Tuesday, January 14, 2014

ABC COKLAT SERIUS SEDAP DI PEGAGA ABC SHAH ALAM

Assalamualaikum

Salam Maulidur Rasul buat semua :) Apa khabar? Alhamdulilah, harap semuanya sihat. Memandangkan hari ni cuti, jadi siang tadi kami seramai 9 ORANG bergerak beramai-ramai dengan dau buah kereta nak tengok-tengok rumah sewa di kawasan PANTAI MORIB BANTING SELANGOR. 

Tapi, sebelum tu, kami semua rancang nak pergi SHAH ALAM semata-mata nak rasa ABC COKLAT SUPERB SEDAP dekat PEGAGA ABC SHAH ALAM. Ha, nak tahu lokasi ABC PEGAGA ni? Letaknya di Medan Selera Seksyen 2, Shah Alam.. Dekat betul dengan UITM Shah Alam tau..

Rata-rata yang datang, perut masih tak berisi lagi. Gerak around pukul 10.00.. Tapi sanggup tak sarapan sebab nak penuhkan perut dengan nasi berlauk dan ABC ni..Hahaha.. Kalau nak makan nasi berlauk, kat area belakang ABC PEGAGA ni pun ada.. Banyak giler lauk kat situ.. Rambang mata pulak... Harga pun murah.. huhu..

Ok, berbalik kepada ABC COKLAT tu.. Bagi aku memang sedap.. Coklat cair dia serius banyak.. Melimpah ruah! Kalau SUNDAE MCD! Hahaha.. Pekat dan likat! Yang penting, pasti memikat. Cuma rasanya agak manis lah.. Kalau korang duk makan tu, tempah sekali AIS KOSONG untuk neutralkan balik ABC tu.. 

Berapa harga ABC PEGAGA?
RM 3.50 jer weh!
Serius aku rasa macam, "Ha? Murahnya?! Biar betik?! Moga rezeki pengusaha tu lebih murah lepas ni.. Amin.."

Kau tahu, lepas dah makan nasi yang banyak, dengan ABC yang sedap dan melimpah ruah ni.. Ktorang terus nak kereta untuk teruskan perjalanan.. Bila kereta terlanggar jalan berlubang, mulalah perut bergoncang.. Maka, terus aku rasa nak muntah weh! Serius! Aku cuba tahan dengan menyanyi-nyanyi lagu yang berkumandang di radio waktu tu (cam pelik jer teknik aku ni..hahaahaa).. Tapi loepas tu alhamdulilah tak loya.. Mungkin sebab mind set aku tak fikirkan fasal muntah tu kott..huhu..

JOM TENGOK GAMBAR!!


Riang ria bergelak ketawa..Aku tak peduli orang pandang! Gelak sekuat hati!!! hahaah..


 Tu dia..Ada macam-macam perisa.. Jagung, durian, keladi, kopi pun ada.. Kawan aku try STRAWBERRY tadi..sedap gakkkkk..


Ktorang beli bungkus makan kat kedai nasi campur belakang..So, tak sdapat nak amik version dalam mangkuk cam tu.. huhu..Gambar ni amik kat google.. credit to KUCINGTANAH..TQ :)


Ni version bungkussss!!!! Jangan risau..Biskut, sudu dan straw tu diasingkan dlm plastik..huhu

So, apa lagi!!! Cuba rasa!!! Oh yer, ada lagi 1 kedai ABC jugak kat situ, apa ntah namanya.. Ala-ala English sikit.. Kata kawan aku tu pun not bad gak.. Tapi, aku tak rasa lagi. huhu.. :)


8 comments:

Abak's Role said...

Wah..sdapnya.. tringin nk rasa...hehe

Cik Aqilah Wardah said...

Hehe.. memang sedap sangat ni. Kalau boleh, hari2 nk mkn kan?

Sweetie said...

Ya saya dah pernah makan kat sini.

Azizan Zulkarnain said...

Kedai bukak dr pukol bape sampai kol bape

Azizan Zulkarnain said...

Kedai bukak dr pukol bape sampai pukol bape

Cikgu Fiq said...

Azizan Zulkarnain..

Saya pun tak pasti tntg jadual kedai tu..selalu sy pergi waktu petang.. :)

Anonymous said...

Kedai bukak pukul berapa dan tutup pukul berapa

Anonymous said...

lagi satu namanya ABC Fradoo.. terbaek!!

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails