Thursday, October 6, 2011

TOLONG - ADIK ROOMATE AKU KENA SANTAU!

Assalamualaikum...

AMARAN: KISAH BENAR INI DICERITAKAN SECARA PANJANG LEBAR. 
MAAF KALAU ANDA TIDAK GEMAR MEMBACA CERITA YANG PANJANG SEBEGINI RUPA.


Dalam minggu ini, aku dikejutkan dengan satu berita.. Adik roomate aku kena santau dengan orang.. Tapi, sebelum tu, aku nak bagitahu, aku tak duduk lagi dengan roomate lama aku.. Huh..Malas lah nak citer pasal dia... Sekarang ni, aku duduk dengan sorang abang senior sem 6.. Ha, dia ni lah rumate baru aku...

Aritu dia bagitahu aku yang mak dia call.. Katanya adik dia kena santau..  Nak tahu macam mana? Ada JARUM DAN MATA PISAU CUKUR keluar dari dubur adik dia.. Pergh..sakit kotttt.. Dah lah masa tu nak dekat PMR..... So masa start PMR aritu, adik dia pergi sekolah dalam keadaan yang menyeksakan untuk menduduki kertas PMR.. Pergh..berat mata memandang, berat lagi bahu yang memikul..


Aku sebenarnya geram tau.. Kau bayangkan. Dah lah budak tu baru form 3, lepas tu suka hati orang tu jerk nak santau-santau budak tu.. Dah lah time waktu PMR plak tu.. Bengong tak? Bengong sangat kan? Lepas tu, kebetulan plak, time budak tu tengah UZUR.. So, tak dapatlah nak rawat budak tu.. Kesian kotttt.. Sekarang tunggu waktu uzur tu habis jerk, untuk TUTUR balik santau tu.. Atau nama  lainnya MEMBUANG SANTAU tu..

Sebenarnya, rumate aku ada cerita... Katanya, dulu adik dia pun pernah kena jugak santau ni..Masa dulu, macam2 terjadi.. Kadang-kadang family mereka selalu dengar adik dia bermain-main dengan orang lain dalam bilik air.. Padahal takder orang dalam bilik air tu...

Bila waktu malam plak, setiap pintu dan tingkap WAJIB dirantai.. Sebab apa? Sebab, bila pukul 2 pagi jerk, akan dengar bunyi pintu dan tingkap bergegar..Rupa2nya `adik` dia nak keluar rumah.. Ada satu hari tu plak, maybe terlupa nak rantai pintu.. Lepas tu, sedar-sedar jerk, terjumpa adik dia SEDANG DUDUK BERSILA di tengah jalan pada waktu tengah2 malam..

Yang ni paling aku rasa macam tersentak bila dengar.. Pernah satu hari tu, selalunya, bila adik dia mandi jerk, pasti akan dengar bunyi `bergurau senda` kan? Tetiba hari tu takder.. Bila bukak pintu jerk, adik dia sedang duduk di dalam BESEN air.. sambil tangan memegang pisau, menghala ke LEHER!!!!! Persoalannya.. Mana adik dia dapat pisau tu? Sedangkan pisau atau benda2 tajam dah disorokkan.. Haish... Kesian kottttt.. Aku kalau dengar jerk citer ruamte aku.. Mesti kau rasa macam tersentak.. Memang serius biadap siapa yang santau tu...

Dulu, masa santau tu dah dibuang.. Mak dia ada jugak bertanya, siapa yang menghantar santau tu kat adik dia dan mengapa santau tu dihantar? Rupa-rupanya ada orang yang dengki dan iri hati dengan Perniagaan Kedai Makan ynag diusahakan mak dia.. Orang tu dengki, sebab kedai makan dia tak laku.. Kedai mak rumate aku ni plak, memang laku habis-habisan.. Jadi, timbul rasa iri hati dan dendam..  Jahat tak? Dah lah guna SANTAU SIAM kat budak tu.. Kesian seh.. Mak rumate aku ni plak, dia tak suka berdendam.. So, dia pun tak balas balik santau tu kat orang tu. Lagipun,t ak elok main santau-santau ni.. Berdosa besar weh.. Memang sah-sah bodoh lag bangang mereka yan g menyantau orang lain demi kepetingan diri.. Hish.. Geram aku... Huh..

Jadi aku harap, sama-samalah kita doakan, supaya adik dia segera sembuh dari santau tu... Amin...


psssssst:  Korang pernah tak alami situasi macam tu????

5 comments:

Nurul Mazni said...

tak pernah lagi.. tapi kene rasuk tu pernah.. jiran hostel lah.. huhuhu.. bace ni pun dah meremang.. kesian kat budak tu. tak tau ape2 kot.. senang kate tak terlibatlah.. tapi kene benda2 gini.

Pia said...

"kwn akk penah lah...jarum tiba2 kuar dari pusat suami dia,yg kwn akk ni plak lumpuh sebelah tgn..kena berubat lah...cari pengamal perubatan yg pandai buang santau tu..sambil tu kena buat sembahyang hajat 44 mlm kot..la ni diorang dah sembuh.."

iffah imani said...

kasian sungguh, sakit telinga mendengar,berat lagi mata memandang tak terbanding berat lagi bahu memikulnya...

moga adik tu cepat sembuh...

~Nana 귀여운~ said...

x baik buat perkara syirik mcm nie..dosa...

emieysandra said...

kesiannyer..minta jauh la dr perkara-perkara camni berlaku pd kita :)

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails