Friday, June 17, 2011

LADDA LAND - BERJAYA BUAT AKU MENJERIT!

Assalamualaikum...

Semalam aku ada bagitau yang aku tengok 2 movie dalam satu hari iaitu GREEN LANTERN dan LADDA LAND.. Semalam aku dah review pasal GREEN LANTERN, kali ni aku nak review pasal LADDA LAND plak...

Masuk jerk panggung, maka cerita pun start lah.. Permulaan cerita aku rasa agak slow... Sebab menampilkan suasana baru pindah-pindah rumah, kemas rumah.. Oh..aku rasa mengantuk dah..
TIBA-TIBA! Masa Thee (watak LELAKI utama) pergi berjoging waktu pagi, dia tengok ada orang tengah siram pokok dekat sebuah rumah yang dah lama tak dihuni.. Dia pun pelik...

http://koolcampus.files.wordpress.com/2011/06/ladda-11.jpg

budak ni sangat comel! :)

Then, masa bini dia PARN (heroin citer ni) balik dari ambil anak kat sekolah, bini dia tengok mayat perempuan kat rumah yang tak dihuni tu dijumpai mati dalam PETI AIS! Ha, start dari situ, seluruh taman perumahan porak peranda.. Bukan setakat tu jerk, keluarga Thee ni pun porak peranda plak...


(budak ni berani betul masuk dekat rumah hantu tu..Lepas tu, kawan dia pergi kunci dari luar..Kuang asam tak?)

Pergh...ditambah pulak dengan jiran dia yang pelik.. Rupa-rupanya keluarga jiran dia tu dah mati selama beberapa hari.. Mayat budak lelaki ditemui BERLUBANG kat MUKA..giler kau..Meremang aku tengok citer tu...


http://koolcampus.files.wordpress.com/2011/06/ladda-5.jpg
masa ni mak dia tak percaya yang anak dia tengah main nyorok-nyorok dengan hantu rumah sebelah yang muka berlubang tu..heeeeeeeeee ~~~~

Citer ni sebenarnya menampilkan banyak plot dan konflik, bukan sahaja konflik hantu, tapi konflik kekurangan duit, kena tipu dengan syarikat yang kurang hajar, konflik anak dengan bapak, mak mertua, macam-macam lagi lah.. Tapi, yang menariknya, even banyak plot dan konflik ditayangkan, tapi LANGSUNG tak serabut.. Semuanya tersusun dan diakhiri dengan cantik...

Cuma aku still tertanya-tanya, ke mana menghilang hantu yang mula-mula muncul tu.. Sebab biler start jerk kisah hantu jiran dia tu, hantu yang mula-mula tu dah tak der watak dah.. Hurm,..

Adegan yang paling aku ingat dalam citer ni masa Thee tak puas hati dengan kucing jiran dia.. Sampai dia sepit kucing tu kat tepi pintu sampai mati.. Damn..KEJAM! Argh!!!!

Anyway, aku tak nak citer macam-macam, nanti tak suprise..
Aku bagi filem ni 9 setengah/10 markah!

DAN diCOP sebagai MESTI TONTON!

picture credit to: SINI

9 comments:

AMMAR YASIR said...

Macam best je cite ni

cucu umie said...

ala, hang nie dok review buat aku nak rase menonton jer wayang esok..huhu

..cik gugu.. said...

ngeri je...

al_hakim said...

dasyat mu cikgu...

Ieda Al-Habsyi said...

nak tgk lah! :)

sugar2 kapas strawberry said...

macm best!

imah said...

OH!! imah tak minat cerita hantu =P

erma nazillah said...

alahai..da bkurun x pegi cinema..cam bez jek..hehe

Kehoe Cheong said...

Saya baru tengok tadi.Sangat best,lama tak menonton cerita seram yang berkualiti seperti Ladda Land.

Saya boleh kata saya hanya mampu ketawa melihat cerita seram tanah air seperti Senjakala,Karak dan Khurafat...

Ladda Land membuatkan RM10 sangat sangat berbaloi.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails