Saturday, June 11, 2011

Review Filem Hoodwinked Too.

Assalamualaikum

Align Center
Alhamdulillah, arini aku dapat menonton filem animasi 3D kanak-kanak iaitu Hoodwinked Too..
Tapi, aku tak boleh nak taip panjang-panjang or merepek meraban sebab perut aku sedang sakit sangat..rasa nak buang air jerk ni...

Ok, filem ni sememangnya kelakar.. Walaupun aku tengok 3D dan takder subtitle, tapi aku still lagi boleh faham lawak dia tu..Hahahahaahaha...Aku boleh gelak kuat-kuat.. Lagipun, tadi tak ramai sangat tengok filem tu..So, aku boleh lah gelak kuat-kuat ..Kalau ramai, terpaksalah cover gelak..

Dari segi animasi, memang terbaik.. Aku suka..Watak-watak dongeng yang ditonjolkan dah ala-ala macam filem MAGIKA lah plak..Tapi, MAGIKA, dongeng Melayu, yang citer ni DONGENG INGGERIS.. Lepas tu plak, setiap watak-watak dongeng dalam citer ni semuanya dah canggih manggih.. Aku paling tak boleh blah tgk Nenek Red Riding Hood tu.. Sangat aktif woo.. Siap boleh join agen perisik lagi.. Hahhaahaha..



Dalam filem ni jugak, kau boleh tengok perselisihan antara SERIGALA yang nak makan neneknya dulu dengan Red Riding Hood.. Tapi, dalam filem ni, sebenarnya serigala tu baik..Tak der lah jahat sangat cam dalam citer dongeng yang betul tu.. Ha, Red ni still gak cam tak baper suka lah dia ditugaskan untuk bersama-sama menyelamatkan Nenek Red Riding Hood yang diculik oleh Nenek Jahat yang wataknya dalam filem Hansel and Gretel..

Kau jugak boleh tengok KELAINAN watak Hansel and Gretel.. Aku rasa nak mencarut jerk.. Haish..nak tahu dia buat aper? Tengok lah sendiri yer..

Oh yer, nenek Red Riding Hood tu rasanya menganggotai pasukan perisik ala-ala cam CSI kotttt.. Tapi, nama pasukan ni HEF! (Happy Ever After) dan diketuai oleh katak yang bernama Nikki dan ada pasukan yang terdiri dari Mary Has A Little lamb.. hahahaa.. Sengal kan?

Aku paling tak boleh blah dengan watak kambing yang selalu menyanyi..tapi, asik ditimpa malang..memang lawak..Lepas tu ada KELAB MALAM GIANT AND THE BEANSTALK..
Over jerk..tinggi giler kelab malam tu..Sengal...

Tapi, aku rasa, lagi prefer tengok yang biasa dari yang 3D.. Kalau tak tadi, aku nak amik yang biasa, tapi takder..So, tengok jerk lah yang 3D... Aku bukan aper, kalau tengok 3D, mesti tak der subtitle.. Dah lah english punya slanga tu laju semacam.. Jadi, aku nak tangkap tu rasa cam..ntahlah... ader gak aku terlepas banyak part untuk aku faham... Kalau ada subtitle, boleh jadi panduan..Kan?

Hurm..btw, aku bagi filem ni 8/10 bintang...

Dan Di COP Sebagai HARUS TENGOK! :)

2 comments:

Jujurara said...

ahaha..skt pwot?aiyoo..wah best ek??nk ngk la..*tapi selalu nyer tak sempat..=_="

emieysandra said...

nak tgkk!

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails