Wednesday, December 4, 2013

TIPS MENGHADAPI TEMUDUGA SPP (SURUHANJAYA PERKHIDMATAN PELAJARAN) BAGI LEPASAN PISMP IPG

Assalamualaikum..

Wah, sekarang kakak dan abang senior lepasan IPG sedang mula gigih menghadapi TEMUDUGA SPP.. Macam-macam tips yang dikongsikan. Salah satu tips yang menarik perhatian aku, rasanya ingin aku kongsikan dalam blog ni..Hehehe



Sebelum tu, nak ucapkan terima kasih dulu kat FB BERITA INSTITUT PENDIDIKAN GURU kerana post tips ni dalam laman tu tadi. So, ni aku kira copy paste balik yer.. Tapi dah minta izin dengan tuannya tadi.. Jom kita tengok :

Alhamdulillah, selesai menjalani temuduga. Datang jam 9.00 pagi, dipanggil masuk bilik temuduga jam 2.06 petang. Huhu..

Bagaimana pengalaman?

1. Ini merupakan sesi temuduga secara berkumpulan (5/6 orang)
2. Terdapat 2 panel. (1 org pakar bidang & 1 pakar isu semasa)
3. Panel 1 (pakar bidang) akan tanya segala-galanya mengenai subjek major anda. 
4. Pakar isu semasa akan tanya tentang isu semasa (GST, Peranan guru siswazah, protokol)
5. Sebelum masuk bilik temuduga, akan ada pegawai SPP memberi taklimat, termasuk memeriksa susunan dokumentasi. 
6. Anda ikut sahaja arahan mereka di sana nanti, jangan gabra kalau susunan salah sebab pegawai SPP sedia membantu.
7. Tadi saya susun sebijik macam dalam senarai semak yang ada dalam internet.
8. Item 4 ganti dengan transkrip keputusan peperiksaan, dan item 5 ganti dengan surat tamat belajar.
9. Bagi kumpulan kami tadi, pegawai SPP tak periksa sijil asal, namun diperiksa oleh penemuduga.
10. Bawa buku praktikum yang terbaik sebab nanti ada kemungkinan akan disemak.
11. Satu sesi temuduga mengambil masa antara 45 minit hingga 1 jam 30 minit, bergantung pada penemuduga.
12. Khas untuk Bahasa Melayu, banyakkan baca aspek tatabahasa, dan isu-isu tabahasa, serta mahirkan diri mengenai Taksonomi Bloom.

Beberapa soalan yang kami sekumpulan ditanya tadi:

1. Sesuaikah guru siswazah di sekolah rendah?
2. Bagaimana dasar ekonomi kerajaan membantu rakyat?
3. Apa itu GST dan peranannya dalam membangunkan ekonomi?
4. Apa beza Dato' dan Datuk?
5. Apa beza "atas" dan "di atas"?
6. Terangkan mengenai JSU dan Taksonomi Bloom
7. Apa beza "kemodenan" dan "pemodenan".

PALING BEST HARI NI?

paling best bila dengan rakan-rakan duk sebut tentang Berita Institut Pendidikan Guru, tanpa mengetahui adminnya di depan mereka! huhu



Siapalah agaknya admin dia kan? Heheeh.. Paperpown semoga senior-senior lepasan IPG segera posting. Begitu juga dengan kami yang junior-junior ni.. Amin..


4 comments:

Abak@Pedamba Cinta Penuh Mahabbah said...

Fuuhhh!!! temuduga..lambat lagi ni...hehe

Harmi bin Mohammad Jamil said...

syabas!

Cikgu Fiq said...

Abak..

huhu..xpew..persediaan..hehe

Abg harmi..

hehe..terima kasih..doakan kami pula berjaya utk posting..Amin :)

Faris Fikri said...

Nak tnya klu xlepas iv mksdnya lmbt posting atau kena menganggur dulu n kena mohon baru?

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails