Assalamualaikum......
Wah.. dah lama rasanya tak post benda yang menakjubkan.. Pada malam ni, aku rasa nak kongsi dengna korang tentang sesuatu yang aku first time tengok.. Tak tahulah samada korang pernah tengok ke belum. Tapi, aku belum pernah tengok lagi.
Hurm.. apa yang menariknya HOTEL RADISSON ni sampai aku nak wat entry pasal tu? Apa itu plak AQUADOM? Aquadom n merupakan aquarium yang ada lif di dalamnya..
Wah.. macam mana tu ek? Mesti best kan? Aku teringin gak nak naik lif tu... Bayangkan lif yang kita naik tu, melalui kawasan dalam aquarium. So, secara tak langsung, kita dapat tengok ikan-ikan or penyelam dalam tu.
Sebenarnya, untuk pengetahuan semua, aquarium ini dibangunkan oleh Radisson SAS Hotel di Berlin pada tahun 2003. Khabarnya, aquarium ini diberpuat daripada kaca tabung akrilik terbesar di dunia yang berisi kira-kira 2 900 000 liter air laut dan 2600 ikan dari 56 spesies dengan lif yang berada di tengahnya. Aquarium yang diberi nama AQUADOM ini juga merupakan AQUARIUM SILINDER TERBESAR DI DUNIA!!!!!!
Setiap hari plak, akan ada 2 orang penyelam yang akan bertugas untuk membersihkan aquarium setinggi 25 meter ni... Maka tidak hairanlah jika perbelanjaan untuk aquarium ni sahaja menelan belanja hampir
12 JUTA EURO!!!!!!! Tapi, satu pelbauran jugak sebab aquarium ni sekarang merupakan salah satu tarikan baru di kota Berlin Jerman.. So, anda semua dah bersedia untuk tengok? Jom kita tengok ssesuatu yang diberi nama AQUADOM ini...
ni lah Radisson Hotel... sekali pandang cam Berjaya Time Square lah plak.. huhhhu..
WAH.. menakjubkan kan? Ada sesiapa yang nak cuba? Bolehlah layari hotel ini untuk tempahan yer...
8 comments:
i wish that i could be there
terbaek lif ni ....tapi jauh plak sampai ke jerman...
hahahahha.terbaeekklah. kalaulah big bole wat kat sini.water confident yukk!.hahaha.
*jgn dok mimpilah oii..
wow thts awesome!
http://ch000tz.blogspot.com/2011/12/cabang-yang-tak-mungkin-tersimpul.html
dahsyat hotel macam ni...huhuhu
seyes kagum!
SALAM PERKENALAN ... LF AKAN BLOG LISTKAN BOG INI
menarik. tapi menakutkan la dik. huu
Post a Comment