Saturday, December 10, 2011

PLKN | ENTRY KHAS UNTUK ADIK-ADIK YANG DAPAT PLKN | PENGALAMAN AKU MASUK PLKN


Assalamualaiakum.....

AMARAN: ENTRY NI PANJANG BERJELA..

(Perlu ker mention? huhu)

Ha, aku sebenarnya dah lamaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa (panjang giler lama tu...) teringin nak tulis entry ni.. Tapi, tak jadi, sebab mengenangkan benda tu dah lama.. Tapi, oleh kerana ada antara adik-adik blogger kita yang terpilih ke PLKN SIRI 9 tu, aku ucapkan TAHNIAH.. 

CIK MIEN dan CIK ECLIPSE.. CIK AQIL dapat PLKN tak? Lagipun aku dah janji ngan mereka untuk buat entry ni... Hope, lepas jerk mereka baca, mereka tahu bahawa PLKN tu sememangnya menyeronokkan... 

Ok, meh kita story dari mula yer.. Ehem.. Cubaan tulisan cantik..1..2..3.. Ok dah sedia..

Masa zaman PERCUBAAN SPM dulu, heboh cerita 1 sekolah yang tarikh check PLKN dah keluar.. So, semua boleh check.. Aku plak masa tu, memang tak nak check!!! Sebab takut tak dapat terima hakikat yang aku dapat... So, aku biarkan jerk lah.. Satu hari tu, bila aku tengah makan, time MULUT NAK MASUK KE NASI tu plak, kawan aku si syafiq musleh tu call aku.. Tetiba dia kata TAHNIAH! ANDA TERPILIH KE PLKN! Memang vavi (eh tercarut plak) masa tu.. Tersedak aku kottttt.. Aku rahsiakan semua ni dari semua pihak termasuklah mak aku, jiran aku yang sibuk jaga tepi kain orang nak tahu aku dapat PLKN ker tak, kawan-kawan aku dan semualah.. Yang tahu hanya aku dan syafiq jerk.. 

Ha, aku ingat lagi, macam mana rahsia aku boleh bocor.. Tak silap aku, masa tu aku tengah nak jawab exam trial SPM dah.... Tak silap aku, masa tu paper SCIENCE (aku bukan budak science tulen yer... tak suka fizik! benci!!!!) Ha, masa tu plak, cikgu duk menampal senarai nama yang dapat PLKN!!!! argh!!!! semua terkejut aku dapat.. mentang-mentang badan aku comel.. Huh.. Maka, lepas tu, menjadi igauan aku menunggu surat dari PLKN.. Asal ada posmen jerk, aku pandang.. Asal posmen lalu jerk aku tengok.. Takder plak dapat surat.. Kawan-kawan aku yang lain dah dapat.. Aku fikir mesti berlaku kesilapaan ni... Rupa-rupanya nama aku tersenarai untuk KUMPULAN 2 daaaaa... Aiyoo...

Tempat: KEM LAGENDA GUNUNG LEDANG ASAHAN JASIN MELAKA
Kumpulan : K2/S6/2009
Kompeni : CHARLIE

Maka, bermulalah zaman PLKN aku........... 
(ceh, panjang giler intro di atas.. sorry.. baru dapat feel nak story.... )



Masa mula-mula sampai tu, SERIUS boring nak mampus.. Aku tak tahu nak buat apa.. Nak karaoke memang tak boleh.. Maka, aku duk terbaring dalam dorm.. Mula-mula agak boring sebab menunggu kehadiran pelatih-pelatih dari negeri lain... Aku datang masa hari kedua tak silap aku.. Sunyi jerk.. Masing-masing buat hal masing-masing.. Aku ingat lagi, ada sorang chinese ni tak pasal-pasal tegur aku... Bukan setakat tegur, SIAP LUAH PERASAAN DAN MENANGIS depan aku!!!! Dia duk cerita ngan  aku pasal dia rindu ngan makwe dia lah, parents dia lah... Cam-cam lah.. Aku rasa dia anak orang kaya.. Sebab, budak-budak ni citer, dia tak mandi langsung kat kem tu, sebab toilet tu tak macam kat rumah dia..tak tahulah betul ker tak... Last-last baru beberapa hari masuk, dia dah kuar dah.. Sebab kononnya dia nak sambung study kat Australia kottt.. Hurm...

Bangun jerk pagi-pagi.. Rasa macam segar sangat.. Sebab kem aku tu betul-betul depan GUNUNG LEDANG.. Nyamannya udara waktu tu.. Subhanallah.. Serius nyaman.. Aku rindu sangat waktu tu... Lepas tu, kena Subuh berjemaah,.. Saper tak bangun.. Nahaslah kau! Sebelum solat ker, haper ker, mesti kena berbaris dulu.. Tu yang malas sket tu bila nak berbaris... Tapi, tu untuk bentuk disiplin masa sebenanrnya.. Aku pernah kena denda sebab lambat berbaris solat maghrib..Mana tak nya, baru habis aktiviti, dengan nak berebut bilik air lagi, makan lagi..tetiba rushing kena beratur.. Gelabah masa tu.. Bukan aku sorang jerk kena, ramai lagi.. Huhuhu..Tapi, tu semua kenangan....

Mood aku dalam PLKN makin hari makin aku rasakan seronok, sebab KELAS dia.. Apa ntah nama kelas tu.. Aku lupa lah plak... Tapi, lebih kepada pembentukan individu lah... Permainan dan aktiviti dalam kelas serius best.. Kawan-kawan yang sporting..  Setiap permainan ada maksud tersendiri... 

Lepas tu, sikap kerjasama kumpulan.. Aku ingat lagi masa aku masuk hutan..Masa ni bukan berkhemah, tapi NAVIGASI... atau pandu arah..jalan guna kompas... penat seh.. Laju giler mereka jalan.. Tercungap-cungap aku.. Tapi mereka still lagi tunggu aku.. Tiba-tiba plak,  aku boleh terjatuh plak tu.. Kat Ladang Kelapa Sawit plak tu.. bengong.. Tak silap aku, aku terhimpap sorang kawan aku.. Kesian dia.. Tapi, aku lagi kesian.. Luka-luka.. So, kawan-kawan aku datang dan tolong aku..  Then, aku tak payah teruskan aktiviti.. Ada satu transport amik dan hantar aku balik kem... Fuh...lega gak sebab tak payah jalan jauh-jauh..

Cikgu-cikgu (ktorang panggil cikgu) sangat baik dan sporting.. Even nampak jerk garang, tapi baik sebenarnya.. Boleh buat kawan lagi... Malam-malam plak, lepas solat Isya` berjemaah, akan ada tayangan video.. Macam-macam movie dan video ada.. Tapi, movie yang ada unsur pengajaran lah...Lepas tu, kadang-kadang aktiviti bebas... AKu paling suka aktiviti bebas... Hahaahahaa.. Boleh beli BURGER malam-malam, (tapi burger ni kena tempah dulu.. Sedap seh.. Boleh dikatakan setiap minggu, mesti aku akan makan burger malam2.. Gemuk aku..) Lepas dah beli burger tu, boleh lepak ramai-ramai sambil bergosip..Best giler!!!!!!!!!!!!

Aku rasa, masa kat PLKN, aku paling lama dapat CUTI.. orang lain semua 4 HARI.. (ala-ala macam cuti sem lah... untuk balik rumah kejap..), tapi, aku dapat 8 HARI... Sebab apa? Sebab, time tu plak, IPG panggil untuk temuduga...  Haish.. Suka sangat time tu.. Dapat balik awal dari kawan-kawan yang lain...

Hari Sabtu dan Ahad pula, merupakan hari cuti yer... handphone pun akan dipulangkan kepada korang...tapi, sabtu, ahad jerk lah..lepas tu, pulang balik... Aku sarankan bawak phone cikai jerk..Kalau bwk yg mewah tu, hati-hati yer... Yelah kan.. Manusia.. bukan boleh caya... Tapi, aku jarang guna phone.. Sebab line cam siot jerk.. Kejap ada, kejap takder.. lagipun, sabtu, ahad.  aktiviti kurang.. Tapi, berbaris itu perlu.. Hari Ahad waktu ibu bapa datang melawat.. Masa ni lah korang boleh mintak tolong parents bawakkan barang keperluan cam baju lebih, sabun basuh, MAGGIE dan MILO ITU PERLU dan lain-lain... Huhuhhuuhh....

Bila Ahad petang, waktu rehat yang sangat best.. Masa ni aku ngan kawan-kawan aku akan amik air panas, masak maggi cup dengan milo, lepas tu bergosip dalam dorm... Main congkak lah.. Eh, mana aku dapat congkak? Ha, ada satu kelas tu, tentang KEBUDAYAAN.. Masa tu, orang luar yang datang.. Akan belajar pasal kebudayaan pelbagai kaum.. Permainan lah, perkahwinan lah.. Mcam-macam.. Masa tu lah, korang akan buat congkak dari kertas.. Lepas tu, guli dia bagi.. So, habis jerk kelas tu, aku amik congkak tu bawak balik dorm.. Best giler main congkak dalam dorm.. Sampai sekarang aku simpan lagi congkak dan guli tu.. Semua barang-barang PLKN, aku simpan dalam sebuah kotak untuk kenangan....

Kepada yang tak tahu, PLKN banyak modul.. Paling best modul KHIDMAT KOMUNITI.. Sebab dapat berjalan kat luar... Pergi muzium lah, kampung orang asli lah, macam-macam lah.. Yang penting happening.. Modul Fizikal yang acara fizikal tu... Pasal KAWAD KAKI plak, jangan risau.. Bukannya selalu ada kawad.. Aku rasa, dalam 3 bulan aku kat situ, just 5, 6 kali jerk aku kawad... Tapi, sapa yang masuk persembahan kawad tu, kena banyak berkawad lah kat PLKN tu.. aku tak masuk masa tu... Aku terlibat dengan benda lain..YIPPI!!!! Modul fizikal ni, even penat, tapi seronok... Ada orang kata, balik PLKN akan kurus.. Yes..aku setuju.. Tapi, ada kawan aku yang sorang ni, katanya makin gemuk.. Sebab makanan sedap.. Haahaaahaahah...

 Modul Kenegaraan pasal aktiviti patriotisme.. Macam-macam acara ada masa ni.. Bergantung kepada pihak kem.. Sama ada nak buat ke tak nak.. Contoh cam debat, pilihan raya, perarakan bendera dan macam-macam lah... Modul Pembinaan Individu plak modul yang mula-mula sekali korang akan belajar.... Kelas yang seronok.. Banyak nyanyi-nyanyi.. Huhuhu... Untuk maklumat lanjut, boleh check kat laman web PLKN yer adik-adik...

Haish..aku rasa dah banyak dah aku citer ni.. Sebenarnya banyak lagi.. banyak sangat.. Tapi, tak boleh citer semua... Karang tak suprise.. Yang penting, biar korang rasa bahawa PLKN tu memang seronok!!!!! Ok, ni aku ada tinggalkan sikit gambar untuk korang.. Gambar yang aku amik sangat banyak ok.. kamera tu aku bawak masa lepas naik cuti.. Balik dari temuduga IPG....



masa kat kelas kenegaraan rasanya... main lukis-lukis... yang dibulatkan tu lukisan saya... cm budak2 jerk aku lukis..huuh..



masa ni kena buat persembahan lakonan untuk majlis penutupan kelas pembinaan individu.. Nampak tak bilik tu warna warni? Tu bilik rekreasi.. Atau bilik TV...
Yang aku bulatkan tu, serius dia pandai buat lawak... :)



masa ni aku rasa aku kurus sikit.. Hahahaahha.. Masa ni berarak dengan bendera... 




yang ni nampak cam besar plak badan aku..OH YER..baju itu besar..jgn bersangka buruk..tak elok..
hahahhaha..semua tu kawan2 yg aku rapat kt sana.. sara and mas tu kembar yer... huhuuh

Yang bestnya kumpulan 2 PLKN adalah tarikhnya kena dengan SAMBUTAN HARI GURU.. So, masa ni, leaps naik cuti, semua kena bawak baju sekolah masing-masing... Hahahaha.. baju ni baju pengawas sekolah aku.. Tapi, aku saja pakai.. Sebab ni baju pasukan debat sekolah aku...



Yes..masa ni FLYING FOX! Serius AWESOME!!!! Tapi, lepas jerk, aku guna, terus aktiviti ni ditangguhkan sebab tali tu ada masalah.. Semua duk salahkan aku lepas tu.. kurang hajar..ahahhaahah...






Khidmat Komuniti.. Lawatan kat Melaka... Oleh kerana aku orang melaka, maka aku jadi pemandu pelancong mereka.. Kesian gak, ada antara mereka yang tak pernah datang Melaka...Huhuhu...



Tengah-tengah panas pun nak main pose-pose.. Hahahaaha...



Ni katil aku.. Masa ni baru balik dari camping dalam hutan..
PERINGATAN!
Lepas jerk balik dari berkhemah dalam hutan, pastikan anda orang bergerak pantas untuk COP tandas!
Lagi 1, jangan lupa bawak berus periuk untuk basuh periuk yang hitam legam lepas digunakan ketika berkhemah....



Ni salah satu benda yang buat aku kagum.. Kau bayangkan, budak yang ada latar blkg berbeza, yang dulu nakal lah, macam2 lah, tapi still bersatu-padu untuk join tarian ni.. Jurulatihnya plak chinese yang pakai baju kurung depan tu.. Dia bagus. dapat WIRAWATI TERBAIK!





MALAM CITRA PUISI!
Masa ni wakil dari DBP akan datang.. Serius best..Korang akan diajar puisi tradisonal then buat persembahan.... Terbaik!


Yang ni plak, special kat kem aku.. Hanya yang terpilih jerk dapat pergi.. Majlis Konvokesyen Komando...
Best..dapat buat macam2..termasuk pegang ular... huhuhh


Majlis perpisahan sebelum beberapa hari nak tamat latihan.. Sedih gak masa ni....


Even sedih pun, sempat lagi main simbah-simbah air.. Aku pun kena sekali..Kurang hajar.. Gambar di atas merupakan acara mengangkat dan menyiram air ke badan jurulatih!!!!!! Hahaahaha...


Masa ni hari KEM TERBUKA.. Orang luar boleh datang tengok.. Kena berlakon gak.. Kali ni aku jadi penjual sayur.. Hahahahahah...






 Akhirnya!!!!!
Tamat gak latihan kami di sini!!!
Selaam hampir tiga bulan!!! Malam sebelum nak balik tu, akan ada JAMUAN MAKAN MALAM..
Makanan dia mmg grand..Ada karaoke, live band lah.. Serius gempak.. Tapi, lepas tu, mesti akan bersulam air mata.. Sedih beb.. Dah 3 bulan kau berkawan, lepas tu esok nak berpisah.. Semua nangis.. Lelaki yang kononnya nakal, byk buat probs pun, menitis air mata guwa cakap lu!!!!!!

So, macam mana adik-adik yang dapat PLKN? Dah bersedia?
Good luck yer.... :)

pssssssssst: Lebih 1 jam aku hapdate entry ni..... Lenguh, tapi seronok!!!!! :)
Oh yer, baru-baru ni ada reunion PLKN.. Dah dua kali rasanya.. Aku tak pergi... :(

24 comments:

Erma Nazillah said...

suke entry ni!!haha..PLKN was awesome..best sgt2..sy kt rawang..tp delta la...alahai cikgu fiq..kelas cb lah..CB stands for character building..malam citra puisi tu best..sy dpt anugerah utk puisi tradisional,nazam..ngeee..bangga jap..gurau2..hehe..pape pon,memang best lahh!!

NANA NAZIRA.. said...

muahahahahahaha.. kalo ko still maintain kekurusan ko dr dlu sampai skrg msti kalah abg pajeli.. hihihi..

Shyrazrul said...

ngeee...teringinnya nak buat flying fox..betul ke dalam satu family uh..sorang je terpilih leh pergi PLKN ? ngeeee..parah laa gini XD

ecadwinkyasha said...

serius!.PLKN best gila..kalau boleh pg sekali lagi,memang nak pegi!.dulu xberapa nak enjoy sgt..tpi serius malam terakhir,malam air mata...mula2 masuk kem,seminggu nangis ingt family,balik dari kem,semggu nangis ingt kwn2...esp kwn2 yg dri semenanjung.huhuhu.

Opah Kentang said...

rindu fiQ :(

Unknown said...

Seronok.

Awan tak dapat pergi pun.

Ms.F said...

best sgt2 entry ni..hunny dapat plkn.bulan satu ni pergi..bila baca entry cikgu fiq ni makin buat hunny tak sabar2 nak pergi sana..

cik said...

thanks ckg fiq,,,,,dapat gak cerita dari ckg fiq....mcm best,,tapi bab nak rushing kne beratur,,makan,,mandi....aiyak =_=!
mesti penatkan...harap2 nnt enjoy la kat sne ye x?????hihihihi
ckg fiq nak tny lagi satu boleh?????mcm mana nak mohon IPG ye?????

Erma Nazillah said...

ngeeee...aah..dak IPG jg..x sabar nk masuk degree bulan jan ni..penat dah dpt elaun 430 je..haha..siyes..sy pon rindu plkn..rindu kem rndu member..skrg susah nk jmpa..sajak??whoahh..yg tu sy kureng..ngehehehe

ch000tz said...

flying fox best!


http://ch000tz.blogspot.com/2011/12/hanya-5-perkara.html

NuRuL sHaFiKaH said...

seronok nyer dpt g PLKN...
sy x berpeluang pown nk pergi...
betuah sgt spe yg dpt pergi tu...
teringin sgt nk pergi....

MiszMaryaNe said...

cik tak dapat pun,
tp dengar pengalaman kwn2 yg dpt sume kate bez..=)

Cik Orkid said...

Rajin benor Cikgu Fikri story sal neh.
Aiwahh. PLKN best? Nak g ah next year. Muahaha

sharul izam said...

tak kener pon plkn..haha

Unknown said...

waaah serius best nyaaa! aisyah tak dpt pun plkn, tp bila tgk n baca entri cik gu fiq ni jd jealous pulak. huwaa

missyaya (: said...

hahahaha ~ aq ske part milo ngn megi tue , haha . ",)

Fatin Diana said...

lahhhh, kita satu kem lah dulu. cuma lain batch. hehe :D

Unknown said...

\(^_^)/ Terima kasih . . . banyak informasi yang saya peroleh daripada pos ini. Saya dapat kem yang sama, jadi informasi itu sangat membantu. Tidak sabar nak merasai pengalaman PLKN kelak . . .

Unknown said...

\(^_^)/ Terima kasih . . . banyak informasi yang saya peroleh daripada pos ini. Saya dapat kem yang sama, jadi informasi itu sangat membantu. Tidak sabar nak merasai pengalaman PLKN kelak . . .

Anonymous said...

Ambk gmbr semua ni camera tak kena tarik ke ? Soo fon je lah yg kena rampas ?

Unknown said...

Anonymous..

saya bawak lepas balik dari cuti yg diberi pihak PLKN..masa bawa tu, tak kena tarik pun..siap ambil gambar depan cikgu-cikgu PLKN lg..huhu :)

Nadiah R. said...

Assalamulaikum, Fiq. I'm Nadiah and I need your help. Previously, i ada post comment dekat this post under nama Nadiah Rosman. And masa tu, zaman tak berhijab lagi. And gambar pun tak berhijab. Saya nak mintak jasa baik anda untuk deletekan comment tu, boleh? And deletekan comment ni sekali sebab, taknak pulak orang kata nak menunjuk-nunjuk kan? �� Thank you so much for your help! Kalau dah deletekan dua-dua, mohon notify dekat [osman.nadiah[@]gmail.com. Thank you sesangat, and maaf sebab susahkan anda ��

Unknown said...

kite same kem lh..siyez rindu plkn :'(

Anonymous said...

Em terpilih gak . Tapi ... haihh -,-

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails