Sunday, July 17, 2011

KAU PERCAYA TAK AKU MASUK PERTANDINGAN MEMASAK?

Assalamualaikum....

(gigih kah kami?huhuhu)

Ha, aritu kat maktab aku ada menganjurkan pertandingan memasak... Sebenarnya, aku just tak serius pun nak masuk pertandingan ni.. Tapi, malam sebelum bertanding, iaitu around pukul 11 malam.. Baru kawan aku bagitahu nak masuk pertandingan memasak.. So, aku pun join lah.. Aku memang suka main masak-masak ni.. huuhuh..

Kau bayangkan, pukul 11 -12.30 malam ktorang decide bahan dan recipe... Lepas tu pukul 2.00 petang, kawan aku keluar beli barang.. Pertandingan start pukul 2.30 petang.. Pergh..serius rushing giler kottttttt.. Hahahaahha.. Gelabah jugak masa tu...


bergambar bersama NAIB YDP(1) Majlis Perwakilan Pelajar IPG SELURUH MALAYSIA...

Ok, untuk petandingan ni, pihak penganjur kata, peserta kena masak masakan tengah hari lengkap yang berunsurkan sihat... Jadi, menu yang ktorang pertaruhkan adalah:


NASI RESTU BONDA..
TELU DADAR SEGEBU-GEBUNYA...
KOKTAIL BUAH
AIR SASODA.. (sarsi+soda..haahhahaha)

Ha? Apa tu nasi restu bonda? Yes..itu merupakan resepi ciptaan ktroang... Hahahahaha.. Serius weh.. Aku amik resepi yang ktorang dah tahu masak, lepas tu ubah jerk lagi nampak menarik, tertarik dan meletup-letup... Macam air sarsi + soda tu pun, ktorang ubah sendiri..

Nasi Restu Bonda tu sebenarnya gabungan Nasi Herba, dimakan bersama Ayam Berempah yang digoreng bersama bijan, kemudian ditaburi dengan kuah paprik.. Lepas tu makan dengan Telur Dadar Segebu-sebunya dan timun..Pergh..serius aku suka lauk ni..
Orang lain pun alhamdulilah suka lauk ni..

(AYAM GORENG BEREMPAH BERSAMA BIJAN DAN KUAH PAPRIK - PANJANG GILER NAMA..HAHAAHAH)

Mula-mula aku ingat, menu ktroang tak dapat sambutan tau.. Tapi, leas jerk juri dah habis judge masakan ktorang, maka datanglah geng-geng manusia lain menyerbu meja ktorang.. Tetiba bila Pengarah IPG aku nak rasa masakan ktroang, ayam tu dah tinggal tulang.. kesian kotttt kat beliau....huhhuhuh...

Keputusan penuh akan diumumkan esok.. Nak kata kumpulan aku boleh menang, aku tak pasti sangat sebab banyak lagi group yang memang sedap masakan mereka.. Mana tak nya, ada 5 kumpulan bertanding, 2 kumpulan datangnya dari pensyarah feat pelajar.. Yang lagi 3 kumpulan, fully pelajar.. Dalam banyak-banyak menu peserta lain, aku paling suka ni ha:



WONDERFUL TRIFFLE (cam ni ke eja nya?)

Pergh..serius sedap weh.. Yang lapisan bawah tu, aku ingatkan cheese tau.. Rasa dia serius macam New Cheese Cake SR, rupa-rupanya guna custard jerk kottttttt.... Menu ni group lect TESL yang buat.. Bila aku tanya, lect tu, beliau kata KAK EFA yang buat.. Kak Efa merupakan salah seorang ahli dalam kumpulan tu.. Wah, bestnya kak.. Awas kak.. Nanti saya datang nak tuntut resepi... Sedap giler!!!! Sampai sekarang kau teringat-ingat rasa triffle tu..

Huhuhu..Ok tu jerk lah citer aku.. Semalam tak dapat update blog sebab seharian berjalan KL..huhuhuh :)

psssssssst: Thanks to my friend Hafiz sebab bagi aku gambar ni.. Dia pesan jangan letak banyak2 sebab hak cipta terpelihara..huhhuhu :)

12 comments:

AMMAR YASIR said...

Sedapnya...nk nk

cik mien said...

wah...dasyatlah ckg fiq...
kite pulak baru je masuk pertandingan sketsa sabtu lalu...alhamdulillah kiteorang MENANG!!!! yea...

cik aied said...

terliur aku tgk ayam itu! lapar! lapar! lapar! hahaha

Cik Kamoo said...

wah...pandai masak cikggu! nti boleh buka kelas skali..heheheh

laskar pelangi said...

fuyooooo!

SyahmiFikri said...

wah! hebat laaa..

aku jugak yang tak reti masak.. kekeke

Mas said...

moga berjaya fiq...
kak mas tengok menu2 tu menyelerakan jerk....
ada bakat kedapur ni....
senang bini engkau nanti...

Munira Muhiyddin said...

terbaiklah ko Fiq.
pasni boleh send NASI RESTU BONDA ke Tg Malim :)

cikgu isza said...

dan lagi beli barang malam2 tu.. kagum2..

Piasara said...

"uihhh..dasyat nya fiq...tk sangka pandai msk rupanya.....boipren sapa la nih..."

Citarasa Rinduan said...

tahniah fiq dan kumpulan kamu..
apa pun keputusannya.. kamu dah menang dimata kak ayu

tahniah

Alisya said...

so, keputusannya menang tak? menu tu memang nampak sedap!

alisya tag cikgu kt sini:
http://wardahalisya.blogspot.com/2011/07/hizami-nak-header-satu.html

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails