Tuesday, December 10, 2013

ANDA KENAL SAM BAILEY?

Assalamualaikum..

Argh, sekarang aku tengah suka plak tengok 1 program realiti ni..Mesti kalau sebut korang tau punyalah.. Tak lain dan tak bukan semestinya THE X FACTOR UK 2013... Selalunya aku minat dengan THE VOICE.. Tapi The Voice 5 US yang sedang berlangsung sekarang ni agak bosan lah... So, beralih pula kepada THE X FACTOR UK 2013..

Ada sorang peserta ni, kalau tengok dari luar nampak cam biasa. Tapi bila dah start bukak mulut, PERGH! TERBAIK!!! Bagi aku suaranya klasik dan memukau.. Oh yer, dia juga merupakan seorang Pegawai Penjara untuk Lelaki tau.. dan umurnya 35 tahun.. Tapi suara dia memang superb! Memperkenalkan!!!

SAM BAILEY


 Ha, jangan terkejut tengok gambar atas tu.. Yang belah kanan tu masa dia mula-mula audition.. Sekarang dah jadi cantik! Kemain lagi.. Tu rupa baru dia di sebelah kiri...

Minggu ni around 14 Disember konsert final akan berlangsung.. Dia akan berentap dengan lagi dua orang peserta muda iaitu Luke Friend dan Nicholas Mcdonald.. Luke Friend tu selalu masuk bottom 2, tapi sentiasa selamat dan jadi pilihan juri... Nicholas Mcdonald dan Sam Bailey rasanya belum pernah lagi.. Aku rasa saingan sengit antara Nicholas Mcdonald dengan Sam Bailey.. Mantap!!!!


Yang atas ni Nicholas Mcdonald..Muda lagi rasanya budak ni.. Suara dia biasa jer bagi aku...


Yang ni plak Luke Friend.. Suara dia best.. Serak-serak basah...


Ok, meh tengok antara video Sam Bailey yang aku suka.. Dia banyak nyanyi lagu yang famous.. Boleh tengok kat Youtube.. Tapi video ni even aku tak tahu lagu ni, tapi aku boleh enjoy plak bila dengar..huhu..




Siapakah yang akan menang? huhu


5 comments:

Vee Lea said...

Hee tau siapa yang bakal menang.

Vee.. Hehehehe :P

Cikgu Fiq said...

siapa vee? rasanya sam kottttt..huhu..

Nazmin Nazifa εїз said...

Okay,mungkin In agak ketinggalan. Baru tau rancangan ni :P gonna watch alang-2 banyak betul masa LENGGANG lepas SPM ni ....XD

Harmi bin Mohammad Jamil said...

macam kenal je, macam kenal je, macam kenal je..

Cikgu Fiq said...

In..

wah..untunglah byk masa lengang..huhu.. :)

Abg harmi

wah, tgk jugak ker? sam bailey ni mng tau..final 2 dia lawan dgn nicholas..jauh beza undian..huhu

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails