Wednesday, December 4, 2013

NAK TAHU? MACAM MANA PERANGAI AKU KALAU ORDER MAKANAN?

Assalamualaikum...

Cuti-cuti macam ni, Ya Allah, BOSAN SANGAT!!!! Kalau duk maktab tu, beriya-iya nak balik rumah.. Bila dah balik rumah, rasa nak balk maktab pulak! Hahahah.. Tapi duduk rumah still heaven what? Dapat makan masakan mak yang paling best boleh main guling-guling sebanyak mana anda mahu.. Tapi bosan tu lah yang buat rasa macam ARGH!!!!! Hahahaha..

Ha, pagi tadi mak aku ada belikan aku burger.. Ha, mantap tak.. Pagi-pagi buta orang jual burger.. Mantap pakcik yang jual tu? So, lepas dah makan tu, tiba-tiba teringat pula perangan akau order burger dan juga makanan lain.

Aku ni jenis kalau nak beli makanan, better aku yang beli sendiri.Baru puas hati. Kalau kirim dekat orang, takut orang geram dengan aku... Hahaahaha. Sebab kenapa? Ha, aku kalau order makanan, aku suka,,

1. BURGER

Yes..semestinya burger feveret aku BURGER DAGING SPECIAL.. Tapi aku tak berapa suka kalau telur tu dibalut dengan daging tu.. Aku akan order macam ni:

Bang, burger daging special. Telur TINDIH ATAS! Ha, tindih atas tu mesti kena sebut.. Baru terasa telur tu.. Then, kadang-kadang aku mintak mayo lebih, sos black pepper lebih... Huhuhu...Ingat lagi dulu, aku pernah order BURGER DAGING DOUBLE SPECIAL.. Aku pesan awal-awal telur tu dilapik antara dua daging tu.. Tapi dia tak buat! Dia balut jer!! Huh.. Nasib baik aku bukan jenis nak complain macam tu. Dah dapat, tak apa lah.. Makan jerk.. Kan? 

2. KFC

Yesss..Part ni paling penting, THIGH ONLY! Harus mintak! Tak suka ISI.. 

3. NASI AYAM

Ha, yang ni pun selalunya AKU AKAN MINTA THIGH.. Tapi geram tau, kalau kita order, bukan main mengangguk lagi orang tu.. Tapi bila dapat, TAK ADA PLAK THIGH... Banyak kepak! Motipppppp????



Tengok tu..Sedapnyer kalau dapat THIGH.. Nak-nak kalau dia gabung dengan drumstick sekali..Memang mantap!
picture credit to: SINI

4. HORLICK

Yesssss.. Ini feveret aku.. Selalu kalau aku order, aku akan sebut HORLICK KAWWWWW PUNYA! Tapi kadang-kadang lebih gula jer kan? Huh! Saja lah tu.. Setakat ni, Horlick kat kedai mamak lah yang terbaik.. Memang betul-betul KAWWWW...

5. NASI GORENG

Semestinya kalau makan dekat kedai makan, waktu tengah lapar plak tu kan.. Harus aku minta NASI LEBIH... Kadang-kadang dapat nasi lebih tu cam lebih kurang jer dengan nasi biasa.. Geram jugak tu..Huhuhu..

Ha, tu jer lah rasanya feel aku.. Mengada kan? Tak apa..Yang penting aku puas! Hahahaaha.. Paperpown, kita tetap bersyukur dengan nikmat yang Allah S.W.T kurniakan.. Alhamdulilah :)

3 comments:

Abak@Pedamba Cinta Penuh Mahabbah said...

Huhuhuhuh..wah2..gini rupanya..

Harmi bin Mohammad Jamil said...

Patutnya time nak order tu.. cakap je "this is my card".. (dlm kad tu terkandung semua instructions tentang order) hehehehe

Cikgu Fiq said...

Abak..

yess..lebih kurang gitew lah..huhu

Abg Harmi

hahaahahahaaha...letop! idea yg kreatif..siap ada instruction bagai..hehe :)

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails