Tuesday, February 25, 2014

MAKAN-MAKAN DI SAHA COFFEE AND FRUIT BANTING

Assalamualaikum......

Bila dah duduk Banting ni, tiba-tiba tekak teringin pulak nak makan Western kannnn.. So, tangan tu gatal-gatal lah search tempat makan menarik di Banting.. Maka terjumpalah dengan Saha Coffee and Fruit Banting. So, apa lagi, beriya-iyalah tekak nak makan kat situ..

So, aritu aku ngan kawan aku pergi.. Bukan itu saja, selang sehari lepas tu, kawan aku yang lain ajak aku pergi jugak. Maka rabaklah duit aku dalam masa beberapa hari sebab makan kat situ.. Hahaha.. Tapi tak apa.. AKu puas hati dan bagi aku berbaloi.. 

Tempatnya agak tersorok.. Sebab dekat kawasan perumahan... Tapi dekorasinya smart!!!! Ala-ala privasi gitewwwww..huhu

Di mana lokasi Saha Coffee ni? Dari pekan Banting, sebelum naik jambatan nak ke Sungai Manggis tu, korang kena masuk kiri tau.. Kat deretan kedai tu.. Then, amik lagi kiri.. Maka sampailah.. Faham tak? Mesti tak kan? Okay, tengok peta ni..




Dah faham? Sekarang jom kita usha gambar :



Crispy Spring Chicken with Brown Sauce 
Ayam setengah hekorrrrr okay... Brown sauce tu memang sedap!!! RM 17.90.. Kenyang weh! Ayam dia sangat rangup!


Grilled Chicken with Garlic
Ayam suku hekorrrrrrr... Boleh pilih sos.. Masa ni kawan aku pilih black pepper.. Biasa-biasa jer.. Then, bila kali kedua aku pergi, aku pilih menu ni.. Aku try Mushroom Sauce.. Not bad!! Pasta tu sedap! huhu RM 18.90

Sphagetti Carbonara..RM 13.90
Serius sedap!!! Memang creamy rasanya! huhu


Aku akan pilih air ni kalau ke sini.. Ice Lemon Tea.. Yang penting, FREE REFILL okay!!! Cawan tu plak, jangan pandang rendah.. Tinggi tau! Memang puas! RM 4.90


Frosty Assam Boi..RM 4.90
Kira macam ice blended assam boi lah.. Sedap!


Ice Blended Chocolate.. RM 7.90
Rasa dia sedap!! Superb!

Oh ya, masa kali kedua aku pergi, kawan aku tempah air apa ntah.. Jus limau+pisang.. Not bad lah.. Tapi tak boleh masuk kat tekak aku..huhu..

Paperpown, alhamdulillah dapat rasa semua ni.. Jangan segan-segan try! huhu

4 comments:

Nazmin Nazifa εїз said...

Wahh banyak post makan2 dah ni...boleh la temu duga untuk rancangan jalan2 cari makan. hihihihi

Brilliant Marjan said...

tgl area banting ke?sy pun org sana juga..

Cikgu Norazimah said...

teringin gak ke sini, ramai cakap best, CN slalu ke chaiwala jer ;)

Farah said...

Bismillah,

sedap-sedap makanan di Saha Coffee.

Jom singgah makan.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails