Tuesday, July 1, 2014

FESTIVAL PANTUN DAN GURINDAM 2014

Assalamualaikum..

Maaf sangat-sangat sebab dah lama sungguh tak update blog ni.. Mood tu ada, cuma bila dah bukak lappy, nak menaip tu pulak tak ada..Last-last terbengkalai..Ish..ish..ish.. Ha, ni nak cerita sikit.. Tahun lepas aku pernah post fasal TEMASYA PANTUN DAN DONDANG SAYANG 2013 kan?


Ha, tahun ni aku masuk lagi..Alhamdulilah dapat turut serta.. Rasa bersyukur sangat.. Memang sejak aku dapat saguhati tahun lepas, semangat aku berkobar-kobar untuk menjulang gelaran juara tahun ni.. Gittewwwww..haha.. Penganjur IPG Kampus Bahasa Melayu dengan kerjasama Dewan Bahasa dan Pustaka serta GAPENA..

Okay, jujur aku cakap, aku rindu dengan kawan-kawan di sana.. Masih ada muka lama, tapi lebih ramai muka baru.. Cuma bagi aku, suasana pertandingan kali ini tidak semeriah dulu.. Bukan aku seorang yang cakap, kawan-kawan aku yang lain turut merasakan benda yang sama.. Entah..mungkin peserta-peserta yang happy go lucky tahun lepas sudah tidak menyertai untuk tahun ni agaknya...

Pertandingan kali ni mengekalkan PANTUN dan juga menambah elemen baru iatu GURINDAM.. Serius bagi aku program ni bagus.. Membudayakan pantun dan gurindam kembali dalam kalangan siswa pendidik.. Aku sangat teruja dapat dengar peserta melagukan gurindam.. Sampai ada yang maik gitar.. Memang menusuk kalbu..

Untuk pantun pula, peringkat saringan aku dipertemukan dengan peserta dari IPG KENT iaitu saudara Aliff Haikal Tarmizi.. Tema yang kami bawakan ialah EKONOMI.. Mencabar juga tema ni.. Tapi, secara jujur, tema ni juga yang aku tunggu-tunggu..Gittewwwwwwww.. Sebab apa? Boleh bawak cerita jual kain..hahahahahaha..(MOTIP??? haha)

Alhamdulillah, aku berjaya mara ke peringkat akhir.. Peringkat akhir ni mempertemukan aku dengan rakan lama iaitu saudara Muzammil Rahim dari IPG Kota Bharu.. Tema yang kami dapat ialah WARISAN TRADISI... (sebenarnya aku tak nak tema ni sebab tahun lepas, masa final, aku dapat tema ni jugak)..Tapi tak apa.. Aturan Allah S.W.T itu ada hikmahnya..Alhamdulilah, kami berjaya membawanya dengan baik.. 

PERINGATAN: Pertandingan pantun ini bukan seperti yang selalu anda tengok iaitu 3 VS 3... Tapi pertandingan pantun ini hanya melibatkan SEORANG PESERTA sahaja yang akan berlawan dengan seorang peserta IPG lain dengan cara BERKOMUNIKASI + PANTUN SECARA SPONTAN...

Gigih weh!!! Untuk pantun isi ikut tema tu boleh lah prepare dan hafal.. Macam pantun gurau dan pantun nak selit masa pihak lawan tengah diam tu, kena fikir masa tu jugak..Wargh!!!!!  Selalunya lepas pertandingan, kepala aku berdenyut.. Lebih-lebih lagi lepas saringan hari tu.. Budak-budak ni ajak pergi Mid Valley, aku tak dapat join..huhu.. Alhamdulilah, masa final kurang sikit berdenyutnya...

Okay, now nak tengok keputusan? Nerves tak? Nerves tak? Jeng..jeng..jeng..

KATEGORI PANTUN:

Juara: (Aku!!! Alhamdulillah..) IPG Kampus Pendidikan Islam
Naib juara : Muzammil Rahim (IPG Kota Bharu)
Ketiga: Atikah Hidayah (IPG Kampus Dato` Razali Ismail Terengganu)
Keempat: Izyan Syamimi (IPG Kampus Pulau Pinang)
Kelima: Syazreena Hari (IPG Kent)
Keenam: Avralentine (IPG Kampus Sultan Abdul Halim Kedah)

Ketujuh sampai ke-12 aku lupa..Maaf kawan-kawan.. Alhamdulillah juga, lagi seorang peserta kampus aku, berjaya mara ke peringkat akhir.. Memperoleh saguhati.. AKu sangat bangga dengan beliau meskipun budak TESL, tapi sangat minat pantun iaitu saudari Nur Irfiniy :)

KATEGORI GURINDAM:

Juara: IPG Kent Sabah (lunak suara mereka...)
Naib Juara : IPG Kampus Batu Lintang (serius even dah balik pun..telinga aku masih terngiang-ngiang suara mereka berdua..lunak....penuh perasaan)
Ketiga: IPG Kampus Bahasa Melayu
Keempat: IPG Kampus Ipoh
Kelima : IPG Kampus Raja Melewar
Keenam : IPG Kampus Perlis

Okay, dah puas cerita.. Jom tengok gambar...


Ni masa aku sedang berpantun dengan Muzamil di peringkat akhir.. Hakim masa ni memang hebat semuanya.. Antara yang aku ingat Datuk Dr Zurinah Hassan, Roslan Madun dan macam-macam lagi yang terdiri daripada prof, pensyarah hebat dan penggiat sastera budaya :)


Dari kiri: IPG Kota Bharu, IPG Kampus Pendidikan Islam dan IPG KDRI
psssst: Yang kiri sekali tu naib juara, BARU SEM 4 tau, tahun depan in syaa Allah dia masuk.. Aku tabik dengan kehebatan dia berpantun..Hati-hati semua peserta..gittewwwww..huhu


 Bergambar di pentas dengan VIP..huhu..


Bergambar bersama pensyarah yang sangat komited melatih kami.. Oh ya, yang tudung pink kanan sekali tu tu Nur Irfiniy.. Juga merupakan peserta kampus aku yang berjaya ke final untuk pantun.. Kami selalu berlatih bersama ketika latihan..Yang kanan tu pulak, wakil kampus aku untuk gurindam.. Saudari Anith Nazihah..Partnernya Fadzli Khamis dah balik masa ni..Suara mereka sangat lunak.. :)


Ni pulak gambar gedik-gedik peserta pantun dan gurindam.. Serius happening masa ni..Gamat giler!!!! haaahahh..


CAK!!!! Keluar Berita Harian..huhu..Thanks for FB Mahirah LY..


Alhamdulillah,  itu sahaja untuk hari ni..Aku ucapkan terima kasih kepada geng-geng jurugambar IPG Kampus Bahasa Melayu terutamanya Saudari Noor Asyikin atas ihsan gambar-gambar di tas.. Thanks Ikin..  Buat para peserta.. TAHNIAH!!! Menang atau kalah korang tetap terbaik!! Rindu sama kalian!

psssssst: Video ada di Youtube.. Bolah lah taip GURINDAM PERINGKAT AKHIR.. Untuk pantun pulak, biarlah rahsia..Seganlahhhhhhhhhhhhh..hahaahaha :)

Saturday, April 26, 2014

KISAH HANTU DI SEKOLAH

Asslamaulaikum..

Wah, dah sebulan tak update blog.. Fuh-fuh!!!! Tiup-tiup habuk sikit.. Ha, ni nak dok habak maih.. Alhamdulillah, aku baru saja menamatkan PRAKTIKUM FASA 3 aritu.. Rasa lega sangat sebab praktikum paling lama iaitu 3 BULAN telah tamat.. Tinggal lagi sebulan jerk untuk sem depan kami buat INTERSHIP di sekolah yang sama..

Okay, ni aku nak citer.. Korang mesti pernah dengar cerita hantu kat sekolah kan? Hehe.. Aku ni kalau masuk kelas masa relief, geram betul tengok budak bising-bising.. Maka, salah satu pendekatan yang aku guna untuk senyapkan mereka adalah dengan bercerita kisah hantu.. Tapi bukan kisha hantu kosong.. Aku terapkan nilai dalam cerita tu.. Contohnya kisah LIF BERHANTU.. Cam mana perempuan mengandung tak pakai tudung, rambutnya terselit delah pintu lif sampai perut terburai.. Ditambah pula dengan nada suara aku yang turun naik, mimik muka bagai.. Terus mereka takut.. Lepas tu aku ingatkan kat mereka yang KAUM HAWA WAJIB BERTUDUNG... 

Kalau yang laki pulak, aku suka buat cerita tentang JANGAN MEROKOK..Tajuk cerita aku, PARU-PARU BERULAT.. Heheh..

Ha, sekarang ni pulak aku nak bagitau cerita betul dekat korang.. Aritu, masa aku latih anak didik aku untuk PESTA PANTUN peringkat daerah, kami buat latihan waktu malam tau.. Tengah anak didik aku duk menjawab pantun daripada aku.. Tiba-tiba dia bersuara..

Cikgu, ada han...

Aku terus pandang muka dia, lalu bertanya : Ada apa?

Dia dengan wajah super takut, memandang muka aku sambil berkata dengan agak terkebil-kebil. Jari telunjuknya diangkat dan menghalakan ke atah atas, sambil berkata..

"Atas bumbung...."

Kami apa lagi, habiskan buat pantun..Kemas cepat-cepat.. Lepas tu terus gerak balik...

Esoknya dia tak datang sekolah tau.. Padahal lusa nak bertanding.. Cikgu yang lagi sorang tu menelefon ayahnya..

Ayahnya kata budak tu ka hospital sekarang.. Kami semua memang risau dengan dia.. Takut demam ker, apa ker kan.. Tapi, tiba-tiba ayah dia menyambung..

Kami kat hospital, sebab mak dia baru bersalin malam tadi..

Pantas aku zahirkan rasa lega.. Fuh, alhamdulillah, ingatkan ada apa-apa jadi kat dia...

Wednesday, March 26, 2014

NOVEL TEMAN ROH KARYA MUHAMMAD FATRIM

Assalamualaikum..

Lama giler babeng tak update blog!!! Hahaahhaa.. Okay, tengah-tengah agak free ni..Tetiber rasa nak review buku.. Ha, korang dah baca novel TEMAN ROH ni? Ha, kalau belum try lah baca.. Huhu..Nak tengok review? Jom bacaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa


(Aku beli daripada penulis sendiri..Dapat autograf..Excited plak aku..huhu)



Ok, mula-mula ingatkan novel ni lebih kurang macam drama yang kat tv lakonan Cheryl Samad ngan Naz Rahman tu..Apa ek namanya? Ghost kottt.. Sebab cerita tu sangat best.. Terus teruja nak beli..Haha.. Bila dibaca, meleset sama sekali. Karya ni punya keistimewaan tersendiri.
 
Serius drama ni bestttttttttt.. Tapi yang season 2, tak dapat tengok penuh..sapa ada link download.. Tolong beritahu..thanks..huhu :)


Novel ini mengisahkan tentang Suraya, seorang pembaca berita di TV13 menerima figura rama-rama dengan kata-kata pelik. Paling mengejutkan apabila roh pelakon Ryzal Mirdad yang dipercayai hilang tu muncul kat depan dia. Hanya dia seorang saja yang boleh nampak. Maka bermulalah misi Suraya dan Ryzal untuk mencari di mana tubuh Ryzal berada. Mati kah? Hidup kah? Semua jadi persoalan. Siapa dalangnya dan apa kaitan dengan figura rama-rama menimbulkan pelbagai tanda tanya di benak pembaca.

Penggunaan figura rama-rama yang datang kepada Suraya sangat membuatkan saya terfikir.. Pe benda alah ni? Apa akan terjadi selepas ni?
Pembaca akan dibawa selangkah demi selangkah untuk mencari dalang sebenar yang menculik pelakon terkenal Ryzal Mirdad. Memang kita akan berteka-teki. Tapi ternyata novel ni berjaya membuatkan tanggapan saya meleset sama sekali! Argh!!! Tak sangka dia lah dalang semua ni! Sepatutnya saya harus percaya kata-kata watak dalam novel ni iaitu "Jangan percaya dengan apa yang kau lihat..."

Unsur seram dalam novel ni boleh dikatakan ada, tapi tak banyak. Kalau digarap dengan bahasa suspen yang tinggi, mesti lebih mendebarkan...Paling mantap ending dia! Hahaha.. Asyik terbayang jer kata-kata budak perempuan tu! Thumbs up Fatrim! Tepuk tangan! Pap..pap..pap..

Kekurangan yang boleh dibaiki pula, errr..sebelum tu, minta maaf Fatrim.. Saya sedikit terganggu dengan lenggok bahasa dalam cerita ni.Sebab kadang-kadang saya pelik, eh bukan tadi macam ni ker atau macam tu? Sehinggakan saya terpaksa ulang balik baca perenggan sebelumnya, baru saya faham..mungkin saya yang blur kott (ketuk kepala..haha)..Pertengahan cerita agak hambar bagi saya..Permulaan mantap dan fasa peleraian memang tip-top!!!

Typo dalam naskah ni juga ada.. Macam tiba-tiba muncul nama Akim, padahal sepatutnya nama Suraya rasanya.. Penggunaan kata sendi nama dari dan daripada juga harus berhati-hati ketika menggunakannya. Jangan salah letak..Dikhuatiri menggangu kosentrasi pembaca yang peka dengan benda-benda macam ni..huhu..Permulaan perenggan banyak menggunakan `Selepas itu..` Lagi elok divariasikan..Lagi 1, banyak menggunakan penanda wacana "kemudiannya".. Kalau diminimakan lebih elok rasanya..Err, lagi apa ek? Ada sebenarnya..Tapi tak apa lah.. Cukup sekadar itu.. Novel ni kiranya mampu membuatkan kita berfikir dan tertanya-tanya. Thumbs up Fatrim! Sekadar pandangan dari seorang pembaca biasa seperti saya.. Ampun dipinta andai ada terguris rasa! Tepuk tangan sekali lagi untuk anda!

Keseluruhan, aku bagi 3/5 dan diCOP sebagai HARUS BACA!!! :)

Tuesday, February 25, 2014

MAKAN-MAKAN DI SAHA COFFEE AND FRUIT BANTING

Assalamualaikum......

Bila dah duduk Banting ni, tiba-tiba tekak teringin pulak nak makan Western kannnn.. So, tangan tu gatal-gatal lah search tempat makan menarik di Banting.. Maka terjumpalah dengan Saha Coffee and Fruit Banting. So, apa lagi, beriya-iyalah tekak nak makan kat situ..

So, aritu aku ngan kawan aku pergi.. Bukan itu saja, selang sehari lepas tu, kawan aku yang lain ajak aku pergi jugak. Maka rabaklah duit aku dalam masa beberapa hari sebab makan kat situ.. Hahaha.. Tapi tak apa.. AKu puas hati dan bagi aku berbaloi.. 

Tempatnya agak tersorok.. Sebab dekat kawasan perumahan... Tapi dekorasinya smart!!!! Ala-ala privasi gitewwwww..huhu

Di mana lokasi Saha Coffee ni? Dari pekan Banting, sebelum naik jambatan nak ke Sungai Manggis tu, korang kena masuk kiri tau.. Kat deretan kedai tu.. Then, amik lagi kiri.. Maka sampailah.. Faham tak? Mesti tak kan? Okay, tengok peta ni..




Dah faham? Sekarang jom kita usha gambar :



Crispy Spring Chicken with Brown Sauce 
Ayam setengah hekorrrrr okay... Brown sauce tu memang sedap!!! RM 17.90.. Kenyang weh! Ayam dia sangat rangup!


Grilled Chicken with Garlic
Ayam suku hekorrrrrrr... Boleh pilih sos.. Masa ni kawan aku pilih black pepper.. Biasa-biasa jer.. Then, bila kali kedua aku pergi, aku pilih menu ni.. Aku try Mushroom Sauce.. Not bad!! Pasta tu sedap! huhu RM 18.90

Sphagetti Carbonara..RM 13.90
Serius sedap!!! Memang creamy rasanya! huhu


Aku akan pilih air ni kalau ke sini.. Ice Lemon Tea.. Yang penting, FREE REFILL okay!!! Cawan tu plak, jangan pandang rendah.. Tinggi tau! Memang puas! RM 4.90


Frosty Assam Boi..RM 4.90
Kira macam ice blended assam boi lah.. Sedap!


Ice Blended Chocolate.. RM 7.90
Rasa dia sedap!! Superb!

Oh ya, masa kali kedua aku pergi, kawan aku tempah air apa ntah.. Jus limau+pisang.. Not bad lah.. Tapi tak boleh masuk kat tekak aku..huhu..

Paperpown, alhamdulillah dapat rasa semua ni.. Jangan segan-segan try! huhu

Sunday, February 16, 2014

MAKAN-MAKAN DI RESTORAN HOT n COLD JALAN REKO KAJANG

Assalamualaikum..

Fuh, dah nak dekat sebulan tak hapdate blog! Hahaha.. Biasalah, bila dah start praktikum, memang blog ni akan kesunyian.. huhuhu..Okay, hari ni aku nak cerita fasal makan. Aritu, kawan aku tag aku dekat FB fasal satu kedai makan ni.. Link ada kat bawah entry ni yer..So, nampak sangat menyelerakan.. Kebetulan pulak, petang tu memang balik kampus, so apa lagi, malam tu terus berjimba lah.. huhu..

Lagi satu,sebenarnya  aku tengah meREWARDkan diri aku sekarang..Alhamdulillah, apa yang aku buat dah selesai..Moga-moga hasilnya berjalan lancar dan dipermudahkan..Amin..So, antara salah satu reward untuk diri aku, nak makan western!!! huhu

Okay, makanan kat sini harganya okay-okay sajorh.. Tapi, steambotnya murah..RM20 UNLIMITED okay.. Makan sampai nak terberanak pun boleh! Kat sini macam-macam ada, bukan setakat western, tapi steambot, cake dan airnya pulak unik-unik..huhu..

Meh tengok gambar dan harga :


Teh Tarik Float : RM 4.90
Agak tawar mula-mula..Aku suruh akak tu tambahkan susu dan ais...Thanks akak :)
 Bandung Volcano = RM 6.90 rasanya...ingat-ingat lupa pulak.. huhu

 Carbonara with Meatball..Masa ni promosi..RM10 sahaja..
Cadangan penambahbaikan : Rasanya kurang lemak dan terlalu cair..Kalau dipekatkan dan lebih lemak, pasti lebih mantap! Meatball tu sedap! huhu



Special Chicken Chop with Macaroni Cheese : RM14.90
Not bad jugak..Yang penting chicken chop dia mengenyangkan..sebab agak tebal dan menggunakan bahagian isi...huhu



Ni plak aiskrim main design sendiri!! Hahaha.. Kawan aku dia amik STEAMBOAT..So, sekali dgn aiskrim ni lah kan.. Masa tu perut aku dah kenyang.. So, tetiba teringin nak rasa aiskrim, mintak tolong dia amikkan..Sekali dia amik banyak macam ni..hahahaahahaha.. Not bad lah.. huhu

Paperpown, alhamdulillah aku puas hati dengan kedai ni...Kenyang!!!! huhu..Untuk maklumat lanjut, boleh ke SINI


Sunday, January 26, 2014

KEPUTUSAN PENUH ANUGERAH JUARA LAGU 28 | AJL 28

Assalamualaikum..

Disebabkan TV rumah sewa aku tak clear, terpaksa kami gigih meredah kepekatan malam semata-mata nak tengok dekat gerai..Motipppppppp kan?

Ok, tentang rumah sewa tu nanti-nanti jer dicerita.. Tapi yang penting, sapa tengok AJL 28 tadi?
Kepada yang belum, ini keputusan penuh..

JUARA : Hafiz (Bahagiamu Deritaku)
KEDUA : Hyper Act (Hanya Aku)
KETIGA : Awi Rafael feat Altimet (Kalau Aku Kaya) ~~ Aku serius suka persembahan dia malam ni..

VOKAL TERBAIK : Jaclyn Victor ( Ikut Rentakku) ~ Best persembahan dia..Aku suka!
PERSEMBAHAN TERBAIK : Hafiz (Bahagiamu Deritaku) ~ Aku target Stacy yang menang tau.. huhu..

Paperpown, tahniah untuk semua pemenang :)

Monday, January 20, 2014

ULANG TAHUN SITI ZONE KE-10 TAHUN DAN SAMBUTAN MAJLIS HARI LAHIR DATO` SITI NURHALIZA KE-35

Assalamualaikum..

Semalam, bertempat di KK CLUB TAMAN MELAWATI, telah berlangsungnya Majlis Ulang Tahun Siti Zone Ke-10 Tahun dan Sambutan Hari Lahir Dato` Siti Nurhaliza Ke-35.  Yang paling penting, aku dan kawan-kawan aku seramai 9 ORANG turut JOIN!!! Hahahahaha...Tema hari tu ialah HIJAU..Warna kegemaran Dato` Ct..Gigihlah aku cari baju warna hijau kan..huhu..

Sempat lagi posing dekat Photo Booth sebelum masuk dalam dewan.. Agak grand dan meriah yer event ni!

Mula-mula tu kawan aku si Syafiq ni ajak nak pergi konsert Dato` Siti dekat KLCC.. Tapi tiba-tiba tukar plan pulak.. Dia ajak aku join majlis ni.. Dengan bayaran RM 100 jer, aku pun join lah.. Termasuk lunch, Hi tea dengan cenderahati...Serius best weh! Cenderahati tu pulak, aku ingatkan biasa-biasa jer macam pen ker, buku nota ker.. Tak ada maknanya.. Dapat beg, T shirt, novel, eye shadow dan starter pack SimplySiti..LETOP!!!!

Lepas tu makanan memang banyak.. Belum campur dengan pelbagai jenis pencuci mulut yang terdiri daripada Re Velvet Cake, chocolate cheese cake, biskut lidah kucing, tat coklat, tat itu lah, biskut ini lah, gula-gula lah dan macam-macam lagi lah.. Rambang mata aku! Lepas tu dengan satay lah, kuih macam-macam lah.. Memang kenyang! Hahahah..

Aku sangat teruja bila Dato` Siti menjemput insan-insan yang lahir pada bulan Januari untuk naik ke atas pentas dan bersama-sama meniup kek bersama beliau.. Ya Allah!!! Rasa macam..First time sambut besday dengan orang femes kan..Gitewww..Maka, aku pun turut naik ke atas pentas even hari lahir aku next week.. Kira sambut awal lah ni secara tak sengaja...Alhamdulilah..


Acara meniup dan memotong kek.. Masa ni depan ktorang penuh dengan pihak media..huhu

Paling best sekali dapat main games yang disediakan pihak penganjur..Amazing Race lah, teka-teki paparazzi lah, teka lagu, macam-macam lah.. Alhamdulilah, kumpulan aku iaitu kumpulan Destinasi Cinta( meja ikut lagu Dato` Ct), kami dapat tempat kedua dalam Teka-Teki Paparazzi.. Macam-macam teka teki ktorang jawab.. Ada 10 kesemuanya.. Nasib baik ada yang pernah dengar, ada juga yang masa zaman sekolah dulu aku teringat.. Kalau yang susah plak, apa lagi, seacrh google lah.. Lepas tu kena tangkap gambar melalui jawapn tu lah.. Gigih kawan aku si Syafiq tu berlari-lari ke arah pentas.. Nasib baik cepat.. Aku ingatkan ktorang juara, rupanya ada yang lagi pantas dari itu.. Heheh.. Paperpown, alhamdulilah..


Sesi penyampaian hadiah! huhu..

Yang paling penting sekali, 10 SAMSUNG GALAXY TAB 3 disediakan.. 4 untuk pertandingan individu, 6 lagi cabutan bertuah.. Masing-masing berdoa agar jadi milik masing-masing kan.. Tapi alhamdulilah, salah satu dari Tab tu dapat dekat kawan aku.. Num 37!!!! Menjerit ktorang masa tu.. Lepas dia ambil jer hadiah tu, terus dia buat sujud syukur dekat meja ktorang..Mantap tak?

Tu dia..kawan aku, Zulhilmi Zainudin...Mula-mula dia tak nak pergi..Takut katanya nak jumpa Dato` Siti depan-depan macam tu..huhu..

Dato` Ct sangat sporting masa ni.. Kelakar dan nampak comel bila beliau buat gaya masa pertandingan teka lagu dan macam -macam lagi lah.. Ktorang dah tergelak sakan.. Hahahah.. Setelah selesai acara semua tu, setiap meja dibenarkan mengambil gambar dengan Dato` Siti.. Dan.. kami pun dapat bergambar dengan beliau...


Berdiri dari kiri: Murni, Helmi, Aku, Syafiq, Zuhair
Duduk dari kiri : Lily, Fisya, Dato` Siti, Mira Zuki dan Atun

Alhamdulilah, sangat seronok acara ni.. Kalau ada lagi, jangan segan silu jemput kami lagi yer..huhu...
psssssssst: Mula-mula tu rasa cam segan dan takut nak pergi event ni.. Tapi, bila dah pergi memang seronok..huhu...

Tuesday, January 14, 2014

ABC COKLAT SERIUS SEDAP DI PEGAGA ABC SHAH ALAM

Assalamualaikum

Salam Maulidur Rasul buat semua :) Apa khabar? Alhamdulilah, harap semuanya sihat. Memandangkan hari ni cuti, jadi siang tadi kami seramai 9 ORANG bergerak beramai-ramai dengan dau buah kereta nak tengok-tengok rumah sewa di kawasan PANTAI MORIB BANTING SELANGOR. 

Tapi, sebelum tu, kami semua rancang nak pergi SHAH ALAM semata-mata nak rasa ABC COKLAT SUPERB SEDAP dekat PEGAGA ABC SHAH ALAM. Ha, nak tahu lokasi ABC PEGAGA ni? Letaknya di Medan Selera Seksyen 2, Shah Alam.. Dekat betul dengan UITM Shah Alam tau..

Rata-rata yang datang, perut masih tak berisi lagi. Gerak around pukul 10.00.. Tapi sanggup tak sarapan sebab nak penuhkan perut dengan nasi berlauk dan ABC ni..Hahaha.. Kalau nak makan nasi berlauk, kat area belakang ABC PEGAGA ni pun ada.. Banyak giler lauk kat situ.. Rambang mata pulak... Harga pun murah.. huhu..

Ok, berbalik kepada ABC COKLAT tu.. Bagi aku memang sedap.. Coklat cair dia serius banyak.. Melimpah ruah! Kalau SUNDAE MCD! Hahaha.. Pekat dan likat! Yang penting, pasti memikat. Cuma rasanya agak manis lah.. Kalau korang duk makan tu, tempah sekali AIS KOSONG untuk neutralkan balik ABC tu.. 

Berapa harga ABC PEGAGA?
RM 3.50 jer weh!
Serius aku rasa macam, "Ha? Murahnya?! Biar betik?! Moga rezeki pengusaha tu lebih murah lepas ni.. Amin.."

Kau tahu, lepas dah makan nasi yang banyak, dengan ABC yang sedap dan melimpah ruah ni.. Ktorang terus nak kereta untuk teruskan perjalanan.. Bila kereta terlanggar jalan berlubang, mulalah perut bergoncang.. Maka, terus aku rasa nak muntah weh! Serius! Aku cuba tahan dengan menyanyi-nyanyi lagu yang berkumandang di radio waktu tu (cam pelik jer teknik aku ni..hahaahaa).. Tapi loepas tu alhamdulilah tak loya.. Mungkin sebab mind set aku tak fikirkan fasal muntah tu kott..huhu..

JOM TENGOK GAMBAR!!


Riang ria bergelak ketawa..Aku tak peduli orang pandang! Gelak sekuat hati!!! hahaah..


 Tu dia..Ada macam-macam perisa.. Jagung, durian, keladi, kopi pun ada.. Kawan aku try STRAWBERRY tadi..sedap gakkkkk..


Ktorang beli bungkus makan kat kedai nasi campur belakang..So, tak sdapat nak amik version dalam mangkuk cam tu.. huhu..Gambar ni amik kat google.. credit to KUCINGTANAH..TQ :)


Ni version bungkussss!!!! Jangan risau..Biskut, sudu dan straw tu diasingkan dlm plastik..huhu

So, apa lagi!!! Cuba rasa!!! Oh yer, ada lagi 1 kedai ABC jugak kat situ, apa ntah namanya.. Ala-ala English sikit.. Kata kawan aku tu pun not bad gak.. Tapi, aku tak rasa lagi. huhu.. :)


Sunday, January 12, 2014

MAKAN-MAKAN DI RESTORAN BURGERBYTE BANGI

Assalamualaikum...

Oleh kerana kawan aku beria nak makan dekat sini, maka ktorang pun ikut jer lah. Di mana lagi, kalau bukan RESTORAN BURGERBYTE BANDAR BARU BANGI yang terletak di SEKSYEN 15.. 

Di mana lokasi Burgerbyte Bangi? Kau tahu PETRONAS SEKSYEN 15? or BANGI GATEWAY? or GELANGGANG FUTSAL GALAXY? or RESTORAN NASI BERIANI ANJE? or TAT NASI AYAM? Belakang tu jer.. Senang nak cari.. Lagi-lagi kalau kau jumpa PETRONAS tu, kau masuk dalam, ada nampak RESTORAN ANJE, betul-betul area depan ANJE tu bahagian HUJUNG sekali.. Kat situ lah BURGERBYTE! huhu..

Restoran ni dimiliki oleh ZIZAN! Siapa tak kenal Zizan? Mesti kenal kan? Mungkin tu jugak jadi  salah satu faktor kenapa ktorang tetiba rasa nak makan benda alah ni. Lebih-lebih lagi bila tengok kawan-kawan yang dah pergi duk update bagai lah. Terus rasa diri ini tertarik untuk ke sana..Haha

Ha, kat sini, ada promosi dari pukul 5PM sampai 7PM, dapat AIR FREE!!..  Tengok iklan di bawah..

Tu diaaaa..Free air!!!

Okay oleh kerana memikirkan yang makan burger saja takut perut tak kenyang, maka aku memilih untuk makan CARBONARA with BEEF PATTY.. Bagi aku carbonara kat sini boleh tahan jugak.. Cuma aku lagi suka version PIZZA HUT..Sebab kat Pizza Hut lebih creamy bagi aku..hehe..Tapi kat Pizza Hut tak ada patty macam kat BURGERBYTE.. Kau bayangkan bila kau makan carbonara dengan sekeping patty yang dibakar..Huhu..Sampai sekarang aku teringat-ingat. Bila menaip ni pun, aku dah terliur balik.. Kuantitinya pulak,  aku ingatkan sikit jer tau, tapi bila sampai.. Hamik kau, boleh tahan juga banyaknyer..Kenyanglah jugak.. Tapi bila dah malam ni, rasa lapar balik lah pulak. Lebih-lebih lagi masa aku taip entry ni pukul 1.40 pagi.. Haha...Terliur!! Terliur balik!

Kawan-kawan aku ada yang makan OGLIO OLIO dan ada yang makan burger JALAPENO.. Jalapeno ni burgernya dimakan bersama sejenis sos yang aku rasa cam kuah lasagna.. Boleh tahan jugak..Hehe.. Oh yer, setiap set burger rasanya didatangkan sekali dengan KENTANG GORENG yang agak banyak juga kuantiti dia.. Kira puas jugaklah korang makan..

So, kalau sesiapa yang nak try, tak salah mencuba. Oh ya, kelainan kat BURGERBYTE juga turut menjual AIR LONG CHAN.. Atau kat kampung aku dipanggil AIR OREN BODOH.. (klik link kalau tak tahu apa itu air oren bodoh) Ha..unik kan namanya? Selalu aku jumpa dekat kawasan kampung aku, tak sangka kat sini pun ada.. 
Meh tengok gambar:

 Ni lah Jalapeno Burgerbyte...RM 14.80

 Ni plak pilihan aku.. Carbonara with Beef Patty..RM 12.80

 Ni plak OGLIO OLIO with CHICKEN PATTY.. RM 12.80..Rasa pasta ni agak pedas sikit..

DAN YANG PALING PENTING KENA TRY NAKED BURGER... 
Aku nak try tadi, tapi memandangkan elaun belum masuk, tak jadi lah..Haha..
RM18.90


Gambar yang tak ada watermark aku tu, aku amik di FB BURGERBYTE.. credit to fb burgerbyte..
terima kasih :)

TRY JANGAN TAK TRY!

Saturday, January 11, 2014

ALHAMDULILAH! AKU MENANG BEST QUOTE 2013!!!

Assalamualaikum...

Hai semua! Apa khabar! Sihat? Alhamdulilah.. Sebenarnya aku patut buat entry ni masa 1 Januari 2014 aritu, tapi dah terlajak sampai 11 Januari 2014 pulak.. Hehe.. Tapi tak apa kott..

Berbalik kepada tajuk, aritu masa around penghujung 2013, ada seseorang kenalan aku di FB iaitu Abang Harmi Mohd Jamil. Beliau menganjurkan Pertandingan Best Quote 2013.. Mereka yang jadi peserta hasil pilihan Abang Harmi sendiri... hehe..

Aku cam tertarik.. Then aku pun scroll lah untuk tengok siapa insan-insan yang tercalon itew.. Tiba dekat nama terakhir, aku terkejut! Serius!!! Nama aku ada!!! Apa lagi! Terus aku tergelak sekuat hati.. Lepas tu pulak, aku tengok masa tu ada orang dah start undi aku.. 


Senarai peserta!!! Ada 7 orang kesemuanya. Hebat-hebat yang lain itew..Ada yang merupakan PEMBAHAS ERBAIK KEBANGSAAN dan PESERTA AKHIR BAHAS PIALA PERDANA MENTERI dan macam-macam lagi-lagi lah. Mantap kan mereka?

Mereka yang aku tak kenal weh! Masa tu aku kat ranking kedua rasanya.. Hahahhaa.. Tak sangka mereka suka quote itu.. Terharu!!!! Rasa nak lari laju-laju lepastu sembamkan muka dengan tilam! Terima kasih kepada anda! (sambil tutup muka dengan tangan sebab segan! Haha)

Ha, nak citer lagi ni.. Calon-calon yang lain mulalah meraih undi.. Aku mula-mula segan jugak nak ajak kawan-kawan aku undi..Then, bila aku tengok mereka yang lain itu sudah semakin hampir dengan aku, aku tag juga kawan aku iaitu Ustat Adul Alqaranie..

Ni dia Ustat Adul Alqaraniey.. Jangan main-main dengan beliau! Orang hebat ni! huhu..Sorry Wahab.. Rembat gambar ni kat FB! Haha

 Sejak itu bermulalah aku dan dia berganding bahu.. Semua orang yang ktorang baru kenal, ktorang tag.. Budak-budak pantun, foum, debat, malah kawan-kawan kampus pun sempat ktorang seru.. Hahahhahaha..
Alhamdulilah, terima kasih diucapakan buat mereka yang sudi undi.. Ustat Adul Alqaranie pula, anda memang terbaik! Thanks sangat-sangat!

Untuk Abang Harmi, terima kasih buat pertandingan cam ni.. Hehehe.. Saya tak pernah terfikir pun.. Sangat kreatif! Tahniah sekali lagi...
Ini dia!!! Tarra!!!!!!!!!!


 Gittewwwwwwwwwwwwwwwwwwwww!!!! haha 

pssst: Siapa yang berminat untuk dapatkan khidmat Abang Harmi untuk sesi latihan debat.. Atau teringin nak jadi hakim pertandingan debat sekolah, bolehlah ke laman blog beliau..Kalau nak tengok pencapapaian beliau sebagai jurulatih, anda boleh lihat di situ.. Mengagumkan! :)


Sunday, January 5, 2014

EPISOD AKHIR BUKAN KERANA AKU TAK CINTA

Assalamualaikum..

Apa khabar semua. Wah, mesti korang pelik tengok tajuk kat atas tu kan? Yelah kan, dramanyer baru -episod berapa, aleh-aleh aku dah tulis pasal episod akhir.. Ha, entry kali ni, lebih kepada EPISOD AKHIR dalam novelnya dan REVIEW NOVEL BUKAN KERANA AKU TAK CINTA.. Hehe.. Sila jangan marah saya! Ampun!

Sebenarnya, masa mula-mula aku jumpa novel ni kat kedai, aku ingatkan ni buku MOTIVASI tau..Yelah kan, dengan cover cam tu..Style sangat. Rupa-rupanya baru aku tahu tu novel.. Heheh..


(cover yang sangat smart.. Nampak macam taraf antarabangsa sangat!!!!)

Then, masa tengok drama tu kat Youtube, orang duk cakap best.. Aku pun tengok lah..Pergh! Serius Nelydia Senrose dengan Shaarnaz sesuai diganding berdua.. Esoknya  terus aku pergi kedai, cari novel tu. Balik, apa lagi, terus baca lah. Haha..

Rasaku:

Serius, bagi aku novel ni SANGAT BEST! Sebab apa? Flow dia cantik, lancar jerk bila baca. Rasa maam nak melekat dengan novel tu.. Haha. Perkembangan watak yang sangat baik. Pembaca dapat mengekalkan ekspresi mereka bila kenal dengan lebih mendalam dengan watak Mastura dan Jebat. Sampai aku rasa, ada wanita-wanita yang baca novel ni, feeling-feeling dengan Jebat. Oh lupa, panggilan mereka Abang Jebat. Haha..

Sebenarnya aku tabik dengan novelis ni sebab dia berani main dengan isu Kongsi Gelap dalam novel ni. Aku rasa dia ada membuat kajian dalam menulis novel ni. Thumbs up!

Banyak part menarik dan geram dalam novel ni, lebih-lebih lagi masa part Arian (Iqram Dinzly) campak bunga yang diberikan Jebat untuk Mastura ke dalam tong sampah. Bila Mastura tahu jer, gigih pompuan tu cari dalam tong sampah. Padahal dia allergic dengan bunga. Tapi disebabkan Jebat yang bagi, maka dia sanggup dapatkan bunga tu. Siap tampar pipi Arian lagi! Mantap!!!!

Watak Mak Cik Sari dengan Fisya pula sentias amengundang tawa. Even watak sampingan dan hanya keluar sekali sekala, namun bila baca, rasa seronok tu bertimpa-timpa. Lawak sepanjang masa. Memang tak kering gusi dibuatnya.. Hehee..

EPISOD AKHIR BUKAN KERANA AKU TAK CINTA


(aku suka tengok permulaan drama ni.. Unik! Kreatif!!!! Memang menunjukkan yang Jebat dan Mastura dari dua dunia yang berbeza)

Aku membayangkan yang Jebat akan bawa Mastura tinggal dekat Dragon Villa miliknya. Takpun kat banglo besar pemberian Tok Ayah. Tapi still kat kotej tu.. Hehe..Yang penting Jebat dapat kerja baru. Siap boleh ajar seni mempertahankan diri lagi!!!! Oh yer, dalam final episod, jujur aku cakap, aku ditipu dalam novel!!! Bila baca diari yang ditulis Jebat untuk Mastura memang sayu. Lepas Jebat kena dengan pompuan jahat tu, aku ingatkan dia mati... Siap baca diari bagai, melawat kubur lah..Rupa-rupanya tak!!! Kubur tu kubur parents dia... huhu..Oh yer, tapi kesian jugak dengan Irine sebab dia jadi macam tu. Padahal muda lagi. Siapa agaknya yang bawak watak Irine dalam drama kan? Tertanya-tanya aku.

Nak citer lebih-lebih pasal part akhir ni macam tak sedap plak, takut tak suprise untuk penonton filem tu.Tapi kalau rasa cam tak sabar sangat, sila baca novel tu.,Memang berbaloi! huhu

Siapa aku bayangkan masa baca novel ni?

Kak Hannah, Abang Uwais, Abang Wahab, Fisya, Mak Cik Sari hatta Mastura dengan Jebat memang totally aku ikut drama. Tapi bayangan Shaarnaz sebagai Jebat kerap kali bertukar dengan Aaron Aziz. Haha.. Tapi Mastura still Nelydia. Sesuai giler dia dengan watak tu..

Irine plak aku bayangkan Carmen Soo (sesuai sangat aku rasa) , Tiger plak aku bayangkan Syamsul Yusof.. (Pengaruh KL Gangster lah ni)..Haha

Sebenarnya, untuk kepuasan berganda, better baca SUAMI KU BENCI dulu, baru baca BUKAN KERANA AKU TAK CINTA sebab ada kaitan antara kedua-duanya. Feel tu lagi berganda lah kiranya..Tapi aku ak baca pun SUAMI KU BENCI tu dulu, aku terus baca BKATC.. Still best bagi aku.. dan setelah membaca novel ni, aku merasakn novel ni antara NOVEL FEVERET AKU...
Aku bagi 5/5 bintang!!!! Sangat puas hati!!! Tahniah Kak Eman Sufi :)

Wednesday, January 1, 2014

REVIEW NOVEL FIXI | HILANG by DAYANG NOR

Assalamualaikum..

Entry terakhir untuk tahun 2013! Sikit lagi, sikit lagi sebelum menjelang tahun baru.. Harus laju-laju aku taip ni..huhu..

Ok, siapa sini peminat novel fixi? Angkat tangan semua! Tidak boleh angkat kaki okay! OK, TAK LAWAK!

Ha, aku merupakan salah seorang peminat novel FIXI.. Aku suka karya-karya yang unik dan lain daripada yang lain ni.. Tapi, tak semua novel FIXI aku baca.. Sebelum aku baca novel2 ni dulu, aku akan pergi ke GOODREADS dan search tajuk novel yang aku nak.. Kat situ aku akan tengok review..Kalau macam menarik, memang aku akan cari.. Now, target aku nak cari novel ASRAMA.. Alhamdulilah, baru order aritu ngan orang kat FB.. Tapi next week dapat katanya..Novel Hilang ni pun, aku beli dengan beliau lah..Heheh.. Novel second hand..Tapi good condition.. Yang penting just RM10 jer harga buku ni..

Sebenarnya aku nak review novel ni pun segan sebab yelah kan..Novel di mesti dah ramai orang baca. Tinggal aku jer yang baru nak baca.. Tapi takpew! Aku tetap tak kira..Haha



Jom kita review..

Novel ni bagi aku sangat menarik. Pertama sekali sebab COVER dia..Mula-mula aku pelik dengan buku ni, sebab tak nampak tajuk pun.. Tapi, bila dah belek-belek, eh, baru jelas tajuk dia iaitu HILANG..Memang tulisan tu sesuai dengan tajuk tu.. Hahaha..

Mengisahkan tentang Syaziman yang mencari adik kembarnya yang hilang iaitu Ikhsan.. Dia dibantu oleh penyiasat persendirian iaitu Jo. Dalam satu insiden yang janggal, dia bertemu dengan Khairani. Tanpa dia sedar, rupa-rupanya Khairani memegang kunci kepada misteri kehilangan Ikhsan. 

Masa, aku baca novel ni, aku bayangkan Syaziman tu Redza Minhat, tapi kejap-kejap bertukar jadi Aaron Aziz bayangan aku tu.. Hahaha..Jo pulak aku bayangkan sebagai Syarifah Amani! Sesuai sangat.. Khairani aku bayangkan Zara Zya.. Mencabar jugak lah aku nak bayangkan Shaziman tu sebagai Redza Minhat sebab kadang-kadang tetiber boleh plak terbayangkan Azlee Khairi. Ni mesti penangan Love You Mr. Arrogant rasanya.. Hahaha.. 

Okay, kembali kepada tajuk. Mereka berdua ni menjumpai pelbagai klu yang mengaitkan tentang kenapa adik dia ni hilang. Dan betul ker kembar dia ni hilang? Maklumat tu membawa kepada Jusoh. Kira watak jahat dalam novel ni lah. Tapi aku tak rasa macam dia jahat pun. Sebab aku suka tengok bila dia ambil berat tentang Khairani.

Tkenik penceritaan dia teratur sangat. Even diceritakan dalam dua situasi iaitu Syaziman dan Khairani dengna perbezaan masa yang berbeza, namun still teratur sebab atas bab tu dah siap tulis nama watak yang diceritakan dan tarikh.

AMARAN : SPOILER!
Cuma ada beberapa persoalan or benda yang kurang selesai bila aku baca novel ni,

1st : Macam mana Jo boleh tak perasan yang Ikhsan tu Syaziman, sedangkan dia boleh perasan dengan cepat yang Syaziman tu Ikhsan masa lelaki tu menyamar.
2nd: Apa motip Ikhsan bagi ubat tidur dalam minuman Jo. Kenapa perlu dia tulis balik maklumat baru dalam buku notanya? Adakah dia nak Jo selesaikan misteri tu sendiri.
3rd: Diberitahu yang Ikhsan tu tinggal kat rumah Datin Faridah selama `kehilangan`nya, habis tu camner Tania boleh jumpa dengan Syaziman yang menyamar menjadi Ikhsan. Siap bagi penampar lagi tu. Adakah salah satu dari rancangan Ikhsan atau ..entah... huhu

dan ada beberapa lagi, tapi dah lupa plak..hehe..

Paperpown, aku tak kisah sangat dengan persoalan aku tu, sebab novel ni best bagi aku. Aku enjoy baca novel ni sebab perkaitan wataknya menjadi dan jalan ceritanya smooth jer..

Untuk per 5, aku bagi novel ni 4/5 kerana aku rasa puas bila membaca dan minda aku rasa macam SEGAR BUGAR!!!! Berfikir jugak bila baca novel ni..Thumbs up Kak Dayang Nor!!! :)

pssssssst: Selamat Tahun Baru buat semua.. Semoga tahun baru ini membawa rahmat dan hidayah daripada Yang Maha Esa.. Amin.. :)

Saturday, December 28, 2013

JUARA IDOLA KECIL 6 | DANIAL JUARA IDOLA KECIL 6

Assalamualaikum..

Juara Idola Kecil 6 sudah diketahui. Seperti yang ramai jangkakan, tak lain tak bukan DANIAL CHUER from SABAH! Kekuatan vokalnya lebih-lebih lagi di nada tinggi memang tidak dapat dinafikan. Sejak mula-mula nyanyi lagi Bertamu di Kalbu dulu, memang semua tertunggu-tunggu Danial ni..hehe..

Selain Danial, aku minat DANI, EEQAH dan AJAQ! Even Ajaq keluar, terkejut gak waktu tu..Huhuhu.. Mula-mula target Eeqah num 3, tapi ternyata rezeki menyebelahi DANI.. Rasa nak menjerit plak! hahaha..Aku suka dengan suara serak-serak basah dia.. Kalau dah pecah suara ni, in syaa Allah boleh jual.. Mana tahu, suara serak-serak ala-ala Shawal AF5 dulu.. Korang ingat lagi tak? huhu..

Oh yer, ni keputusan penuh:

JUARA : DANIAL
NAIB JUARA : ABY
KETIGA : DANI


Tahniah diucapkan.. Buat yang tak berjaya pun tak apa, at least anda sudah melangkah jauh ke tahap ni.. Tapi ingat, pelajaran jangan lupa.. Yang paling penting, solat jangan tinggal tau adik-adik semua.. :)

picture credit to: IK6 FANS CLUB FB

FINAL YEAR DI IPG KAMPUS PENDIDIKAN ISLAM

Assalamualaikum..

Wah, sekarang dah 28 Disember 2013.. Lagi beberapa hari, akan masuk ke tahun 2014! 2 Januari 2014 pula bermula sesi kuliah yang baru untuk pelajar IPG.. Termasuk juga aku..

Sem ni merupakan final year untuk kami semua.. Seolah-olah baru terngiang-ngiang jerkahan abg senior bila minggu pendaftaran dulu, masing terbayang-bayang suasana mula mendafatar.. Hahahah..Ingat lagi, masa Minggu Pengurusan Pelajar Baru, tak silap aku diberi masa hanya 5 minit jer untuk tukar baju kuliah kepada baju SUKAN!!!!Perghhhhhh.. Gigih!!!  Dah lah aku duk aras 4!!! Hahahaha.. Tak sangka pula dah final year di IPG..

Maka, bermulalah PRAKTIKUM FASA 3 (selama 3 bulan di SK JUGRA BANTING)
INTERNSHIP (sebulan) juga di SK JUGRA BANTING
tidak ketinggalan ACTION RESEARCH yang perlu disiapkan dan dibentang..Ala-ala tesis gitewwwww..

Ya Allah, semoga segalanya dipermudahkan.. Hope korang tolong doakan aku berjaya juga yer.. Amin :)


Untuk kawan-kawan yang kita suka (ayat dari blog Zahiril Adzim).. Pasti rindu sama kalian:

PISMP 06 (Bahasa Melayu / Pendidikan Jasmani / Pendidikan Sivik dan Kewarganegaraan)


21 kawan-kawan segosip, segaduh, dan sekepala dan sebagainyalah..hahaahaha.. Azri (tiada dalam gambar)

CUCUR JAGUNG ISTIMEWA VERSI CIKGU FIQ

Assalamualaikum..

Sorry sebab lama tak update blog.. Hehehe..Kadang-kadang tu bila dah bukak blog, tapi rasa nak update tu cam tak der jerrrrr..haishs..Ni pun aku gagahkan jugak...Cehwah.. Ok, hari ni aku nak kongsi satu resepi.. Dalam Facebook yang aku post, aku bagi nama CEKODOK MERIAH (hahaahaha..tak tahu nak letak nama apa..meriah tu sebab byk bahan..huhu)..Tapi, bila fikir balik dan dilakukan sedikit post-mortem, eceh... Aku tukar, namanya CUCUR JAGUNG ISTIMEWA..Sebab apa? Sebab ada macam-macam bahan.. Meh cuba...

Bahan-bahan: (untuk hidangan ramai)

500 gram tepung gandum
4 biji kentang dipotong halus
1 tin jagung manis
1 bungkus daging cincang (rasanya 500 gram kot)
2 biji telur
1 sudu tepung penaik
1/2 biji kobis dipotong halus
3 biji bawang besar dipotong dadu
Air dan garam secukup rasa dibancuh sekali

Cara

1. Campakkan semua bahan tadi ke dalam adunan dan gaul dgn air garam. Agak-agak macam bahan tu macam banyak dan melebihi tepung, bolehlah tambah lagi.. Pandai-pandai agak yer..
2.Gaul sehingga adunan tidak terlalu cair dan tidak terlalu pekat.
3. Biarkan seketika
4. Panaskan minyak dan mula menggoreng
5. Agak-agak dah masak, bolehlah angkat dan makan. Siap! Senang kan?

Selamat mencuba.. Oh yer, ini hasilnya. Alhamdulilah... :)




Wednesday, December 18, 2013

SEMAK RESULT PMR 2013 MELALUI SMS

Assalamualaikum..

Tarikh keputusan rasmi Peperiksaan Menengah Rendah (PMR) 2013 ialah 19 Disember 2013 bersamaan ESOK!! Wah! mesti nerves kan semua! Boleh juga disemak secara SMS.. Macam mana nak check result PMR secara SMS? Macam kat bawah ni :


Ha.. So, good luck yer semua :)

credit to: MOE

Tuesday, December 10, 2013

ANDA KENAL SAM BAILEY?

Assalamualaikum..

Argh, sekarang aku tengah suka plak tengok 1 program realiti ni..Mesti kalau sebut korang tau punyalah.. Tak lain dan tak bukan semestinya THE X FACTOR UK 2013... Selalunya aku minat dengan THE VOICE.. Tapi The Voice 5 US yang sedang berlangsung sekarang ni agak bosan lah... So, beralih pula kepada THE X FACTOR UK 2013..

Ada sorang peserta ni, kalau tengok dari luar nampak cam biasa. Tapi bila dah start bukak mulut, PERGH! TERBAIK!!! Bagi aku suaranya klasik dan memukau.. Oh yer, dia juga merupakan seorang Pegawai Penjara untuk Lelaki tau.. dan umurnya 35 tahun.. Tapi suara dia memang superb! Memperkenalkan!!!

SAM BAILEY


 Ha, jangan terkejut tengok gambar atas tu.. Yang belah kanan tu masa dia mula-mula audition.. Sekarang dah jadi cantik! Kemain lagi.. Tu rupa baru dia di sebelah kiri...

Minggu ni around 14 Disember konsert final akan berlangsung.. Dia akan berentap dengan lagi dua orang peserta muda iaitu Luke Friend dan Nicholas Mcdonald.. Luke Friend tu selalu masuk bottom 2, tapi sentiasa selamat dan jadi pilihan juri... Nicholas Mcdonald dan Sam Bailey rasanya belum pernah lagi.. Aku rasa saingan sengit antara Nicholas Mcdonald dengan Sam Bailey.. Mantap!!!!


Yang atas ni Nicholas Mcdonald..Muda lagi rasanya budak ni.. Suara dia biasa jer bagi aku...


Yang ni plak Luke Friend.. Suara dia best.. Serak-serak basah...


Ok, meh tengok antara video Sam Bailey yang aku suka.. Dia banyak nyanyi lagu yang famous.. Boleh tengok kat Youtube.. Tapi video ni even aku tak tahu lagu ni, tapi aku boleh enjoy plak bila dengar..huhu..




Siapakah yang akan menang? huhu


LinkWithin

Related Posts with Thumbnails