Monday, December 5, 2011

CITA-CITA AKU MASA KECIL-KECIK DULU (part 1)

Assalamualaikum....

Currently:
Mood: Bosan..stok citer korea tinggal sikit...
Badan : Makin menembam aku rasa
Perut : Lapar... rasanya macam nak buat bubur jerk kejap lagi...

AMARAN : AKU RASA ENTRY NI PANJANG.. MACAM KARANGAN PMR.

Wah..mesti kat sini, ramai ada cita-cita masa kecik-kecik dulu kan? Bagus..bagus.. Cita-cita itu perlu untuk meMOTIVASIkan diri kita.. Bukannya motiBASIkan diri... Ha, aku dulu pun ada gak cita-cita yang aku pasang masa kecik-kecik dulu.. Tapi, asik ubah jerk.. Banyak giler aku ubah... Hahahahaha.. Nak tahu? Jom kita tengok.. Cita-cita ni aku susun dari mula-mula lagi tau... Sampailah form 5...

1. DOKTOR (masa tadika rasanya..)

Ha..... tak silap aku ni cita-cita aku yang pertama... Rasanya sebab aku tengok orang berlakon TV, bawak watak doktor cam best.. So, aku pun tetiba nak jadi doktor.. Lepas tu, kawan aku duk takutkan aku.. Katanya jadi doktor kena tengok darah lah, bedah-bedah orang lah.. Bodo jerk.. Terus aku tukar cita-cita...


2. PENGURUS BANK (masa darjah 1)

Ha, yang ni plak aku rasa terpengaruh dengan watak kat TV gak kotttt.. Masa aku darjah 1, cikgu ada tanya pasal cita-cita.. So, masa tu, aku cakap ngan kawan aku yang aku nak jadi pengurus bank.. Lepas tu, dia kata, bahaya.. Nanti kalau duit dalam bank takder.. Aku plak yang kena tuduh... Hahahaha..terus aku tukar cita-cita plak.. Huh..

3. GURU (masa darjah 2)

Yes... ni merupakan cita-cita aku yang paling lama aku pegang.. Dari darjah 2, sampailah form 1... Masa ni aku pikir, bila jadi cikgu, aku akan dapat hadiah yang banyak dari anak murid.. Ni sebenarnya, gara-gara aku tengok cikgu aku dapat banyak hadiah masa hari guru..Hahahaaha... Tapi, sekarang azam dan semangat aku untuk jadi GURU lain ae... Tapi, kalau budak-budak nak bagi hadiah tu, apa salahnya... huuhhuh... Tetiba teringat plak, masa pergi latihan PENGALAMAN BERASASKAN SEKOLAH aritu, aku dapat 3 hadiah daripada anak murid..   Alhamdulilah... :)

4. ARKITEK (masa FORM 1)


Ni cita-cita aku masa form 1.. Masa ni aku tertarik gak nak jadi PELUKIS... tapi, akak sedara aku cakap, baik jadi ARKITEK.. lagi untung.. Terus aku excited nak jadi ARKITEK.. akak sedara aku cakap, jadi arkitek kena pandai GEOGRAFI.. terus masa tu jugak aku mintak mak aku duit sebab aku nak beli buku rujukan GEOGRAFI.. haahaahaha... Lepas tu, aku rasa bosan plak ngan cita-cita ni.. Terus tukar...

5. KAUNSELOR (masa form 2)


Tak silap aku, aku minat jadi kaunselor sebab aku tengok akak sedara aku amik cos KAUNSELING kat kolej.. Aku rasa cam excited.. Kebetulan masa tu aku rapat dengan kaunselor sekolah... So, minat tu datang plak.. Sampaikan aku ngan kawan-kawan aku yang lain buat persembahan kat depan perhimpunan tentang kerjaya.. So, aku buat persembahan tentang kerjaya pilihan aku masa tu, iaitu KAUNSELOR.. Lepas tu, plak, aku rasa macam aku perlu jadi  sesuatu yang aku suka buat.. So, aku tukar lain..

6. PELUKIS (masa form 2)


Oleh kerana minat aku yang mendalam terhadap lukisan, aku teruskan jugak cita-cita aku nak jadi pelukis.. Serius weh... Aku ni bukanlah pandai sangat melukis, tapi selalu gak lah join pertandingan kat sekolah.. Walaupun orang pernah pertikaikan lukisan aku, ADA AKU KESAH? huhuhhu...

 Aku punya minat terhadap melukis, sampai aku sanggup masuk PERTANDINGAN MELUKIS MURAL...penat woo lukis mural...even pertandingan ni berkumpulan, tapi aku rasa aku yang suka buat sorang-sorang.. Sebab dapat lukis sendiri dan interpretasikan warna aku sendiri.. Ahli kumpulan aku yang lain pun turut sama membantu.. Tak silap aku, MURAL tu ada lagi kat sekolah tu.. huuhhu... Lepas tu, kawan aku citer kat aku, yang salah sorang ahli keluarga dia amik cos SENI LUKIS.. Tapi, aleh-aleh keje lain plak.. Tak teruskan bidang dalam lukisan.. Kawan aku cakap, saingan sengit.. AKu pun pikir cam tu gak.. Kena pandai promosikan bakat kita ni.. So, aku tukar cita-cita menjadi...... 

Ha..nak tahu jadi apa.. Ada lagi tau.. Banyak cita-cita aku sebenarnya... Kalau nak tahu, kita berjumpa untuk sambungannya dalam..

CITA-CITA AKU MASA KECIK (part 2)..

psssssssst: Apa plak cita-cita korang dulu-dulu? :)

5 comments:

NANA NAZIRA.. said...

cita-cita ko nk jadi tutttttttttt ada x?? muahahahahahaha..
giler bnyk cte2 ko.. ncb bek yg melekat 1 je..

chEntA said...

cita-cita saya dulu masa sekolah rendah atau tadika nak jadi...
JURUHEBAH RADIO..hahaha..
tp,tak tercapai..jadi cikgu punn okeyhla..=)

ch000tz said...

hahaahah dulu cita2 nak jadi polis end up jadi PA hehuhuhu

http://www.ch000tz.blogspot.com/2011/12/d-memorabilia-norgepart-ii.html

Cik Sara said...

salah satunya nak jadi jururawat.. kenapa? tak tahulah... tapi sekarang jauh benor dari cita-cita dulu..weeee

Aqil said...

amboi.. byk nye cita2. @_@ nasib baik la salah stunya melekat & on da way utk jd kenyataan..

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails