Saturday, December 11, 2010

SUARA PEOPLE[dot]COM SANGAT GEMPAK



“Kontest Tulis & Menang adalah Sponsor By SuaraPeople[Dot]Com & Gempak[Dot]Org

Assalamualaikum anak-anak murid sekalian. Walaupun cuti-cuti ni sekolah banyak yang dah tutup, tapi cikguFiq tetap berkeras nak ajar anak-anak murid sekalian tentang PANTUN!!! Sempena pertandingan yang dianjurkan oleh Suara People dan Gempak[dot]Org ni, kita akan belajar serta menghayati seni-seni pantun merepek alaf baru yer...Boleh dipraktiskan dalam kehidupan sekalian. Jadi, untuk belajar tentang pantun, kita kena tengok macam mana orang berpantun. Ada sesiapa yang tak pernah tengok? Ha, meh sini, kita saksikan Pertandingan Pantun Piala Puteri Kedondong.

JOM......



Bertemu kita kembali dalam Pertandingan Akhir Pesta Pantun Piala Puteri Kedondong. Sempena pertandingan yang meletup-letup ni, pihak Puteri Kedondong berbesar hati untuk menetapkan tema pada kali ini iaitu :

SUARA PEOPLE[dot]COM SANGAT GEMPAK

Wah, sebuah tema yang sangat cemerlang, gemilang dan terbilang..Agak susah ya.Tapi, saya yakin pasti pemantun-pemantun kita pada hari ini dapat berpantun dengan mudah.Ayuh, kita berkenalan dengan pemantun-pemantun kita pada hari ini.

Disebelah kanan saya, diwakili oleh pemantun dari kumpulan KEROPOK POLI..Dengan slogan (Majulah Pantun untuk Negara). Apakah itu keropok poli? Ha, itu yang kita tak tahu.. Di sebelah kiri saya pula, wakil dari kumpulan SI LENTIK... Dengan slogan Tenuk di Korea disusukan, Anak Ikan di Malaysia mati kelaparan. Ha???!!! Apakah itu, macam tiada kena mengena dengan pantun. Argh..tidak mengapalah ya.

Tanpa membuang masa, kita persilakan Nenek Diva dari Kumpulan Keropok Poli untuk menjual pantun.Seterusnya akan dibeli dan dijual secara selang seli sehinggalah ke pamantun terakhir. Dipersilakan.


Yo...yo..yo...Bersama dengan Nenek Diva untuk memulakan sesi pantun. Errr..apo lah yang den nak mula ni aei?? Argh..den belasah jo lah..

Nasi lemak berulamkan timun,
Rambut Rapunzel nenek lurutkan,
Selamat datang semua pemantun,
Ucapan aluan nenek sajikan.



Wah, tak boleh jadi ni. Kena balas gak ni..Nenek ingat dia diva, dia cantik???
Biar adik yang beli pantun ni.

Salam aluan kami terima,
buat simpanan di dalam dada,
siapakah dia penganjur acara,
kalau bijak cubalah teka.



Apolah sonang soalan yang dia bagi ni aie. Kocik-kocik dah pandai nak main teka-teki.
Den nak jawab pown raso goli ketiak den ni ar. Tak po, kang kalau tak jawab kang, kalah. Biar jang yo yang jawab.


Mariah Kari rambut berseri,
rambut serupa penunggu puaka,
Gempak[dot]Org jawapan diberi,
tidak dilupa SuaraPeole juga.



Wah...cemerlang nok.
Ala, kenapa sekarang tiba giliran mak. Nok, mak gementar nyah. Macam mana ni. Tolong nok..Tolong. Baiklah, dengan kuasa bulan, akan menghukum mu..Eh, apa mak merepek ni nok.Argh..mak hentam saja lah.

Lady Gigi menjual guni,
guni berisi gigi pusaka,
Gempak sangatkah SuaraPeople ni,
kalau pandai cubalah teka.



ARGH!!!!! Panas!!! Panas!!!! Panas telinga aku dengar.
Sekali lagi soalan senang yang diberi. Kenapalah tiada soalan yang mencabar. Buang peluh aku jawab pantun ni.

Mak Cik Senah bertumit tinggi,
disimpan elok sampai ke mati,
Tentulah info yang berkualiti tinggi,
serta jenaka mencuti hati.



Hmmmmmmmm...rupa-rupanya ni lah sebab kenapa SuaraPeople ni gempak rupanya. Tak mengapa. Biar aku tutup pesta pantun kali ni.Tak kuasa nak melayan dah. Letih mak!

Beg CONVERSE di kedai nyonya,
menjadi kegilaan semua remaja,
Begitu gempak SuaraPeople rupanya,
moga menjadi tauladan bersama.


Wah....memang tidak dapat dinafikan kehebatan para pemantun kita pada kali ni.Yang sorang jual, yang sorang lagi pula beli. Sampai boleh beritahu betapa GEMPAKnya SuaraPeople[dot]com kita.. Oh ya, adakah anda ingin tahu kehebatan kedua-duanya. Jangan lupa untuk klik.

SuaraPeople[dot]Com
Gempak[dot]Org

Jadi, adakah anak murid sekalian sudah tahu berpantun. Jadi lepas ni, diharapkan agar bila berada di mana sahaja, kita berpantun lah ya. Nak pergi ke tandas ker, kuliah ker, mahupun segala urusan rasmi di pejabat pos...huhuhuh

8 comments:

Suarapeople Dot Com said...

done thanks!

Unknown said...

Samer2....
huhuhuhh.......

Cik Aied said...

amboi! cmerlang! hihihi

CETUSAN SEIKHLAS RASA said...

Good luck.... menarik!

Unknown said...

cik aied....
hahahhhha...
cemerlang sg tlah..
thx :)

Unknown said...

Fuziani....

huhuhuh..
thx a lot.. :)

ijam ismail said...

=)
ape ni dek??

Unknown said...

ijam

contest lah..
knp?

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails