Tuesday, December 27, 2011

KISAH AKU DI SUATU PETANG

Assalamualaikum....

Dah hampir sebulan aku memerap di ruamh.. Duduk di rumah asik menembam jerk.. Tak tahu nak buat apa.. Kalau aku boring, selalu jugak ajak adik aku round-round kampung waktu petang.. Kalau mood excited aku datang, aku ajak adik aku teman aku wat benda2 yang memang tak disangka... Contohnya aku ajak adik aku teman aku pergi karnival harian metro sebab aku nak masuk pertandingan karaoke kat situ.. Haish.. ntah apa-apa aku ni..

Sebelum balik kampung, selalunya aku akan pasang niat untuk jogging satu kampung.. Kononnya nak cuba kurangkan lemak yang mula menempel di badan.. Tapi, ternyata macam lagu Siti Sarah dengan Jamal Abdillah jerk.. Sekadar sandarkan pada kenangan jerk lah niat aku nak berjogging satu kampung time petang-petang...
Kalau guling-guling seratus kali kat atas tilam, mungkin aku boleh laksanakan dengan jayanya.. Haish.. bila sikap malas ni nak hilang dari diri? Hurm..

Tapi, petang tadi agak lain.. Bukanlah petang sangat pun , jam menunjukkan pukul 1.44 pm... Agak-agak macam tengah hari kan? Kalau aku tulis tajuk entry ni cam ni : KISAH AKU DI SUATU TENGAH HARI, macam tak sedap lah plak.. Maka, aku bundarkan waktu tu jadi waktu petang,.. Sedap sikit tajuk entry tu.. KAN? Huhuhu..

Oh yer, dah merepek panjang aku ni... Apa aku nak citer tadi.. Oh yer, pasal petang tadi.. Memang petang tadi lain.. Sebab apa? Sebab tiba-tiba handphone aku berbunyi waktu2 macam ni.. Jarang handphone aku berbunyi waktu macam ni.. Selalunya petang-petang nak ke maghrib, ataupun malam2...

 


Aku tengok siapa pengirimnya.. Ternyata nombor yang tertera bukannya datang dari angka yang aku kenal.. Bahkan nama pun tiada.. Mungkin nombor baru masuk agaknya.. Aku pun bukak mesej yang dihantar...

" Dapatkan klip-klip video artis cun dan celebriti manis yg terbaru! SMS < ON DKC> ke 3***4 sekarang! "


Aku terus buat muka.........errrrkkkkkkkkkkk.... -_-`
Eja celebrity pun salah....Apa daaaaaaaa....
dan sememangnya aku tak berminat dengan mesej-mesej macam ni.. Sorry yer...



7 comments:

cik chopu said...

haha paling tak gemar kot dapat mesej gitu. nak nak time tengah bosan, ingatkan hilang la sikit bosan, rupanya cehhh mesej tak guna tu

Cik Aied said...

haha..mmg selalu ada msg cmni..
kdg2 dia mesej "saya dah nak pulang esok..tp sy ada tinggalkan gmbr utk kamu..bla..bla..."
ade aku kesah dia nk pulang ke malang ke..hahaa

Miss A said...

ahahha,damn hilarious. don't trust with that propas.

~SYAZ~ said...

hahahaha..
mesej yg paling sengal!
dapat je msg ni, teros tak tunggu lame..delete teros je..menyemak!

NANA NAZIRA.. said...

hakhakhak,, sama kot.. kadang ada mcj nk tgk gmbr bmgr x senonoh.. dia nk bg mata aku berbulu kottt..

Dalila Hamid said...

sllu jgak akk dpt sms camtu... dri mana dpt no pun x tau.. buang masa btuul

Oakley said...

Delete je trus...hehehe

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails