Tuesday, May 10, 2011

Biar Betik?- Hantar Guru BM ke Luar Negara.

Assalamualaikum..

Pagi-pagi tadi, kawan aku si Asrar beria-ia beritahu aku pasal berita ni..

Fikri, tadi aku baca surat khabor... Guru BM akan dihantar ke luar negara..

Aku pun berkata:

Yeker Asrar?

Dia berkata balik:

Tapi CADANGAN jerk lah..

Tiba-tiba aku terfikir, kalau betul, Alhamdulilah.. Perkara bagus untuk diteliti dan dikaji semula.. Hal ini bertujuan untuk mengajar anak-anak Malaysia yang berada di luar negara kerana kekhuatiran kita bahawa takut-takut mereka tidak tahu berbahasa Melayu.. walhal mereka itu orang Melayu kan? Lagi pun, boleh jugak mereka tahu dan belajar serba sedikit tentang kebudayaan dan kesantunan orang Melayu .. Yelah kan, takut-takut nilai-nilai estetika dan keunikan bangsa Melayu itu sendiri, luput ditelan zaman..

Oh yer.. Ni berita penuhnya:



Kerajaan teliti cadangan ajar anak warganegara bahasa, budaya Malaysia

   MUHYIDDIN   beramah mesra dengan pelajar Malaysia di Denmark pada majlis makan malam bersama komuniti Malaysia di Copenhagen semalam.


KERAJAAN akan meneliti cadangan untuk melatih dan menghantar guru bahasa Melayu bagi mengajar kanak-kanak warga Malaysia di luar negara.

Langkah itu adalah susulan cadangan Malaysian Danish Association (MDA) yang kebanyakan ahlinya bekerja dan menetap di Denmark, yang bimbang anak mereka tidak tahu langsung berbahasa Melayu dan tidak mengenali budaya negara asal-usul mereka.

Ia disuarakan sendiri pengerusi persatuan itu, Poo Chu Chua, pada majlis makan malam bersama Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin di sini, malam tadi.

Muhyiddin yang juga Menteri Pelajaran yang berada di sini untuk menghadiri Mesyuarat Ketiga Menteri-Menteri Pelajaran Asia Eropah (ASEMME) di Axelborg Hall berkata, cadangan sama pernah disuarakan warga Malaysia yang menetap di London sebelum ini.

"Kita boleh mengkaji perkara ini kerana ia sesuatu yang baru. Kita perlu teliti kerana ada implikasi kos. Kita kena teliti berapa ramai anak Malaysia di luar negara perlu diajar bahasa Melayu dan di mana kelas kita nak adakan?.

"Kita juga perlu kaji bolehkah Kementerian Pelajaran menghantar guru ke sini, atau kita bawa orang kita di sini ke Malaysia untuk dilatih dan mereka boleh balik semula ke sini untuk menjadi tenaga pengajar, kerana mereka menetap di Denmark," katanya pada sesi dialog selepas makan malam bersama lebih 100 rakyat Malaysia di Denmark di sini.
Ini semua kata Timbalan Perdana Menteri perlu diteliti kerana Malaysia juga mempunyai kemudahan untuk memberikan latihan, namun kurang pasti sama ada boleh menghantar tenaga pengajar tetap di negara ini.

"Tapi bahasa Melayu tidak terlalu sukar. Ada orang kita boleh mengadakan kelas dan memberikan kelas antara satu ke dua jam sehari, kita boleh teliti perkara ini," katanya.

Justeru, Muhyiddin mengarahkan MDA mengemukakan butiran terperinci, dengan beliau akan kaji sama ada kementerian boleh menghantar tenaga pengajar atau melatih orang untuk dihantar ke sini.

Dari segi buku teks kata beliau, Kementerian bersedia menghantar buku bahasa Melayu secara percuma dari Malaysia untuk kemudahan kanak-kanak Malaysia di luar negara.

Terdahulu, ketika mengemukakan isu berkenaan Chu Chua yang juga seorang pensyarah yang bekerja di sini berkata, mereka mempunyai anak kecil dan mereka mahu melihat anak-anak mereka belajar bahasa Melayu serta faham dengan budaya Malaysia.

Justeru beliau mahu Kerajaan Malaysia khususnya Kementerian Pelajaran memberi sokongan kepada persatuan itu, bagi menganjurkan kelas berkaitan, sekali gus mendapatkan tenaga pengajar.

"Kita tidak ada sukarelawan untuk mengajar bahasa Melayu dan budaya Malaysia supaya anak-anak kami, biarpun jauh di luar negara, masih memiliki bahasa dan budaya yang dibawa bersama mereka,” katanya

credit to: BERITAHARIAN

JADI, KEPADA BAKAL-BAKAL GURU DAN MASYARAKAT,
APA KATA ANDA?

6 comments:

Cik Nin said...

aah, cik nin pun dgr jgk smlm. klau btul bguslah. xdela bhs mlayu ni dipinggirkan. ni yg tetiba rasa nk jd ckgu bm ni. hak2

Cik Aied said...

fuhhh..cemerlang la...

Kira Kekuri said...

ohh Fiq,ada terbaca ni dekat berita semalam..aku pon terkejut..kalau mcm tuh,alangkah bertuahnya cikgu2 BM kn?

bantalbucuk said...

wah..bagus juga kalau camtu..satu langkah yang bagus..

emieysandra said...

anak2 org Malaysia yg ada kt luar ngara tu msti ank2 org kaya kan..mostly la, better kementerian pendidikan tumpukan dulu pd pndidikan d kg2..byk ag sek yg perlukan peruntukan dan kerajaan mesti fokuskan hal dlm negara ni dulu^^

just pendapat.

storyfromme said...

wah,bagos la kalau macam tu.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails