Monday, September 26, 2011

TOLONG! Maktab Aku Sekarang Dihantui KARAK!!!!!

Assalamualaikum...

Tolong!!!! Tolong!!!! Tolong!!!! Aku tak tahu nak cakap macam mana dah.. Semua dah dipanggil.. Doktor lah.. Polis lah.. Bahkan Darul Syifa pun sama, tapi semua tu tak dapat nak mengubati KARAK yang telah menghantui kami semua ni.. Masing-masing aku tengok tak duduk diam.. Pihak Jawatankuasa Perwakilan Pelajar kat maktab aku pun sedang bertungkus lumus demi KARAK ni... Korang tahu tak, hanya kerana kes KARAK ni, kami disiarkan secara langsung di SELAMAT PAGI MALAYSIA RTM 1? hurm...




Eh cop..cop..cop.. Jangan pikir bukan-bukan plak.. KARAK yang aku maksudkan ni, bukan citer hantu KARAK mahupun hantu lebuh KARAK tu, tapi KARAK yang aku maksudkan ni adalah akronim untuk KArnival Raudah dan Keusahawan (KARAK).. Karnival ni berlangsung selama seminggu bermula
 Isnin 26. 09.2011 sehingga 1. 10. 2011 iaitu Sabtu ni.. Ha.. memang meriah lah.. Aku tabik dengan pengurusan KARAK... Siap dihebah-hebahkan di dalam TV plak tu... Memang mantap...


Yang tengah2 tu, Yang Dipertua JPP ktorang...
Yang kanan tu Pengarah dan yang kiri tu Timbalan Pengarah Program.. :)

Macam Sabtu aritu, aku dah terpacak kat depan TV, pukul 8 pagi, semata-mata nak menyaksikan wakil IPG aku termasuk Pengarah IPG aku sendiri bersiaran langsung di kaca televisyen..
Even ada orang cakap.. `ALAH..RTM JERK PUN`.. So what? At least.. masuk TV..  kau hader? huhuhuh



iklan KARAK

Pelbagai aktiviti dijalankan.. Seperti MEWARNA untuk TADIKA (aku baru rancang nak join..aleh2 untuk tadika lah plak..hahaha), POSTER (yang ni pun, aku rancang nak join..tapi untuk sekolah menengah..huh).. PIDATO (yang ni terbuka untuk semua sekolah menengah SELURUH MALAYSIA..) dan macam2 lagi lah.. Yang pidato ni plak, hadiah dia memang grand.. Wang tunai lah, PIALA PENGARAH yang besar tu lah.;. Pergh.. memang mantap!!!!!

Acara kemuncak pula pada hari SABTU.. pukul 9 malam.. Kita akan adakan konsert bersama Pussy Cat Doll..eh salah, bersama kumpulan NASYID DEVOTEES.. (kau giler nak ajak Pussy Cat Doll ke IPG KAMPUS PENDIDIKAN ISLAM, silap-silap kena panah petir pulak kan.. Nauzubillah..
Ha, kumpulan nasyid DEVOTEES ni tak silap aku kumpulan nasyid baru.. So, meh lah tengok.. InsyaAllah masa konsert tu, aku akan bertukar menjadi AZNIL HJ.NAWAWI..huhuhh..

Pergh..kalau aku nak citer pasal KARAK ni..Memang sampai raya taun depan pun tak habis kot (propa giler ayat aku..sungguh hiperbola..) So, ni aku tampilkan POSTER nya... Meh lah pakat ramai2 yer.. Tak rugi join... Ok lah, nak tidur.. Esok aku terlibat dalam MAJLIS PELANCARAN KARAK.. InsyaAllah akan dilintas langsung oleh pihak RTM.. :)


Picture credit to: QALBU MURABBI

3 comments:

murabbi said...

mantap

imah said...

meriah2 ^^

emieysandra said...

wah..bestnyer! siap msuk tv ag tu..

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails