Monday, November 18, 2013

JUARA AKADEMI FANTASIA 2013 | JUARA AF 2013

Assalamualaikum..

Faizul Juara Akademi Fantasia 2013! Wah..memang undian tidak menentu!! Melihat kepada persembahan malam tadi memang memukau bila Faizul menyanyikan lagu Hanyut nyanyian asal Faizal Tahir! Mantap!! Memang seorang penghibur.. Lagu baru dia Sepasang Sayap merupakan ciptaan Amir Jahari tau.. Siap ada wanita dengan kepak yang berterbangan masa dia nyanyi..huhu


Tapi secara jujur, aku lagi suka persembahan INDAH!!! Serius mantap! Kawalan vokal yang best! Ada dinamik.. Best! Masa dia bawak lagu Jagalah Diri by Jaclyn Victor, semua cikgu-cikgu dan inspirer bagi standing ovation!!Oh, tahukan anda? Indah merupakan senior saya di Pasir Gudang dulu.. Classmate akak sedara saya.. Hehehe..Masa sekolah dulu rasanya tak pernah nampak dia nyanyi kat sekolah.. huhu

Kalau kau tanya aku, aku minat saper dalam Af tahun ni, aku akan jawab Aishah!! Hehehe..Suka tengok karakter dia dan dengan suara dia yang ala-ala soprano tu.. Best! Cuma masa konsert akhir ni, bila dia bawak lagu baru dia iaitu Mimpi ciptaan Faizal Tahir, suara dia agak tenggelam sket..Lirik juga seakan-akan ditelannya... 

Nabila pula mengagumkan aku bila dia bawak lagu Seandainya Masih Ada Cinta.. Feel dia rasa! Low note dia best!!! Oh tidak! Aku rasa nak dengar sekali lagi jerk! Best!

Amira masa lagu baru dia tu bagi aku sangat best suara dia! Lebih-lebih lagi masa part low note! Jelas! Bagi aku suara dia ala-ala macam Aida Agil.. Kalau saper tak tahu, cuba search Segalanya Pasti by Aida Agil.. Low note Amira macam dia lebih kurang..Pada pendapat aku lah!

Azhael!! Fuh! Kau nak tahu, kawan aku turut pergi konsert final dan konsert-konsert sebelum ni tau.. Sebab apa? Sebab dia salah seorang fans azhael yang bawak banner tu.. Tadi aku nampak dia terkinja-kinja kat konsert tu..Terus aku mesej dia..Dia kata penat bersorak! hahaahaha.. Jujur aku cakap, antara dua orang target aku ialah Azhael dan Faizul.. Azhael malam ni, lebih best masa lagu Panglipur Lara nyanyian asal Hazama..

Paperpown, tahniah buat Faizul dan juga peserta akhir lain! Anda telah buat sehabis baik!!!!

Keputusan penuh Akademi Fantasia 2013:

Juara : Faizul
Naib Juara : Azhael
Ketiga : Amira
Keempat : Indah
Kelima : Nabila
Keenam : Aishah

Juara AF BUZZ ( followers paling ramai di laman sosial)
Azhael
Antaranya hadiahnya peluang bercuti bersama peminat 3h/2m
total hadiah AF BUZZ ni bernilai RM50 Ribu!! Mantap!! huhu

5 comments:

Vee said...

Tak layan AF. Huhuhu.. Btw, apa benda mimpu tu? Haha XD

Cheida_Mymee said...

AF??
huhuhu.. seyesly x suka...
hahahahha... anyways tahniah eben x kenal hahaha kejam x?
:P

fragmenbiru said...

Abak pun sokong Faizul..Alhamdulillah...

Unknown said...

Assalam cikgu Fiq...

Kak Ummi tak tengok pun AF sebab dah tak tengok Astro...sekarang layan Hypp Tv ja...apapun tahniah kepada pemenang... ^^

Nazmin Nazifa εїз said...

Cikgu Fiq !!!! Ingat In ? Hehhehee .... Long time no comment2 here ...hahaha,lega SPM dah habis ! Freeeedooom ! XD

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails