Monday, March 14, 2011

SAPER NAK JADI CIKGU? ANGKAT TANGAN SKRG!

Assalamualaikum...


Aku sebenor-benor dan sebenarnya..oh bulan..enggan melayan diriku lagi, pabila ayer mata membasahi pipi..(eh, tetiba plak keluar lagu Yuna ni..ish..)
Ha, aku sbnrnya dah lamer nk wat entry ni, cuma kemalasan dan keBUSYan itu melanda..(ala, alasan jerk tu)..
Ok, aritu aku berjimba-jimba di blog kawan aku iaitu MERAPU ITU SENI! (kredit to him..tepuk sket..tepuk lagi..lagi..Thankz zul!)
So, dia ada wat entry pasal:

PERMOHONAN KURSUS PERGURUAN LEPASAN SPM (KLPSPM) SUDAH DIBUKA SEKARANG!

So, tu lah aku rasa tertarik nak war-warkan kat sini..Meh lah join yer..
Adik2, kakak-kakak, abg2, meh join meh..Best tau masuk maktab ni..Kan kawan2 seperguruan?
Ok, sebelum tu meh kita baca syarat2 yg sempat aku COPY TEH dari blog Merapu Itu Seni..(sorry zul..ala, kawan2 kan, aper salahnya dak?) Eh, tapi aku ada tambah sket2 syarat ni supaya jd menarik..huhuhuh..


Antara syarat kelayakan untuk mengikuti program ini ialah :
1) Warganegara Malaysia. (Kalau Korea ker, Zimbabwe tu tak boleh yer..Jgn nk menggatal plak..)

2) Umur tidak melebihi 20 tahun pada 20 Jun 2011 iaitu lahir pada atau selepas 20 Jun 1991. (Kalau berumur 98 dan ke atas tu, mintak maaf yer nek. Cucu tak mampu nak cakap aper..

Cantek nenek di atas yer..

Jgn sedih nek.. Tak mo nangis..Tak mo nangis..)

3) Calon hendaklah sihat fizikal dan mental. Saper yg meroyan tu, tidak digalakkan yer..

4) Calon hendaklah aktif dalam kegiatan kokurikulum. (ini perlu yer..lg aktif, lagi bagus..tapi, kalau ko aktif dalam bidang, modelling, sampai jadi juara Tanah melayu Next Top Model tu, tak tau lah nak cakap aper..huhhuhu)

5) Mempunyai kelayakan akademik di peringkat Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dengan cemerlang dalam mana-mana tiga matapelajaran DAN sekurang-kurangnya kepujian dalam tiga mata pelajaran berikut:

-Bahasa Melayu

-Sejarah

-Satu matapelajaran yang lain serta

-LULUS Bahasa Inggeris




Cara memohon:

1) Permohonan hanya boleh dibuat secara dalam talian (online) dengan melayari laman sesawang Kementerian Pelajaran Malaysia di alamat : http://www.moe.gov.my mulai 07 Mac 2011.
Cepat sket mohon..Bak kata Zul, Sebarang surat menyurat, poskad memoskad, surat layang mahupun layang layang adalah tidak diterima.

2) Beli no. PIN yang berharga RM6.00 kat mana-mana mesin ATM Bank Simpanan Nasional. Bagi yang dah ada akaun BSN boleh gak guna BSN Internet Banking atau BSN SMS Banking.

3) Sorang boleh memohon sekali ja.
Kau jangan nak menggedik plak mohon byk2 kali, pastu guna nama adik kau yang baru lahir, tak pun nenek kau yang baru lalik umrah..Bak kata Zul (zul lagi,...) ini bukan pertandingan teka silang kata. Mohon banyak banyak kali tak bermakna anda akan terpilih. Calon dipilih berdasarkan kelayakan.

4) No. PIN yang dibeli boleh digunakan untuk menyemak dan mengemaskini permohonan. Proses kemaskini hanya dibenarkan sebanyak 3 kali sahaja. Buat Solat Sunat Istikhoroh dulu sebelum pilih program. Kang tak memasal menyesal.


Utk maklumat serta perincian yang lagi terperinci, sila KLIK SINI!

So, selamat mencuba yer...InsyaAllah ada rezeki tu, ader..
Saper yg masuk maktab ni kerana terpaksa, tak mo lawan cakap nenek moyang (yelah kan, manalah tau nenek moyang kau tak pernah ada yang jadi cikgu)..tak pew..lamer kelamaan nanti kau sendiri akan rasa syok bergelar cikgu..Serius..
Saper yg berjaya tu, selamat datang ke bidang perguruan..

Tak sabar rasanya nak tunggu junior..huhhuh :)

12 comments:

Leeya said...

sy...!! xnk.. ^___^

Gadish Lollipop said...

tak nak jadi cikgu . tapi nak bakal suami yg kerja sbgai cikgu . hehehe

storyfromme said...

kalau orang yang ada ade degree nak jadi cikgu takde ke?tapi bukan amek degree pendidikan.ade peluang tak?

akmal said...

minat tu memang ada tapi tak de rezeki lg. dah dua kali apply, still tak dpt gak..huhu

Cik Syira said...

Adeh dulu masa nak tak de pon...

ijam ismail said...

IPG ni xsmua dpt..and dy xpilih owg yg pndai...ingat..dy xpilih owg yg pndai dm akademik j ok...and pmilihan mmg secara random...so.................................byk2 lah berdoa..coz owg yg lucky j dpt...sgt beruntung kalo dpt...

good luck...
=)

~SYAZ~ said...

nak jadi cikgu..
tapi mslhnya sekarg bukan amek kos perguruan la... :(

nabielahuda said...

nak try nak try! :D

A.s.t.i.n.a said...

Saya pernah jadi cikgu.. maka saya rasa saya sgt tak sesuai.. sebab saya sgt sensitif..

iqapika said...

ada gak course so called -pelajar cemerlang ke luar negara- ntah ke pebende..

course2 yg ditawarkan

bio
addmath
phy
chem
pendidikan khas

utk yg neh, addmath plg kurg nak b4..

wlupun result korg ckup2 makan addmath b4, peluang utk dpt course2 kt atas neh sgt susah.. tp, doa je la.. insyaAllah ada rezeki dpt jd cgu bio segala..

tp, nak jdc cikgu, sila fitkan badan ok.. byk physical activity yg best ada spnjg course.. uhuhuu..

elaun mmg byk tp..

cikgu fiq, sy rasa da leh wat entri lak kat comment box neh.. heh

zazaw said...

aku kan fiq
kalau jadi cikgu
mahu punah ranah anak murid aku
HAHAH

syana mizwateva said...

after spm 2009...ad mintak..tp xda rzeki..huhu...skunk ase mls la plak nk mintk..huhu...stay jela kt u 2..hehe

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails