Sunday, December 8, 2013

REVIEW FILEM ULAR :SEKADAR BIASA

Assalamualaikum

Review Filem Ular!!!! Ha, lama rasanya aku tak review filem.. Tapi kali ni aku nak review..Semalam lepas balik dari jadi pengapit anak pensyarah aku, aku pun pergilah tengok movie.. Aku tak tahu nak tengok filem apa sebenarnya.. So, lepas dah belek2 trailer tu, cam tertarik dengan filem ULAR... So, decide lah nak tengok..


Sekadar biasa! Itu yang mampu aku ulas!! Serius.. Kekuatan filem ni sebab pelakon jer..Selebihnya sekadar biasa..Biasa di sini, tak lah teruk sangat.. Tak lah bagus sangat.. Tengah-tengah macam tu...Part yang aku suka pun bila Izzue Islam yang tulang kakinya terkeluar tu. Then, tembak-tembak ular.. Tu jerk yang nyata berkesan di mata aku.. Thumbs up kepada Izzue Islam yang aku kira berjaya menjiwai watak untuk part tu..

Lisa Surihani pun okay jugak.. Watak Rambo selaku Ketua Bahagian Keselamatan dalam filem ni bagi aku pun berkesan.. Dengan mimik muka yang sesuai harus dipuji jugak... Yang lain plak, just biasa2 jerk... Permulaan cerita yang hambar, klimaks, semua biasa bagi aku.... Perkembangan cerita seolah-olah cam dalam filem barat gak aku tengok.. Dari mula orang diserang, datang pengunjung ke pulau, sorang buat hal, then semua kena serang..Berusaha untuk menyelamatkan diri.. Kira okay jugak lah..

Yang paling tak boleh blah, watak GAY! OH MY ALLAH!!!!! Tak tahu nak cakap macam mana.. Nauzubillahminzalik... Sorry to say..Lawak-lawak dalam citer ni pun kira not bad lah.. Agak berani juga lawak-lawak tu.. Patutlah filem ni dikategorikan 18 tahun ke atas.. huhu... 

Untuk filem ni, lagi satu, aku suka tempat filem ni dishooting.. Kat mana ntah agaknya..Bangunan lama, terowong..Menarik perhatian aku...Bila part mereka-mereka itu diserang ular, buat aku terkejut jugak lah.. Paperpown syabas untuk pihak yang terlibat dalam filem ni..Sorry kalau terlaser bila review filem ni..huhu.. Jarang filem Malaysia jadikan haiwan sebagai subjek utama....
So, total aku bagi 5/10.. Dan diCOP sebagai BIASA JER... :)


psssssst: Ramai kata filem KOLUMPO mesejnya menarik!! Argh!! Rugi plak tak tengok!!!


7 comments:

hijau zamrud said...

rasanya shooting di pulau pangkor

hijau zamrud said...

rasanya shooting di pulau pangkor

uyu kawaii said...

ditag http://artisarainbow.blogspot.com/2013/11/happy-giveaway-by-ain-rahman.html

Nazmin Nazifa εїз said...

Hehee,thanks for the review...nanti nak tengok movie boleh la jadikan review2 di blog sebagai panduan nak tengok cerita yg mana ^^,

Cik Aied said...

tak mampu la jadi pengapit mcm u..haha :p

Harmi bin Mohammad Jamil said...

anacondakah?

Cikgu Fiq said...

hijau zamrud..

tu lah..rasa pun cm tu gak..sebab ada kota2 lama tu kan?

Aied. gitewww skali..haha

uyu kawaiii..wah, gud luck utk GA!

In..fiq pun klu nk tgk movie, mmg bcer review dulu..baru ada feel..bgitu juga dgn mmbeli novel..haha

Abg harmi

Ular sawa batik..besarrrr..huhu

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails