Friday, March 18, 2011

Betul ker Orang Melaka Mulut Lahar?

Assalamualaikum....

Aku sebenarnya dah lamer nak wat entry ni, tapi blom ader kesempatan.. Aritu aku pergi blog PLATIPUS, dia pown ader wat entry lebih kurang cm ni..Cuma citer tentang org Melaka tu, tak banyak yang diselitkan..Jadi kali ni aku nak tambah sket bagi cukup sedap dan mantap..huhhuhu.

Ok, sebut pasal Melaka.
Aper yang kau bayangkan?

Buah Melaka?
Tapak Warisan dunia?
Tinggalan sejarah yang menarik?
Atau mulut lahar warga Melaka?

Eh, cop..cop..Orang Melaka jangan cepat melenting..Baca sampai habis entry ni..

Betul ker orang Melaka ni mulutnyer puaka?
Amboi..sedap sedap mulut kau jerk bercakap kan?
Kau pernah rasa ker macam maner puaka tu?
Memang tak dinafikan orang Melaka kalau cakap, ader yang main sembur jerk..
Tapi, kau kena ingat, kami bukan main sembur dengan orang yang tak kenal..
Kadang-kadang dengan kawan-kawan rapat jerk mulut kami agak puaka..
Tapi masing-masing dah cmtu kan..So, hati pown masing-masing bak kata orang dah lali dah..

Kalau dengan orang yang tak kenal plak, macam contoh satu situasi di mana org Melaka membeli Nasi Lemak kat Pasar Malam..Pastu org yang menjual tu plak, muka cam taik..Tak nak senyum..So, pasti orang Melaka tu akan tegur..


Kak, lain kali muka manis sket yer..baru pelanggan suka..


Ha, bukan kah kalau macam tu untuk kebaikan jugak?
Aku rasa tak semestinya org Melaka yg berani menegur, mereka-mereka yang lain pun berani jugak kan?

Tentang isu pergaulan orang Melaka dengan negeri lain plak...
Kadang-kadang aku taU ader mereka-mereka dari negeri lain yang cepat terasa dengan aper yang orang Melaka cakap..
Tapi, ntah lah aku rasa kami memang tak perasan kottttt..
Sebab dah biasa..Mungkin pada kau isu perkataan HAWAU tu sangat hawau di telinga kau..
Jadi, kau nak terasa?
Hurm.......
Kadang-kadang aku terpikir, macam mana nak buka minda masyarakat bahawa
TAK SEMUA ORANG MELAKA BERMULUT LAHAR.

Sebab aper?
Bagi aku mulut lahar tu bukan dtg berasalkan asalk kenegerian seseorang,t api berdasarkan HATI kan? Dari hati maka terus ke LIDAH, maka terus TERlahar..Boleh?

Tapi aku akui kadang-kadang mulut aku ni agak Lahar jugak lah..Budak-budak kelas aku memang tau.Tapi kan, aku sedaya upaya mencuba untuk menjaga hati kawan-kawan bila bercakap..Tapi, aku tau mesti ada yang terasa jugak kan?
So, cara aku bila nak menegur orang adalah bercakap dalam keadaan macam aku sedang berlawak..

At least benda tu macam melawak, tapi apa yang aku sampaikan tu rasanya tepat menusuk di kalbu..huhuhhu...Tapi, aku rasa dengan cara aku bercakap dalam keadaan bergurau tu, tak lah kawan aku tu terasa sangat kotttttt..

Lagi satu berkenaan dengan MENCARUT! Aku bengang betullah kalau kawan-kawan aku kaitkan MELAKA dengan MENCARUT!
Hei!!!!! Kau ingat orang Melaka jerk ker yang mencarut...Eeeeeeee..GERAM!!!!
Walaupun aku rasa banyaklah juga aku ni TERCARUT, sampai kadang-kadang kawan aku ni tegur:

FIKRI, BAHASA MELAMBANGKAN BANGSA..

Entahlah..aku rasa cm dah terbiasa..Lagipun aku gunakan perkataan carut tu, kadang-kadang untuk melawak..Sebab biler aku dah TERcarut, kawan-kawan aku selalunya akan tergelak..Tak taulah mereka gelak pura-pura ker haper..hurm...

Sorry yer kepada mereka yang terasa, entry ni bukan tujuan untuk membuat isu kenegerian..Tapi, nak bagi samer2 berfikir, betul atau tidak..Kalau orang tu dah terbiasa bermulut lahar, kalau kau tak puas hati..Cuba cakap elok-elok..Jangan kau pun turut samer nak bermulut puaka jugak..Kang tak pasal-pasal timbul permusuhan..Camner kita nak maju kalau masing-masing bergaduh sesamer sendiri..Kan?

Daaaaaaaaa..Salam.. :)

11 comments:

Puan Nurussalwa said...

tak kiralah dari negri mana pun..
bahasa mmg melambangkan sapa kita..

sepatutnye, fikir dulu seblm kata apa2..
sape2 pun lah.. pandai2 sendiri.. xya nak salahkan negri mana2.

aitotyati said...

dah 10tahun ddk Melaka.

yang mulut lahar, mmg lahar betul!!
yang berbudi bahasa, mmg berbudi bahasa.

tapi kalau Ai nampak kereta buang sampah keluar dari tingkap kereta, memang hawau la orang tu.


;P

storyfromme said...

budi bahasa seseorang tu bukan berdasarkan asal keturunan dorang.tapi berdasarkan hati.

Awan Biru said...

First time dengar isu ni.
Semua penduduk negeri mana-mana sama saja. Tidak semestinya Melaka saja. Jika teguran untuk kebaikan tidak mengapa.

Malaysia kita ni kecik saja, kalau kita gaduh sapa maw jaga?

pika ruslan said...

haha..cikgu fiq,same goes wif me..
mmg da bese ckp cmtu,kdg2 mmg ade org terase,pdhl sy x sdar pon..kdg2 dorg tego gak..hee

pasal mcarut no komen laa..ade yg anggap bnde tuu cm pnyedap ayt jekk,bukan nk carut kat org tuu btol2 pon..hehe..n mmg tipu laa kalo ckp org mlke jekk yg suke mcarut..hee

ape2 pon,very nice entry..like it!!~:)

Ammar said...

lahar gunung berapi ke?bhahahaha

ijam ismail said...

Xpenah lg ko wat aq terasa ngn kata2 lahar ko 2..hikssssss
xsmua owg leh terima kata2 pedas arn...gitewwwwwwwwwwwwww
=P

.drakula. said...

bukan lahar lagi hampir2 lahk..t! kah2...aku pun terlahar ...

Opah Kentang said...

memang betol pun cikgu!
Ramai yang dari negeri lain merasakan Melaka nie negeri kasar.
cakap kasar dan sebagainya.

Bagi Opah la orang melaka.Memang orang melaka akan cakap kasar dengan orang yang mereka rapat.
Tapi kalau tak rapat.cakap macam biase jugak!

Hawau labahau dan perkataan yang sewaktu dengan nya adalah salah satu bahasa mesra dalam kalangan orang melaka..

wahhhh.. Opah dah macam buat karangan..kekeke.

Ape2 pun kalau orang tu ikhlas kawan ng kite. Tak kesah kite ni cakap cmne pun.ye tak?

Taufiq Arifin a.k.a. Topimagine said...

dah pernah wat entry pasal ne.. hehe.. orang melaka memang mulut puaka siket.. tapi hati baik beb :)


ORANG MELAKA KUAT MAKI

syufaa said...

huhh..ini sangat betol..kadang2 bhs or slang negeri tu je agak kasar..bukan mulut puaka..maybe kdg2 agak pedas la bhs org melaka ni, tp kite kne phm, n tgk pd situasi mse gunekan ayat2 puaka..hehe.. :D

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails