Friday, July 8, 2011

SUPERMAK | MAK AKU LAH

Assalamualaikum......

Ada seorang umi yang cantik, tinggal bersama dua orang anaknya. Umi tersebut terlalu menyayangi anaknya. Semenjak ketiadaan suami di sisi, Umi lah yang menjadi bapa dan juga ibu kepada anaknya.

Setiap malam, ketika anaknya tidur, Umi akan sentiasa bangun dan menjaga anaknya agar tidak digigit nyamuk. Jika anaknya dalam kesejukan, Umi akan menyelimuti anaknya.

Ketika anaknya yang sulung itu diserang penyakit asma pada waktu malam, Umi pasti akan menemani anaknya yang tidak lelap tidur itu hingga ke pagi. Setiap dengusan nafas yang deras, membuatkan Umi berasa risau dengan keadaan anaknya itu. Umi pasti akan menjaga anaknya agar anaknya itu sembuh dari penyakit Asma. Setiap kali Umi keluar bekerja, pasti duduknya tidak senang kerana memikirkan keadaan anaknya yang sakit di rumah.


picture credit to: SINI

Begitu besar kasih sayang umi kepada anaknya. Anak-anaknya juga menyayangi Umi mereka. Bagi mereka, Umi lah tempat mereka mengadu. Apabila anaknya yang sulung itu mendapat tawaran melanjutkan pelajaran ke Bangi Selangor, Umi berasa sangat risau. Adakah makan minumnya terjaga? Bagaimana dengan keadaan kesihatan anaknya? Baikkah? Namun, Umi tetap tersenyum, kerana Umi percaya bahawa anaknya itu bakal membawa segulung ijazah untuknya...

Tanggal 6. JULAI. 2011 merupakan tarikh ulang tahun KELAHIRAN umi yang ke-41.. Dan, insyaAllah anaknya yang sulung ini akan pulang ke kampung untuk menyambut ulang tahun kelahiran uminya.

Selamat Hari Lahir Pn.Noraini binti Alias...
Semoga panjang umur dan murah rezeki wahai umi :)
Beliaulah SUPERMAK aku...

2 comments:

emieysandra said...

brthday abah akak 7julai..hepy birtday makcik!! ehehe ;)

LuluLala said...

happy belated mkcik!!

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails