Sunday, December 25, 2011

REVIEW SUATU MALAM KUBUR BERASAP - SEKADAR BIASA JERK

Assalamualaikum.......

Pada hari ini aku telah menonton filem SUATU MALAM KUBUR BERASAP...  Aku ingatkan filem ni arahan MAMAT KHALID dan ala-ala macam HANTU KAK LIMAH BALIK RUMAH, rupa2nya tanggapan aku meleset sama sekali.. Filem ni arahan ERNIE CHEN dan filemnya memang ada unsur seram yang mampu membuatkan kau menjerit...

Permulaan citer memang aku puji, diselitkan unsur kejutan apabila ada tangan yang muncul dari kubur apabila ada seorang pakcik yang menjengah ke tanah kubur tu.. Tapi kau nak tahu tu tangan siapa? Ha, itu kau kena tengok.. Memang bagus...

Filem ni ternyata mengandungi unsur lawak yang mampu buat kau gelak terbahak-bahak.. Serius... Pompuan-pompuan kat belakang aku tu, asik memekak jerk... Geram plak rasanya... Tapi, bila time gelak, rasakan kau, aku gelak balik kuat-kuat baru padan muka kau.. Hahhaahahah...

Dari segi keseraman plak, ada adegan yang mampu buat kau rasa keseraman itu.. Mak aku sampai tutup-tutup muka dengan plastik popcorn.. KAU BAYANGKAN? Hahahaaha.. Lawak aku tgk mak aku tu..  huhhuh...Tapi, kalau tanya aku, takder lah seram sangat bagi aku.. Cuma, apabila dikatakan filem seram buatan Malaysia, memang banyak unsur kejutan, ditambah plak dengan sound yang mendebarkan, maka rasa keseraman itu tetap jugak buat kau terkejut, even sebenarnya takderlah seram sangat pun...

Pelakon-pelakon plak.. Seperti biasa, watak RUMINAH SIDEK memang tak menghampakan.. Tapi, aku paling suka watak ANGAH RAJA LAWAK jadi ATAN.. Pergh.. terbaik.. Susah weh nak buat cam tu.. Mesti penat.. Ala-ala cam FEI MAO plak.. Korang ingat lagi tak FEI MAO? Cuba search google kalau lupa....

Jalan citer plak, bagi aku BIASA JERK.. Kita boleh agak apa sebenarnya yang terjadi kat perempuan tu.. Oh yer, sebenarnya, aku tak berapa faham mesej yang cuba disampaikan melalui filem ni.. Apa main point utama yang cuba diketengahkan.. Sebab asik bercerita pasal ATAN SI PENGGALI KUBUR jerk.. Lepas tu, start lelaki yang dari KL tu datang kampung tu, barulah aku faham apa citer tu cuba nak sampaikan..


" Bagi aku susunan cerita untuk filem ni agak kurang kemas "


Macam takder flow yang bagus... Hantu pulak main campur-campur.. Padahal citer ni tentang hantu SITI CEMPAKA yang mati dibunuh... Lagi satu, banyak babak yang tidak ditutup atau diceritakan dengan kemas.. Sebagai contoh, babak masa kawan-kawan si ATAN nak pergi kenduri rumah seorang perempuan yang menjemput mereka.. Tetiba plak, masa dah sampai kat depan rumah, watak mereka terus ghaib.. Seolah-olah macam ATAN bercakap sorang2.. Jadi, bagaimana ATAN pergi ke rumah kenduri tu? Mungkin cerita ni cuba bagitau yang kawan2 dia tinggalkan dia, ATAU MUNGKIN memang kawan2 dia tak ikut langsung pergi kenduri tu.. Sepatutnya babak tu perlu digarap dengan lebih kemas lagi supaya penonton mudah faham.. Kalau penonton cam aku ni mungkin lah faham.. Tapi, kalau untuk makcik2 or budak2, adakah mereka dapat faham tentang perkara itu?

Lagi satu, bagi aku lah, sepatutnya hantu tu dapat balas dendam tetnang kematiannya.. Tapi, sayang, penjenayah tu sekadar masuk lokap jerk.. Jadi, buat apa hantu tu mengacau penduduk kampung atas alasan untuk menuntut bela? Aku serius berharap, hantu tu menuntut bela ke atas kematiannya.. dengan cara apa2 sekalipun lah.. Tapi, sayang, babak tu takder.. Hurm...

Sebenarnya banyak lagi aku tak berapa puas hati dengan citer ni.. LAWAK dan SERAM itu memang ada.. Tapi sekadar itu saja lah.. Cukup menjadi perencah untuk penonton sahaja.. Ibarat kita nak memasak.. KalaU bahan utamanya AYAM, tapi kita lebih pentingkan rencah dan hiasan, maka AYAM yang sepatutnya jadi bahan utama tu tak dapat memuaskan hati yang sepatutnya diharapkan... Faham kan?

 Maaf yer kalau ada yang terasa atau memang suka dengan filem ni, tapi bagi aku, sekadar biasa jerk.. Aku bagi 7/10 MARKAH dan diCOP sebagai BOLEH LAH TENGOK UTK MASA LAPANG.



pssssssst: Saper tengok cerekarama kat TV3 tadi.. Ajaibnya Cinta? Aku tak boleh terima watak Umie Aida ngan pelakon Juvana yang Botak tu... HAHAHAAHAH.. lain dari yang lain.. Sengal2 ubi.. huhuhhu... 

6 comments:

chEntA said...

okeyh..tggu boleh download atau tgk kt utube jer..tak sedar pulak kemunculan movie ni..hehehe..^_^

emieysandra said...

wahh..tengok wayang ng makann..super cool! hee..ingat2 citer fei mao tu, suke tg dlu =)

~SYAZ~ said...

wah!
ko mmg dah boleh jadi pengarah filem lah fiq..
hahahaa

sengal! cerita mlm tadi tu..
tolong lah, aku pon tak dpt nak terima hakikat watak si ummi aida tu..kelako!!

NANA NAZIRA.. said...

sakan mak ko.. advanced!!!

Cik Aied said...

mcm teringin nak tgk cte ni..huhu

KakiWayang.com said...

Apa kena mengena AYAM dengan LAWAK nih cikgufiq? Ok, kitorang melawak je. Seriusly filem ni dibawah tahap biasa2. HantuWayang dah sampai tahap leh mencarot2 dah dalam KakiWayang.com tu.

Review kami: Suatu Malam Kubur Berasap

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails