Friday, November 11, 2011

THE ADVENTURE OF TINTIN - FILEM ANIMASI TERBAIK!

Assalamualaikum........

Agak-agak korang rindu kat aku tak? Huhuhu.. Sorry sebab lama tak update blog... Minggu ni dah start exam.. Petang Khamis tadi baru jerk start exam MURID DAN ALAM BELAJAR.. So, lepas jerk exam, aku ngan kawan-kawan aku terus pergi ke ALAMANDA.. Saja nak rest.. Dah lah banyak giler kena baca... So, dapat hang out ni, rasa best sangat.. Alhamdulilah..



Ok, FILEM ANIMASI THE ADVANTURE OF TINTIN ni SERIUS BEST!!! Aku ingatkan citer ni, citer real yang dilakonkan, rupa-rupanya semua tu adalah ANIMASI semata-mata.. Reka bentuk 3D yang dihasilkan ternyata TERBAIK.. Memang real!!!! Memek muka yang ditonjolkan seolah-olah macam pelakon yang melakonkan aksi tersebut...

Permulaan cerita memang dah membawa kepada apa yang dimahukan penonton.. Pada mulanya, misteri PENYELUK SAKU, tapu sebenarnya, lain pulak yang cuba dirungkaikan oleh filem ni.. Ternyata meleset dari tanggapan penonton.. Penyeluk saku tu merupakan watak picisan sahaja.. Tetapi yang penting, adalah misteri yang ditimbulkan melalui sebuah kapal, ternyata mampu membuat penonton tertunggu-tunggu hingga ke penghujung cerita.. Ternyata pengarah terulung STEVEN SPIELBERG dan PETER JACKSON melakukan kerja terbaik mereka sekali lagi... Memang tak mengecewakan.. Apa misteri dalam kapal tersebut? Hurm..korang tengok lah yer...

Aku paling suka aksi dalam filem ni.. Aksi yang ditonjolkan memang SUPERB.. Aku sampai boleh rasa nak menjerit dan mengelak-elak badan aku dalam wayang tu.. Seolah-olah aku merasai apa yang sedang berlaku.. Tetiba rasa rugi pulak sebab tak tengok yang 3D punya.. Aku yakin, kalau tengok yang 3D, ternyata aksi yang ditampilkan tu lagi nmpak menarik..


watak polis kembar yang sengal, tapi bagus.. :)

Watak anjing, polis kembar yang sengal, penyeluk saku yang merepek, memang kelakar.. Aku palign kelakar watak Kapten kapal tu.. Adoyai.. Bangang giler.. Serius lawak weh.. huhhuh..



Tintin dan anjingnya cuba merungkai misteri.

 Masa part PENYANYI WANITA dalam filem ni menyanyi tu pun aku suka gak... OVER GILER.. Dengan gaya kekwat dia,ahahaahaha..ternyata membuka ruang dan peluang kepada pencuri.. Oooppps..pencuri apa ek? Apa yang pencuri tu mahukan? Ha, itu korang kena tengok sendiri..

Kadang kala aku dapat menjangka apa yang akan terjadi seterusnya dalam filem ni.. Kejutan  yang ditampilkan, kadang kala aku dapat jangka.. Tapi, tetap seronok ditonton seperti apa yang aku katakan tadi bahawa rahsia yang dibawa pada permulaan cerita ternyata mengheret penonton ke pengakhiran..Huhuhu..

So, aku syorkan korang tengok filem ni.. Sebab bagi aku memang berbaloi.. Ada kawan aku yang kata bahawa filem ni membosankan, tapi bagi kawan-kawan aku yang lain,termasuk aku sendiri, cerita ni best.. Sebab aksi dan jalan ceritanya yang menarik.. Hurm..aku pun tak pasti kenapa kawan aku kata boring.. Tapi, lain orang, lain tangapannya kan? Untuk filem ni, aku bagi 10/10 dan diCOP sebagai WAJIB TONTON!!!!!

Pssssssssssst: Harap-harap ada TINTIN 2.... Nak tengok gak :)


5 comments:

NuruL SyuhadaH said...

katon die mcm real giler kn..cantek n smart :)

cikgu ainura said...

wah..best eh fiq.. akq tgk shark night.. pon best gak...

Gen2Merah said...

ada masa saya pun nak jnguk2 gak filem yang d review oleh cikgufiq ni... (",)

cantekk said...

ala...bile la bole tgk wayang ni....hmm

Pojiepooh Abdullah said...

suka kartun dia..
the 1st human cartoon yang grapic dia menghampiri manusia sebenar..
citer dia best!
tak sabar menunggu sambungan dia plak

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails