik top 10 pun time sekolah dulu. mungkin malas sikit kot time skolah. skrg bila dah masuk Uni ni, alhamdulillah, time nk exam je mesti nak belajar sentiasa, Takut pointer teruk. haha

SELAMAT HARI RAYA , Cikgu! :D

Shark Ganu said...

blogwalking to your web.. hope u can see my web too http://harzahasif.blogspot.com/

Azian Elias said...

salam kenal..


my kids mmg i tak benarkan minum air ni.. esp bila nak exam. in fact mmg tak benarkan sangat kalau tak exa sekali pun.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails