Monday, January 20, 2014

ULANG TAHUN SITI ZONE KE-10 TAHUN DAN SAMBUTAN MAJLIS HARI LAHIR DATO` SITI NURHALIZA KE-35

Assalamualaikum..

Semalam, bertempat di KK CLUB TAMAN MELAWATI, telah berlangsungnya Majlis Ulang Tahun Siti Zone Ke-10 Tahun dan Sambutan Hari Lahir Dato` Siti Nurhaliza Ke-35.  Yang paling penting, aku dan kawan-kawan aku seramai 9 ORANG turut JOIN!!! Hahahahaha...Tema hari tu ialah HIJAU..Warna kegemaran Dato` Ct..Gigihlah aku cari baju warna hijau kan..huhu..

Sempat lagi posing dekat Photo Booth sebelum masuk dalam dewan.. Agak grand dan meriah yer event ni!

Mula-mula tu kawan aku si Syafiq ni ajak nak pergi konsert Dato` Siti dekat KLCC.. Tapi tiba-tiba tukar plan pulak.. Dia ajak aku join majlis ni.. Dengan bayaran RM 100 jer, aku pun join lah.. Termasuk lunch, Hi tea dengan cenderahati...Serius best weh! Cenderahati tu pulak, aku ingatkan biasa-biasa jer macam pen ker, buku nota ker.. Tak ada maknanya.. Dapat beg, T shirt, novel, eye shadow dan starter pack SimplySiti..LETOP!!!!

Lepas tu makanan memang banyak.. Belum campur dengan pelbagai jenis pencuci mulut yang terdiri daripada Re Velvet Cake, chocolate cheese cake, biskut lidah kucing, tat coklat, tat itu lah, biskut ini lah, gula-gula lah dan macam-macam lagi lah.. Rambang mata aku! Lepas tu dengan satay lah, kuih macam-macam lah.. Memang kenyang! Hahahah..

Aku sangat teruja bila Dato` Siti menjemput insan-insan yang lahir pada bulan Januari untuk naik ke atas pentas dan bersama-sama meniup kek bersama beliau.. Ya Allah!!! Rasa macam..First time sambut besday dengan orang femes kan..Gitewww..Maka, aku pun turut naik ke atas pentas even hari lahir aku next week.. Kira sambut awal lah ni secara tak sengaja...Alhamdulilah..


Acara meniup dan memotong kek.. Masa ni depan ktorang penuh dengan pihak media..huhu

Paling best sekali dapat main games yang disediakan pihak penganjur..Amazing Race lah, teka-teki paparazzi lah, teka lagu, macam-macam lah.. Alhamdulilah, kumpulan aku iaitu kumpulan Destinasi Cinta( meja ikut lagu Dato` Ct), kami dapat tempat kedua dalam Teka-Teki Paparazzi.. Macam-macam teka teki ktorang jawab.. Ada 10 kesemuanya.. Nasib baik ada yang pernah dengar, ada juga yang masa zaman sekolah dulu aku teringat.. Kalau yang susah plak, apa lagi, seacrh google lah.. Lepas tu kena tangkap gambar melalui jawapn tu lah.. Gigih kawan aku si Syafiq tu berlari-lari ke arah pentas.. Nasib baik cepat.. Aku ingatkan ktorang juara, rupanya ada yang lagi pantas dari itu.. Heheh.. Paperpown, alhamdulilah..


Sesi penyampaian hadiah! huhu..

Yang paling penting sekali, 10 SAMSUNG GALAXY TAB 3 disediakan.. 4 untuk pertandingan individu, 6 lagi cabutan bertuah.. Masing-masing berdoa agar jadi milik masing-masing kan.. Tapi alhamdulilah, salah satu dari Tab tu dapat dekat kawan aku.. Num 37!!!! Menjerit ktorang masa tu.. Lepas dia ambil jer hadiah tu, terus dia buat sujud syukur dekat meja ktorang..Mantap tak?

Tu dia..kawan aku, Zulhilmi Zainudin...Mula-mula dia tak nak pergi..Takut katanya nak jumpa Dato` Siti depan-depan macam tu..huhu..

Dato` Ct sangat sporting masa ni.. Kelakar dan nampak comel bila beliau buat gaya masa pertandingan teka lagu dan macam -macam lagi lah.. Ktorang dah tergelak sakan.. Hahahah.. Setelah selesai acara semua tu, setiap meja dibenarkan mengambil gambar dengan Dato` Siti.. Dan.. kami pun dapat bergambar dengan beliau...


Berdiri dari kiri: Murni, Helmi, Aku, Syafiq, Zuhair
Duduk dari kiri : Lily, Fisya, Dato` Siti, Mira Zuki dan Atun

Alhamdulilah, sangat seronok acara ni.. Kalau ada lagi, jangan segan silu jemput kami lagi yer..huhu...
psssssssst: Mula-mula tu rasa cam segan dan takut nak pergi event ni.. Tapi, bila dah pergi memang seronok..huhu...

2 comments:

Sherry said...

love the pics hehe.. long time no see Dato Siti, last year only saw he in EH :D

namesherry.com

Abak Lorong Cinta said...

wah.serius jeles gila2.. nak mjerit rasa.. hua3

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails