Assalamualaikum.....
Sekarang ni sebenarnya merupakan musim aku mencari perfume.. Memandangkan perfume aku tinggal sikit... Jadi, aku berusaha nak cari perfume yang lain..... So, alang-alang kepala aku duk pikir pasal pefume, aku pun menggatal lah search pasal PERFUME TERMAHAL DI DUNIA.. bukan sebab nak beli.. Tapi, sajer jerk nak tahu...huhuhhu.. Mungkin ada antara korang yang dah tahu kotttt.. Tapi takpew.. Aku tetap gak nak tunjuk... Meh kita lihat... Kita susun dari tangga ke 8 hingga tangga PERTAMA!!!!!
8. Jean Patou’s Joy: Harga: $800 / RM 2640
Perfume ni memang famous dalam kalangan bintang Hollywood. Dengan botol keemasan 30 ml beraroma khas wangian tumbuhan yang diekstrak dari rose dan jasmine, hasil ciptaan designer Perancis, Jean Patou.
7. Hermes’ 24 Faubourg: Harga: $1,500 / RM 4950
6. Annick Goutal’s Eau d’Hadrien: Harga: $1,500 / RM 4950
Pembuat perfume dari Eropah, Annick Goutal, bekas model dan pemain piano terkenal. Eau d’Hadrien memberikan kesegaran dengan citrus blend dari lemon Sisilia, Anggur dan Cypress. Yang menariknya, perfume ni dicipta TANPA alkohol.. hurm.. sekali pandang macam botol MINYAK CAP KAPAK kan? uhhuhuh..
5. Baccarats Les Larmes Sacrees de Thebe: Harga: $1,700 / RM 5610
Baccarat, lebih terkenal sebagai pembuat kristal kualiti tinggi, memulakan bisnes perfume pada lewat 1990an dengan 3 jenis perfume berlabel 'Limited Edition'
Baccarats Les Larmes Sacrees de Thebe adalah kombinasi Frankincense dan Myrrh. Diletakkan di dalam botol kristal Baccarat yang sangat cantik . Bentuk ala2 piramid seh..huuhhu...
4. Chanel No 5: Harga: $1,850 / RM 6105
Ha, perfume ni memang famous... Terkenal di dunia dengan aroma jasmine. Perfume pertama dari designer terkenal, Gabrielle ‘Coco’ Chanel. Perfume Chanel dimulakan dari No. 1 sampai No. 6 tetapi No. 5 adalah yang paling popular.
Pada mulanya, perfume ini diberikan secara percuma kepada pelanggan pilihan Chanel di butik Chanel. Untung seh saper yang dapat free tu.. Dah lah mahal...
3. Caron’s Poivre: Harga: $2,000 / RM 6600
Perfume unisex dengan kemasan 60 ml adalah kombinasi wangian Lavender, Jasmine, Rose, Lily of the valley, Carnation, cedar, sandalwood, Tonka dan Musk. Banyak giler bahan2 dia.. Cam nak main masak2 plak... uhuh..
Caron, yang mencipta formula perfume ini juga dikenalai sebagai Master Of Perfume
2. Clive Christian No. 1: Harga: $2,150 (60 ml) / RM 7095
Perfume dengan kombinasi extravagant Indian jasmine, Mandarin dan Sandalwood. ( Aku rasa aku dpt bayangkan bau dia..hurm........)
Dengan botol handmade dari lead crystal, dihiasi 24-karat gold-plated sterling silver dan leher botol itu disaluti 33 karat berlian.. Wah..mantap...
Penutup botol diciptakan sesuai dengan bentuk asli yang dipakai oleh Ratu Victoria. Menggunakan ylang-ylang sebagai bahan asas aromanya dalam haruman perfume ini. Ylang-ylang hanya tumbuh dan boleh didapati di Madagaskar sahaja. (aku pun tak faham, Ylang-ylang tu aper....)
DAN JOHANNYA ADALAH:
1. Clive Christian’s Imperial Majesty: Harga: $215,000 / RM 709, 500
(pergh..mahal giler..macam beli rumah plak...)
Rekaan designer Inggris Clive Christian’s sekarang telah dicatat di Guiness Book of World Records sebagai perfume termahal di dunia. 16.9 ml perfume dengan botol dihiasi emas 18 karat dan berlian 5 karat. Hanya dihasilkan 5 botol dalam setahun.
Wah..mantap seh.. Tapi, baru-baru ni aku baca dalam blog IZYAN SYAZWANI, yang DKNY GOLDEN DELICIOUS MILLION DOLLAR FRAGRANCE BOTTLE diangkat sebagai perfume termahal di dunia.. Tak tahu lah dah direkod dalam Guiness ke belum.. Atau mungkin tersenarai dalam termahal,cuma ianya tak semahal yang tangga pertama ni.. Hurm..
Alang-alang cerita pasal PERFUME ni.. Jenama perfume apa yang korang minat? Aku sekarang tetiba rasa nak beli Lolita Lempicka Au Masculin plak.. Tak pun Dior Homme.. Hurm...
8 comments:
sumpah.. tak mampu beli.. kui3
mahalnyaaaaaaaaaaa !!
aik usha perfume pompuan ?
owh ingatkan semua utk perempuan.
tak faham nape mahal sangat. huk
membazir jep ase
Mahal sehh...
Kalau dapat, dapat jual balik tak?
Hai, sy jual perfume..semua branded..and 100% original..Chanel N5 tu awk boleh dpt dgn harga RM180 je..Confirm boleh pkai punye..
Terima kasih infonya gan.
Lumayan buat nambah wawasan.
Parfum Ori
Daftar 10 Parfum Termahal di Dunia.
----------
Terima kasih banyak atas infonya gan.
Lumayan nambah elmu.
Parfum Original :
Minyak wangi termahal di dunia.
----------------
Post a Comment