Tuesday, November 1, 2011

FILEM IN TIME - SANGAT UNIK

Assalamualaikum...

Pernahkah anda membayangkan bahawa sistem mata wang di dunia, tidak lagi menggunakan MATA WANG? Tetapi, digantikan dengan MASA? Pernah fikir tak? Begitulah idea yang cuba digarap dalam filem IN TIME lakonan JUSTIN TIMBERLAKE ni..

In Time Poster

Pergh..bagi aku, citer tu sangat unik.. Bayangkan, setiap orang boleh hidup selama-lamanya hanya dengan TOP-UP masa yang ada.. Masa tu ibarat duit... Lebih kurang, 1 JAM, bersamaan 1 RINGGIT.. Apa-apapun  jual beli di dunia, menggunakan masa.. Temasuk tambang bas, pajak gadai, BANK dan sebagainya... Bila, masa tinggal SIFAR, bermakna duit dah takder.. Dan kematian akan menimpa.. Yang kaya boleh hidup lama, sebab boleh beli masa, yang miskin plak akan mati bila masa tiba ke angka SIFAR.


Bila manusia mula menyedari kesilapan mereka menjadikan masa sebagai pertukaran utama termasuk nyawa, mereka mula rasa kesal dan menyesal.. Namun, ada 2 orang manusia yang cuba untuk membantu penduduk si sebuah bandar dan juga merosakkan sistem masa tersebut.. Ha, nak tahu macam mana cara mereka berjuang? Itu kena tengok sendiri..

Bagi aku, kelebihan  cerita ni, terletak pada keunikan jalan ceritanya... Tidak terlalu lembab.. Ada jugak diselitkan adegan sedih.. Pergh..masa adegan sedih tu, aku yakin dan percaya bahawa semua penonton turut berasa sedih.. Ha, nak tahu adegan tu tentang apa? Itu kau kena tengok sendiri..


 Dengan selamatkan seorang lelaki yang kaya, lepas tu laki tu rasa bosan hidup terlalu lama, then sedekahkan masa yang banyak kepada JUSTIN TIMBERLAKE untuk digunakan sebaiknya.. Lepas tu, polis syaki JUstin tu curi masa orang kaya tu, then dia jadi buruan polis.. Bayangkan pengarah gunakan DUIT sbg jalan cerita utama, mesti macam KLISE kan?  Bila MASA jadi topik utama., baru nampak UNIK...

Cuma, aksi dalam filem ni tak berapa hebat sangat.. Biasa jerk.... Ending citer ni pun, tak mencapai apa yang aku inginkan.. Kawan-kawan aku yang lainsemua bagi markah 10/10, tapi aku tak bagi markah sepenuh itu, sebab apa yang aku mahukan dalam cerita tu tak tercapai, termasuk endingnya sekali.. Cam kemuncak kepuasan aku terhadap pengakhiran cerita tu tu, tak sampai lagi.. Hurm..

Tapi, cerita tu masih berlegar-legar dalam minda aku sekarang sebab citer tu yang unik dan best.. Jalan cerita yang kadang kala mendebarkan pun membuatkan aku teringat-ingat sekarang..So, untuk cerita ni, aku bagi 9/10 MARKAH!!!! dan diCOP sebagai MESTI TENGOK!!!!!

Aku yakin, lepas korang tengok filem ni, pasti korang akan lebih menghargai masa yang ada... :)


1) Demi Masa, 2) Sesungguhnya SEMUA manusia itu di dalam kerugian, 3) KECUALI mereka yang berIMAN, dan beramal soleh 4) Dan berpesan2 pada kebaikan, dan berpesan2 pada kesabaran.


Surah Al-Asr

6 comments:

Fikri said...

Peh.. cam best. kna p tgk ni.

cikgu ainura said...

wahh... akaq xtgk lg... cam nak g tgk jek esok.. rabu(murah).. hehhe

Munira Muhiyddin said...

TAHNIAH!!!
KERANA ANDA TELAH TERPILIH SEBAGAI PENGULAS FILEM TERBARU TERBAIK DI ALAM SEMESTER.. SILA HANTAR YA SEBAGAI PENGESAHAN ANDA MENERIMA MESEJ INI.. TERIMA KASIH.. :)

#ohsem tak komen aku ?? har har har

cantekk said...

pasal cikgu da bg rating tinggi kan, mmg tak sabo nk tgu org blanje ni..
lalala

NuruL SyuhadaH said...

cm best jek :D

~Nana BamBam~ said...

kalau best mesti tengok nih..

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails